NOTIS

Assalamualaikum Wbr. Dengan ini di isytiharkan bahawa bermula 12hb Disember 2010....blog ini telah menjadi Blog Rasmi Persatuan Penduduk Saujana Rawang (PPSR) dan bukan lagi blog bola jaring bagi kaum ibu. Segala aktiviti bola jaring dari kaum ibu telah diserapkan ke dalam aktiviti Persatuan Penduduk Saujana Rawang. (PPSR). Bermula saat ini....Penduduk Saujana Rawang perlu menjadikan blog ini sebagai medium untuk mengetahui segala perkembangan terkini dan sebagai ruang menyampaikan informasi secara rasmi dari Persatuan kepada penduduk Saujana Rawang. Harap Maklum

About Me

My photo
Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Saujana Rawang adalah sebuah penempatan terancang yang akan dinaiktaraf sebagai bandar oleh pemaju bersebelahan dengan Bandar Country Homes di Rawang. Mulai 29hb Disember 2010, segala informasi yang dimuat turun sebagai Entry di blog ini HANYA diperolehi dari Setiausaha Persatuan Penduduk Taman Saujana Rawang sahaja. Harap maklum.

Followers

Saf Kepimpinan Dan AJK-AJK Persatuan Penduduk 2010-2012

Assalamualaikum Wbr.

Di sebelah kiri adalah gambar Pimpinan-Pimpinan dan juga AJK-AJK PPSR mengikut Portfolio masing-masing bagi memudahkan penduduk berurusan.

Tuesday, May 25, 2010

SUMBANGAN SEMPENA BOWLING TOURNAMENT

Salam semua,

berdasarkan perbincangan ringkas dengan puan nora malam tadi, di sini saya memanjang hasrat bersama untuk memohon sumbangan daripada semua yang terlibat dengan bowling tournament pada 30hb May ini. Sumbangan dalam bentuk wang ringgit adalah untuk makanan para peserta dan keluarga pada hari tersebut. Saya difahamkan bahawa AJK akan membuat tempahan meehon.

Bagi hadiah pula, setakat ini semua hadiah sudah disediakan. Namun jika ada sumbangan untuk barangan hadiah juga amat dialu2kan. Untuk maklumat lanjut, bolehla dibincangkan lagi pada malam ini selepas majlis baca yasin sempena cabutan undian kumpulan di rumah puan Nora dan en Zul.

Terima kasih. Kerjasama dan sokongan daripada semua pihak sangat dialu-alukan.

rohiez
...................................

Friday, May 14, 2010

NETBALL DITANGGUHKAN

Salam semua,

Sekadar pengumuman ringkas,

Permainan dan latihan harian/mingguan bola jaring di TSR akan ditangguhkan buat sementara waktu untuk menghormati majlis bacaan Yasin selama 44 hari anjuran penduduk TSR. Semua latihan dan perlawanan akan dikemas kini semula di dalam blog kemudian.

Terima kasih di atas sokongan semua yang tidak berbelah bahagi. Yang baik itu datangnya dari Allah STW dan buruk itu dari diri saya dan kita semua.


rohiez
...........................................................

KEJADIAN PECAH RUMAH KEDUA DI TSR

Salam semua,

selepas berita pecah rumah pertama bulan lalu, kita dikejutkan lagi dengan kejadian pecah rumah kedua. Seakan-akan strategi yang sama, pencuri mensasarkan rumah yang agak hujung dan sunyi. Tuan rumah juga keluar bekerja waktu siang hari. Mngikut keterangan jiran terdekat, mereka terlihat gelagat beberapa pekerja Indonesia seolah-olah sedang membuat kerja2 pengukuran berhampiran rumah mangsa. Khabarnya mangsa kerugian kira2 RM10K dengan kehilangan barang2 berharga mereka.

Diharapkan semua penduduk dapat bertukar2 no telefon dengan jiran2 dan saling berkenal-kenalan antara satu sama lain. Tiada ruginya malahan sangat membantu terutamanya di saat2 kecemasan.

Harap kita sama2 berdoa agar kejaidan begini tidak akan berulang lagi. Insyaallah.

rohiez
............................................................

Thursday, May 13, 2010

MAJLIS BACAAN YASIN

Assalamualaikum Penduduk TSR.

Sekarang ni, seluruh warga TSR dalam usaha membuat majlis bacaan Yasin selama 44 malam. Kepada penghuni yang ingin melibatkan diri sangatlah dialu-alukan untuk kebaikan bersama. Tuan rumah yang ingin membuat bacaan Yasin harap tidak perlu bersusah payah atau merisaukan diri untuk menyediakan makanan. Sekiranya perlu, majlis gotong royong tetap dilakukan.

Jadual bacaan Yasin adalah seperti berikut :

11hb Selasa - En Wan Dan Idah
12hb Rabu - En Mus dan Ila
13hb Khamis - En Faizal dan Ana
14hb Jumaat - En Nuar dan Ana
15hb Sabtu - En Zul dan Kak Nora
16hb Ahad - Cikgu Wan Dan Rohiez
17hb Isnin - En Edy n Yus
18hb Selasa - Encik Amin Dan Kak Ita
19hb Rabu - Encik Soleh dan Kak Bee
20hb Khamis - En Wan dan Ina
21hb Jumaat - En Madi dan Umi
22hb Sabtu - En Amran dan Mun
23hb Ahad - En Azri dan Khaty (abang BMW)
24hb Isnin - En Syah dan Ina
25hb Selasa - En Zul dan Nora
26hb Rabu - En Man (Leader baca yasin ) dan Zi.
27hb Khamis - En Calok dan Liza
28hb Jumaat - En Fizi dan isteri (dekat rumah Faizal)
29hb Sabtu - Abg Mamu dan K Zah
30hb Ahad - En Suhaimi dan Intan (Amana no56 sebelah rumah K. Ita)
31hb Isnin

1hb Selasa
2hb Rabu
3hb Khamis
4hb Jumaat
5hb Sabtu
6hb Ahad
7hb Isnin
8hb Selasa
9hb Rabu
10hb Khamis
11hb Jumaat
12hb Sabtu
13hb Ahad
14hb Isnin
15hb Selasa



Jadual akan terus diupdate dari masa ke semasa.

Terima kasih kepada yang memberikan sumbangan dan mengambil bahagian. Yang baik itu dari Allah swt dan yang buruk itu dari kita sendiri. Insyaallah.

Rohiez
.................................................

Tuesday, May 11, 2010

JAMUAN MAKAN MOTHER'S DAY... MERIAH

Assalamualaikum semua, sori sebab agak terlewat nak update blog. Sekarang ni sibuk sikit dengan kerja dan study... (klise tak ayat tu..hehehe)

Neeway, kat bawah ni adalah antara gambar2 sempena jamuan makan Mother's day pada 8 Mei yang lepas. Majlis ni disertai oleh lebih 50 keluarga. sungguh meriah. Majlis yang simple, tapi dapat mengeratkan tali silaturrahim bagi penduduk TSR.

Majlis dimulakan dengan kerja gotong royong memasak pada sebelah siangnya lagi. Antara menu ialah kambing bakar, laksa penang, nasi goreng, ayam bakar, daging bakar, nugget, coleslow , puding sago dan beberapa jenis kuih muih. Kutipan sebanyak RM15 daripada setiap keluarga yang hadir. Tetapi terima kasih yang tak terhingga kepada mana2 pihak yang sudi menyumbangkan makanan pada malam tersebut. Alhamdulillah semoga murah rezeki.

Selain jamuan makan pada malam tersebut, turut diadakan ialah acara memotong kek dan karaoke. pertandingan karaoke dijuarai oleh Ila dengan lagu Siti Nurhaliza, Kedua oleh abg Mamu dgn lagu broery dan ketiga oleh Cikgu Wan juga dgn lagu Broery.

Insyaallah lepas ni kita akan buat sambutan sempena father's day pula. Dan berharap semoga jamuan sebegini akan terus diadakan di TSR.




Tudung putih ni ialah princess Ila.... hari tu dia membuat keje sampai basah lenjun.... next time datang lagi k... potong bawang..



Si Liza pun tidak ketinggalan nampaknya memberikan sokongan kepada usaha suaminya dalam mengerjakan kambing bakar.. cayalah liza..




Haa... nila k liza... rajin betul dia ni klu bab menolong kerja2 dapur nih...




Si Mekan dalam versi menjaga anak... kekeek


Mamu tengah bagi tazkirah pada Ila dan Nora... korang dua dengar ke tak tu...













































Kepanasan yer Ila...





Bila laki bini bertemu belakang... balerrrrr






Dok gosip lah tu.....










apakah yang sedang dilihat oleh matnor... misteriiiiiii!!!!!





Inilah kambing bakar .... yang dilaksanakan oleh calok... raja kambing





ehem ehemmmm... rajin nampakkk....







Macam serius... rupanya dua rius ...






Bekerja keras nampakkk....






Ermmm menantu sapa lah ni.. rajin betul budak nihhh






penghulu ni dari pagi sampai petang sampai malam sampai pagi semulaa...




Haaaa... inilah kek mother's day yg spesel utk semua ibu2 kat TSR... tapi anak2 je yg belasah.





Inilah puding sago .. sponsored by Ananuar. Tengs Ana. best wooo... lemak berkrim.





Inilah daging kambing yang telah dipotong halus ...sedap cicah dgn black pepper..






Nugget utk budak2..







Inilah saat manis geng2 panca sitara bergambar dan bergembira...







Dan jamuan pun bermula... dengan penuh meriahhh....






Yang penting pose......






Sorilah quality gambar tak bagus sgt... sbb guna video cam.



















Antara tetamu yg hadir










Karaoke pun bermulaaaa......










mamat ni bila dah pegang mic... mmg takmo lepas dah.... terpaksa orang beratur panjang belakang dia tunggu turn









saper lagik.... nora n zul 2 by 2 la..










Abang Mamu.. naib johan malam tu... dasat...


Pada sesiapa yang dah menonton rakaman video cam memang meriah giler. Pada yang belum tu Insyaallah lepas2 ni boleh tengok. Harap semua enjoy dengan jamuan ni dan kita buat lagi.
Rohiez
..............................




Friday, May 7, 2010

jamal abdillah-kasihnya ibu,syurga di telapak kaki ibu

Lagu ini didedikasikan kepada semua kaum ibu dan mereka yang masih mempunyai ibu di seluruh pelusok tanahair dan khusus untuk kaum ibu di Saujana Rawang.

Selamat Hari Ibu

Drp. Deensasa@ Panglima7

SELAMAT HARI IBU

Ayam Percik Bakar...memang tangkap...meleleh
Perggghhh..!!! Sedap sotong bakaq ni...
Salam kepada semua Penduduk Saujana Rawang...... khususnya kepada semua Kaum Ibu.

"Selamat Menyambut Hari Ibu." Semoga anda semua diberkati dan dilindungi selalu.

Hari ibu akan disambut pada hari Ahad ini bersamaan dengan 9hb Mei 2010.

Pada malam hari ibu iaitu hari sabtu malam ahad, kumpulan hot mama and the geng bergotong royong dan mengutip dana bagi membuat BBQ kepada penduduk yang ingin menyertainya.

Segala usaha ini disertai dengan ribuan terimakasih atas semangat kerjasama dari dulu hinggalah sekarang.


Deensasa@Panglima7 mengucapkan syabas kepada semua penduduk yang terlibat dalam membuat jamuan BBQ.

Selamat Menjamu Selera dan Selamat Hari Ibu.