NOTIS

Assalamualaikum Wbr. Dengan ini di isytiharkan bahawa bermula 12hb Disember 2010....blog ini telah menjadi Blog Rasmi Persatuan Penduduk Saujana Rawang (PPSR) dan bukan lagi blog bola jaring bagi kaum ibu. Segala aktiviti bola jaring dari kaum ibu telah diserapkan ke dalam aktiviti Persatuan Penduduk Saujana Rawang. (PPSR). Bermula saat ini....Penduduk Saujana Rawang perlu menjadikan blog ini sebagai medium untuk mengetahui segala perkembangan terkini dan sebagai ruang menyampaikan informasi secara rasmi dari Persatuan kepada penduduk Saujana Rawang. Harap Maklum

About Me

My photo
Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Saujana Rawang adalah sebuah penempatan terancang yang akan dinaiktaraf sebagai bandar oleh pemaju bersebelahan dengan Bandar Country Homes di Rawang. Mulai 29hb Disember 2010, segala informasi yang dimuat turun sebagai Entry di blog ini HANYA diperolehi dari Setiausaha Persatuan Penduduk Taman Saujana Rawang sahaja. Harap maklum.

Followers

Saf Kepimpinan Dan AJK-AJK Persatuan Penduduk 2010-2012

Assalamualaikum Wbr.

Di sebelah kiri adalah gambar Pimpinan-Pimpinan dan juga AJK-AJK PPSR mengikut Portfolio masing-masing bagi memudahkan penduduk berurusan.

Friday, February 18, 2011

Perasmian Surau Al Ikhlas (Surau Sementara) Saujana Rawang - 2hb April 2011

Assalamualaikum Wbr.



Hanya Allah sahaja yang mampu membalas penat lelah tuan puan dalam mendirikan rumah Allah ini.

Alhamdulillah, PPSR memanjatkan rasa syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnianya Surau sementara Saujana Rawang iaitu Surau Al Ikhlas telah berjaya didirikan hasil kerjasama dan gotong royong dari penduduk Saujana Rawang pada hari cuti umum dan hujung minggu.  Dan kini hanya berbekalkan 30% lagi kerja-kerja plastering, wiring dan simen dalaman untuk surau tersebut siap sepenuhnya.

Sukacita dimaklumkan bahawa PPSR akan merasmikan Surau Sementara ini yang diberi nama Surau Al-Ikhlas pada 2hb April 2011 (Ahad). Seterusnya butir-butir lanjut akan perasmian ini akan dimaklumkan kepada penduduk sebelum tarikh perasmian nanti.

PPSR bercadang mengadakan kenduri kesyukuran pada hari perasmian surau tersebut.   Oleh yang demikian,
mana-mana penduduk Saujana Rawang atau mana-mana individu lain yang ingin membuat sumbangan berbentuk Aqiqah pada hari tersebut sangat-sangat dialu-alukan.

PPSR akan mengedarkan surat kepada semua penduduk dalam waktu yang terdekat ini bagi penduduk menghulurkan sumbangan ikhlas.

Kerjasama dan bantuan daripada penduduk dan individu-individu yang mendirikan Surau Al-Ikhlas ini secara gotong royong baik dari segi memberikan kewangan, tenaga, masa dan makanan hinggalah kepada mengangkat pasir, hinggalah pada majlis perasmian ini nanti.... tiada ungkapan yang dapat PPSR ucapkan.  Hanyalah jutaan terima kasih yang tidak terhingga.  Hanya Allah sahajalah yang dapat membalas budi baik tuan puan sekelian.

Jazakallah Khairan Kathira.
Sekian, Wassalam

3 comments:

delyah noordin said...

salam,
saya noordin, bakal menduduki taman ini tahun depan (Divya),kalau nak menyumbang,bagaimana ya?t.kasih

delyah noordin said...

salam, saya noordin, bakal menjadi penduduk tmn ini insyallah thn depan,bagaimana kalau ingin menyumbang? t.kasih

Saujana Rawang, said...

Waalaikumsalam Rahima. Maaf, lambat membalas komen dari tuan. Jika sekiranya Puan ingin menyumbang, berikan sumbangan puan kepada saudara Zulkifli (Setiausaha PPSR) No telefonnya : 014-2267551 atau En Solehuddin - (Perancang dan AJK Bertindak Surau):019-2542829
Wassallam.