NOTIS

Assalamualaikum Wbr. Dengan ini di isytiharkan bahawa bermula 12hb Disember 2010....blog ini telah menjadi Blog Rasmi Persatuan Penduduk Saujana Rawang (PPSR) dan bukan lagi blog bola jaring bagi kaum ibu. Segala aktiviti bola jaring dari kaum ibu telah diserapkan ke dalam aktiviti Persatuan Penduduk Saujana Rawang. (PPSR). Bermula saat ini....Penduduk Saujana Rawang perlu menjadikan blog ini sebagai medium untuk mengetahui segala perkembangan terkini dan sebagai ruang menyampaikan informasi secara rasmi dari Persatuan kepada penduduk Saujana Rawang. Harap Maklum

About Me

My photo
Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Saujana Rawang adalah sebuah penempatan terancang yang akan dinaiktaraf sebagai bandar oleh pemaju bersebelahan dengan Bandar Country Homes di Rawang. Mulai 29hb Disember 2010, segala informasi yang dimuat turun sebagai Entry di blog ini HANYA diperolehi dari Setiausaha Persatuan Penduduk Taman Saujana Rawang sahaja. Harap maklum.

Followers

Saf Kepimpinan Dan AJK-AJK Persatuan Penduduk 2010-2012

Assalamualaikum Wbr.

Di sebelah kiri adalah gambar Pimpinan-Pimpinan dan juga AJK-AJK PPSR mengikut Portfolio masing-masing bagi memudahkan penduduk berurusan.

Thursday, August 26, 2010

JANGAN TENGOK !!!!!LEBIH-LEBIH LAGI BULAN PUASA...

SALAM SEMUA..... ISH...!!! MACAMANA YER NAK CAKAP..SANGGUP  KER NAK TENGOK NI.... JANGAN ...JANGAN.. TERUTAMA ANAK-ANAK KITA..JANGAN BAGI DIA ORANG TENGOK GAMBAR-GAMBAR YG MENGHAIRAHKAN NI...LEBIH-LEBIH LAGI WAKTU SIANG DI BULAN PUASA NI......
                                                                           ?

                                                                           ?

                                                                           ?

                                                                           ?

                                                                           ?
BETUL NAK TENGOK JUGAK...??????
                                                                           ?

                                                                           ?

                                                                           ?

                                                                           ?

                                                                           ?

DAH BUAT KEPUTUSAN??????

                                                                           ?

                                                                           ?

                                                                           ?
JANGAN SALAHKAN AKU...KORANG YANG NAK TENGOK........

                                                                         ?

                                                                         ?

                                                                         ?

                                                                         ?

OK..OK...TENGOK LAH NAK TENGOK SANGATKAN.....


TARAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA...........





















HAH...!!! KAN DAH MELELEH AIR LIUR TU......

Tuesday, August 24, 2010

Duit Raya...Duit Raya....

Salam semua...Aku nak kongsi dengan korang tentang sampul duit yang ada kat pasaran ni..time raya..banyak poket yg bocor..tak per sedekah kan? Yang paling suka budak-budak lah...suka sangat dia org dapat duit raya..  Bila budak-budak ni pergi rumah yang dapat duit raya yang banyak kompom pergi pagi petang nanti datang lagi...hahaha tu lah gelagat budak2 (aku tak ye)....

aku nak kongsi dengan korang semua..tentang design sampul yang kita selalu terlepas pandang tapi penting sangat.... cuba tengok kat bawah ni....








Kalau korang tengok betul-betul ada gambar salib kat situ...jadi raya...raya jugak..kena prihatin jugak tentang ni...ini just for informasi untuk kawan-kawan....... Selamat Berpuasa....

~rose~

Sunday, August 22, 2010

Terkenang Semasa Dulu....Hatiku Merasa Rindu Part 1

Salam,


Berehat sebentar dan....

Mari kita mengimbau kembali kenangan masa kita kecik-kecik dulu.......ermmmm !!! Pasti akan terkenang nostalgia ketika dizaman remaja dan kanak-kanak kan!!.

Zaman kanak-kanak time sekolah....


Wokeh.. dulu-dulu sapa pi sekolah aje mesti akan gunakan beg hijau nih kan... hehehehe.. penuh buku teks!


lagi.... kalau sapa-sapa demam ja.. mesti mak suruh ayahanda kita pi beli menatang nih... rasanya macam oren sikit.. tapi time tu la.. memang susah betoi nak makan ubat masa kecik-kecik...jenuh 'pelekoh'.... pengalaman aku dulu.. mak aku terpaksa hancurkan dulu.. then baru campoq ayaq suam kasi minum... hahahahahaha...


bagi mat-mat rock era 80'an.. kalau tadak kasut jenih nih memang tak rock la... brand apa tau... tu dia... ALIPH oiii... mahai tuuuu....


kalau dah ada kasut tu mesti layan lagu2 ni pulak....huhuhu..


hangpa mesti ingat iklan ni.....


dah empat hari aku x makan....jgn monyet...jgn monyet... hehehe



zaman la ni agak-agak ada tak lagi dapoq minyak gaih (minyak tanah) hehehe .. sumbu dia sempoi dok ada... hahahaha..


Senario awal pagi masa nak pergi sekolah dulu. Betapa byknya pengorbanan emak kita nak besarkan kita.


ada... aku takdak benda alah nih.. tapi kawan aku ada.. dia kasi pinjam .. tapi dah rosakkan la.. hampeh!


 
dulu2 takdak la LCD.....tgk TV mcmni jaaa...


bila time kenduri kawin..mlm2 layan video ni la....


 
dulu-dulu kalau pi library.. mesti cari buku penyiasatan.. kawan aku dalam biodata dia dulu siap nak jadi penyiasat persendirian... konon-konon terlalu obses cerita penyiasatan 5 sekawan nih... so buku dibawah menjadi pilihan utama bacaan hujung minggu...



dulu2 xdak paintball....bowlinggg noo, just main menatang ni jaaaaa...sendiri bikin ooo



Jeng jeng jeng.....mandi sungai jadi crocodile hunter. Yang best bila time terjun di Kali/ BAN ( tali air @ sungai)....


perasan tak dulu-dulu benda alah nih... kalau ada orang penerangan mai rumah saja.. mesti mak kita pi cari tunjuk kat pegawai tu... hehehe... nak guna TV pun ada lesen wooooooo... hahahaha.. sekali pikiaq lawak gak.. setahun $24.00 (RM 24) .. kebanyakan rumah pada masa tu siap frame lagi....



dulu 2 handset xdak ..bkn mcm budak2 la ni...hnset 1org satu..tp kita men yg ni jer....



balik ja sekolah.. kompom singgah kedai.. hahaha.. TIKAM... oooo TIKAM... ada luck dapat seringgit... modai sekupang ja... selalunya tak penah kena pon...




sapa yang ada benda ni pd zaman tu mmg org berada laa..

subjek yang paling aku minat masa darjah 5 dulu ni..sebab tu aku tak hantar buku teks ni..sebab aku minat sangat..


Dulu-dulu mana ada letrik...kita orang pakai pelita dan yang terbaru guna lampu Gasoline.  Bila malam mak ayah pasang lampu ni...isi minyak tanah dan kemudian pam dulu baru nyala....ingat tak...hehehe



Taman Saujana Rawang.
Ikhsan dari blog Panglima7


Bersambung ke Part 2.






 

Saturday, August 21, 2010

Keluarga Rogol...Apa Sudah Jadi

Salam
Bapa Kena 60 tahun, Anak Lelaki Kena 36 Tahun- Kesalahan: Rogol Anak/Adik

Blog ini menyokong penuh hukuman berat yang dikenakan kepada haruan dan anak haruan yang "membaham" anak/adik mereka. Yang sedihnya, mangsa seorang OKU kerana tangannya kudung. Saya petik:


[BH] KUCHING: Seorang bapa dijatuhi hukuman penjara 60 tahun selepas didapati bersalah merogol anak kandungnya yang kudung tangan, manakala dua anak lelakinya masing-masing dikenakan penjara 36 tahun dan 24 kali sebatan kerana kesalahan sama yang dilakukan terhadap mangsa di antara 2006 dan 2008.

Hakim Mahkamah Sesyen, Amelati Parnel mendapati bapa mangsa berusia 52 tahun bersalah atas lima tuduhan merogol dan melakukan sumbang mahram ke atas mangsa yang kini berusia 20 tahun.


Beliau menjatuhkan hukuman penjara 20 tahun bagi kesalahan pertama yang didakwa dilakukan pada Disember 2006 ketika mangsa berusia 16 tahun, di kawasan semak berdekatan Padang Golf Petra Jaya.

“Bagi kesalahan kedua, ketiga dan keempat yang berlaku di Pejabat Tanah dan Survei, Jalan Pending; sebuah rumah di Bandar Baru Semariang dan di persimpangan lampu isyarat Semerah Padi antara Januari dan Disember 2007, hukuman penjara 20 tahun akan berjalan serentak sebaik tempoh hukuman pertama selesai.

“Bagi kesalahan kelima iaitu merogol mangsa di atas motosikal berdekatan Padang Golf Petra Jaya, pada November 2008, tertuduh juga dikenakan hukuman penjara 20 tahun bermula selepas tempoh hukuman 40 tahun bagi kesalahan pertama hingga keempat selesai,” katanya.

Amelati berkata, tertuduh kedua, 24 tahun dan tertuduh ketiga, 22, yang juga abang kepada mangsa turut didapati bersalah, masing-masing di atas dua pertuduhan merogol dan sumbang mahram.

Mereka berdua secara bersama dituduh merogol dan melakukan sumbang mahram ke atas adik kandung mereka antara Januari dan Disember 2006 serta antara Januari hingga Disember 2007 di bilik mangsa di sebuah rumah di Bandar Baru Semariang.

“Hukuman dijatuhkan selepas mengira kepentingan awam dan teladan kepada orang ramai dalam memastikan anak-anak diberi peluang untuk hidup sempurna walaupun mangsa dalam kes ini adalah seorang insan kurang upaya,” katanya.

Terdahulu, peguam Mohd Fairus Masri, yang mewakili semua tertuduh meminta mahkamah menjatuhkan hukuman ringan kepada mereka berikutan keluarga berkenaan kehilangan anak bongsu berusia 10 tahun yang lemas, tahun lalu selain terpaksa berhadapan pandangan negatif masyarakat.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Stella Augutine Deruce, menyifatkan kesalahan yang dilakukan semua tertuduh adalah sangat serius dan mereka wajar dijatuhkan hukuman setimpal dengan kesalahan dilakukan. - Ikhsan Dari Blog DuniaCacaMarba

TmnSaujanarawang said
Merogol pulak kat "Semerah Padi"....ishk ishk ishk....
Memang patut kena hukuman sebat.
Teringat citer P Ramlee.

Monday, August 9, 2010

RAMADHAN DATANG LAGI AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN.....



Salam buat semua pembaca.. Bila Ramadhan menjelang mulalah ibu-ibu sibuk  bangun awal pagi menyiapkan sahur untuk keluarga tersayang...bangun jam 4 pagi anggaplah sebagai senaman awal pagi. Puasa  bukan satu beban tetapi menyihatkan badan kita sebenarnya. Kerja rumah...hurmm.... sampai bila pun tak habis..Sebagai Isteri dan ibu memang kerja tak pernah selesai..yg bekerja balik kerja nak kena masak..yg suri rumah dah tentu ada pekerjaan tetapnya. Tapi jangan lah kita asyik leka dengan kerja ambil lah kesempatan di bulan Ramadhan ini luangkan sedikit masa untuk mendekatkan diri kita kepadaNYA.

Luangkan masa dengan membaca Al-Quran kerana ganjarannya amat besar sahabat ku...  Tak kira bila waktunya...cubalah luangkan masa...bagi merebut  ganjaran yang ada dalam Ramadhan ini..

Berbelanja bila perlu dan berhemah jangan membazir, membeli itu dan ini mengikut hawa nafsu...Kalau ke Bazar Ramadhan tu beringatlah sikit yer..kat rumah dah masak... nak beli jugak lagi ker..kalau nak cuci mata boleh ler beli satu dua jenis kuih sebagai pencuci mulut ok lah tu.. jangan selagi nampak semua nak beli..itu  bukan nak cuci mulut dah namanya..itu cuci semua....

Time berbuka anak-anaklah paling seronok, setelah penat berpuasa di siang hari..masa berbukalah saat yang di nantikan..Sebagai ibu kita kenalah masak yang sedap-sedap bagi semangat kat anak-anak "esok puasa lagi ye mak masak lagi sedap bila berbuka nanti" bila berbuka tu beringat sikit..jangan jadi pelahap pulak...amboii nak balas dendam ye..sehari tak makan..jangan .....ingat!!!nanti baju raya tak muat pulak nak pakai. Bukan makin kurus, makin berisi lagi ada ler....

Apa jua yang anda lakukan mudah-mudahan diberkati ALLAH TAALA. Amin.......


SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL MUBARAK..

~rose~

Saturday, August 7, 2010

SaJa SuKa-SuKa..JoM tENgok....

Sebenarnya tak ada cerita pun nak ceritakan kat sini.. so dari ruang ni terbiar jom  saya nak kongsi satu email yang cukup saya suka ni ......jom tengok keindahan CIPTAAN ILLAHI...




5 most handsome men in the world......



Most handsome Saudiman.. the grandson of king Faisal





Hrithik Roshan

Most handsome Indian man.... actor






Imran Abbas  Most Handsome Pakistani actor


 

                  Tarkan Most handome Turkish man... singer





Fazza  Most handsome Emeriti man





      ( Dudy) ......Most handsome employee  in SaudiAramco                          
           handsome ke tak?




Hahahaha ...5 only  la... Apa-apa pun bersyukur diatas kurniaNYA.. manusia tak semuanya sempurna dan punya kelebihan masing-masing...

~rose~

Friday, August 6, 2010

Ibu....Tetap Ibu.

Salam.


Untuk dikongsi bersama. Kiriman dari sahabat.

Ibu tetap Ibu!


Kepada yang bermasalah dengan ibu, baca pula cerita saya ini dan bandingkanpenderitaan kita serta layanan terhadap ibu kita. Saya dilahirkan sebagai anak kedua dalam tiga orang cahaya mata sepasang suami isteri ber'jenama'.Dilahirkan pada tahun 1968. Berkulit hitam (ala anak mamak gitu). Berbetulan
adikku juga perempuan yang mempunyai kulit putih melepak. Seawal usia aku mengenal tanah aku telah dibiarkan bermain di panas bertambah hitamlah kulitku dan bertambahlah kebencian ibu.

Aku dibiarkan bermain dengan abang bersama kawan kawan lelakinya yang lain sedangkan adikku duduk di rumah. Apabila bergaduh akulah yang akan dibelasah teruk, tak cukup dengan caci maki. Hingga kini bekas torehan pembaris yang patah di pipi kananku masih berparut. Ketika tu aku pernah terfikir untuk lari kerana mengikut penilaian ku sendiri aku ni anak pungut kerana perbezaan warna kulit membuatkan aku dibenci oleh ibu.

Sedih rasanya. Ketika makan, aku hanya mendapat kulit ayam, daging yang sipi sipi terlupa di kikis dari tulang, dan dicampakkan saja pinggan ketika menjamu selera. Ketika mengadap rezeki hatiku sentiasa sebak. Hanya hatiku menangis. Ada juga ketikanya aku menjamah nasi dengan berkuahkan air mata.

Tak payahlah diceritakan di sini kelak aku sendiri tidak tidur lena apabila mengenangkan. Semasa peperiksaan penilaian aku pergi tanpa menjamah apa apa makanan dan aku hanya diberikan pensil dua batang, pemadam dan pembaris, pun begitu sebaris gigiku yang cantik ku hadiahkan untuk ibu demi mencium
tangannya sebelum menduduki peperiksaan.

Aku berjaya menjadi antara 10 terbaik di sekolah. Aku berjaya ditempatkan di asrama penuh. Tetapi disebabkan kenakalanku, aku dibuang. Menyesal betul ketika tu. Aku kembali semula tinggal bersama ibu dan ayah. Semasa tingkatan 3 aku hanya diberi tuisyen Matematik sahaja sedangkan adikku (tingkatan
satu) di beri kesemua matapelajaran dan berhantar berjemput. Sedangkan aku kena tukar dua kali bas baru sampai tempat dituju. Ketika ayah memasuki dewan mengambil keputusan percubaan SRP ayahku di berikan standing ovation kerana anaknya bakal menggegarkan nama sekolah. Ayahku terpanar sehingga
menitiskan air mata semasa menungguku pulang dari sekolah. Ibuku membungkam kerana adik dan abangku tidak setanding. Tetapi aku tidak pernah mendabik dada. Sekali lagi aku berjaya memasuki asrama penuh. Kali ini aku bertekad untuk menjaga tatasusila.

Alhamdulillah aku berjaya juga melanjutkan pelajaran ke luar negara. Seperti biasa aku tetap inginkan bau ibu. Akan ku telefon ibu setiap kali menjelang peperiksaan, minta halalkan makan minum, minta dia menyayangiku walaupun jauuuh di sudut hatinya. Aku menangis. Aku tahu dia pun begitu.

Sekembaliku dari luar negeri aku berkahwin. Bencinya padaku masih belum pudar. Aku ingat lagi kata katanya semasa menghantar ku ke rumah besan, yang tidak terungkap di sini. Biarlah ia reput bersama kain kafanku namun tidak tergamak ku ceritakan disini. Semasa ibu nak ke Mekah aku berjengket jengket
dari jauh menghantar ibu dengan linangan air mata kerana ibu tidak mahu mendakapku, di dalam hati, biarlah ibu selamat, jangan sampai ibuku terjatuh atau dipijak oleh jemaah lain (ibu pergi ke sana dengan muhrim lain kerana ayahku telah tiada).

Semasa ibu memasuki ruang legar, ibu terjatuh kerana orang terlalu ramai berebut rebut sehinggalah aku mengangkat tangan di tengah tengah orang ramai sambil berdoa "Ya Allah Ya Tuhanku aku tidak redho ibuku disakiti oleh umat lain semasa dia hilang dari pandanganku hinggalah ibuku selamat pulang". "Ya Allah yang Tuhanku, aku gadaikan segala penderitaanku semasa di dalam jagaan ibu dengan kesenangannya menunaikan segala ibadah tanpa ada cacat cela, Aku serahkan ibuku dalam jagaanMu . . .panjang lagi doaku. Kalau tidak kerana anakanakku menangis mau rasanya aku solat sunat di lapangan terbang itu bermunajat. Alhamdulillah, sekembalinya ibu dari Mekah, aku yang ditujunya. Diciumnya pipiku ibarat selapang padang pasir pipiku di cium dan dicium. Katanya beliau hanya teringatkan aku di setiap tempat suci. ALHAMDULILLAH.

Hingga kini hubunganku dengan ibu tidak pernah terjejas. Kadangkala itu terlepas jua namun tidak pernah aku kecil hati. Ku jaga dengan penuh hati hati. Ditambah lagi aku sudah punya anak, ku jaga dan semai mereka dengan penuh kasih sayang, yang tiada berbelah bagi. Kalau tajuk asalnya ibu pening dengan perangai anak, kini aku nak menyeru anak yang berpandangan demikian terhadap ibu yang mengandungkan selama 9 bulan, melahirkan kita dengan seribu satu penyiksaan yang bersengkang mata ketika kita demam.

Alahai, walau didukung ibu dari sini ke kota Mekahpun belum tentu kita dapat membalas jasa ibu . . . Bertaubatlah. Apa yang ingin ku kongsi bersama, setiap kali lepas solat berdoalah agar kita dikurniakan hati yang bersih walaupun warna kulit kita lebih gelap dari malam. Hati yang bersih akan terpancar di wajah. Doa juga agar kita disayangi oleh semua orang terutama ibu @ suami.

Deensasa

Thursday, August 5, 2010

BEREHAT SEKETIKA......

Salam .....geng-geng netball harap semua dapat turun ahad ni untuk lepaskan rindu kat netball..dah lama wei tak main ni....macamana nak main????? TIANG MANA CHALOKKKK!!!! ANTOR BALIK KITA ORANG NAK MAIN LER...... adoiiaiii rumput kat padang dah melambai-lambai...panjang bebenor rasanya.

Di harapkan sesiapa yg berkenaan dapat lah meletakkan semula TIANG NETBALL tu. Badan semua dah membesor.Nak panaskan badan dan lepas kan gian main netball sebelum Ramadhan berjelang...

Minggu hadapan...semua aktitivi kesukanan  dihentikan buat sementara waktu sempena menyambut RAMADHAN AL MUBARAK.. Kmungkinan Taman kita akan buat majlis BERBUKA PUASA BERSAMA-SAMA... akan diberitahu kelak tarikh dan waktu...nya..

~rose~

BLOG OH BLOG ASSALAMUALAIKUM....

Salam buat semua...lamanya tak update blog ni..  ooOO Puan Rohiez...oii aku harapkan ko...ko harapkan aku...hahaha..lama-lama blog kita ni penuh sawang... nak raya bulan depan ni kena lah cantikkan blog pasang langsir baru...sofa baru... baju baru..amboi!!!! semuanya serba baru.....

Hurm dah lama tak menulis.. nak citer apa yer..????? ok , saya nak kongsi sikit  citer pasaal ayam..almaklum lah nak puasa tak lama lagi mesti ada yg teringin nak makan rendang ayam, kari ayam, ayam masak merah dan macam-macam lagi lah ikut suka hati korang lah nak masak apa. Mungkin ada yg ada dapat email tentang ayam ni..tak per..kita kongsi citer ajer kat sini sekadar hiburan dari blog ni dipenuhi sawang..dan habuk...

Pernah tak terpikir nak panggang ayam macam ni ....????

eh...!!! ini itik bukan ayam...tengok muncungnya...adoiiiaiiii lalu ke nak makan cam ni hah!!! punya lah seksi si itik ni posing......uishhh....kucing pun tergugat....

Kalau ayam pulak macam mana????? hah..korang pikirlah sendiri.......


posing maut weii...cam nak goda si pemakan...hahahaha..Jadi korang fikir-fikirlah nak masak apa dengan ayam yg korang beli nanti...panggang pun sedap jugak kan?

So  cerita pasal ayam ni sekadar hiburan semata-mata tidak ada kena mengena dengan ayam siapa-siapa yer.... Puasa dah abis ganti belum.....?????

~rose~