NOTIS

Assalamualaikum Wbr. Dengan ini di isytiharkan bahawa bermula 12hb Disember 2010....blog ini telah menjadi Blog Rasmi Persatuan Penduduk Saujana Rawang (PPSR) dan bukan lagi blog bola jaring bagi kaum ibu. Segala aktiviti bola jaring dari kaum ibu telah diserapkan ke dalam aktiviti Persatuan Penduduk Saujana Rawang. (PPSR). Bermula saat ini....Penduduk Saujana Rawang perlu menjadikan blog ini sebagai medium untuk mengetahui segala perkembangan terkini dan sebagai ruang menyampaikan informasi secara rasmi dari Persatuan kepada penduduk Saujana Rawang. Harap Maklum

About Me

My photo
Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Saujana Rawang adalah sebuah penempatan terancang yang akan dinaiktaraf sebagai bandar oleh pemaju bersebelahan dengan Bandar Country Homes di Rawang. Mulai 29hb Disember 2010, segala informasi yang dimuat turun sebagai Entry di blog ini HANYA diperolehi dari Setiausaha Persatuan Penduduk Taman Saujana Rawang sahaja. Harap maklum.

Followers

Saf Kepimpinan Dan AJK-AJK Persatuan Penduduk 2010-2012

Assalamualaikum Wbr.

Di sebelah kiri adalah gambar Pimpinan-Pimpinan dan juga AJK-AJK PPSR mengikut Portfolio masing-masing bagi memudahkan penduduk berurusan.

Wednesday, July 21, 2010

NETBALL FRIENDLY KEDUA DGN TEAM BT 16

Ahad lalu, perlawanan persahabatan kedua antara team TSR dengan team Batu 16 Rawang. Dua team dari TSR dan 2 team dari BT 16.. errrrkk tapi team bt 16 tu satu team perempuan satu lagi... bakal bapak budak.... apa cerr??

Kat bawah ni ialah gambar2 sekitar perlawanan tersebut.....  enjoy lah yer..


minit2 pertama berkumpul..... posing... yer pinky..


team  TSR ni .. nilah kejenya.... kalau tak makan..posing...




Pose je lebih ni.... praktis tak turun pun... haha











desperate game...








'hiahhhhh''..... wachaaa....'' haitttt'... masuk nora masuk..


'akak dah lama geram dgn si nora ni.. melentik betul nih... akak tak kira nak sesah jugak ni..."


K liza pejam mata je dgn bebudak laki nih... 'not my level' you..







inilah adik2 yang  hampir ternoda dgn makcik2 TSR ni hahahaa...


si GS tu agak2 menangislah duduk sebelah GK tu....


rehat dulu....





kak B membaca semula  jampi serapah sewaktu permainan berehat....  











lauk la ....













ila... tengah menjampi air sejuk... abislah geng sana tu...

Tak kuasa mak nak dengar nyahhhh....



Pinky menjaga makcik WA dgn penuh geram tu...




Go pinky... go pinky..... ko lenyekkan ajer bebudak tu ha... baru dia tahu ko saper pinky...


.......................................


PART BAWAH NI YANG BEST.... jiran kita si Mat Nor memang memahami minat, hobi dan cita2 team TSR ni. selain beraktiviti dan berposing... makan tetap agenda utama.... sempena dgn beday party anak mat nor... balik tu terus serbu ke rumah dia.. makan2.... best. time kasih la Mat Nor. Lepas ni kalau kami ada game lagi.. ko buatlah beday party lagi yerk. takper kami peginya.. betullll....

terus kosong meja tu kena serbu dgn geng ni ha..



Ila....... ko terkenang zaman2 Gila2 Remaja dulu ker ... takdelah si Mus kat depan..

 



Dasattttt.... meehon goreng, laksa, kuih.... sedap wooo




Berjoget lambak ke haper k nora tu




siler siler.... tambah tambah.. yerr



Nanti kita jumpa lagi dalam match seterusnya.... sure menang punya!


Tuesday, July 13, 2010

BERCUTI KE CHERATING KUANTAN PAHANG

Kami akan membuat Trip ke Cherating Kuantan Pahang  pada cuti Perayaan Depavali nanti  selama 3 hari 2 malam bermula Jumaat tersebut. Penyertaan hanya  di buka untuk 20 keluarga sahaja. Tempat adalah terhad.Sebuah Apartment  untuk 2 buah keluarga anggaran RM250 sekeluarga dan RM50 untuk bayaran sarapan pagi dan BBQ sebelah malam, pada malam kedua.Semua RM300,seandai ada perubahan akan diberitahu  kelak. Hubungi NORA ditalian yang tertera di sebelah kanan ---------

Monday, July 12, 2010

SUKANEKA PERTAMA TSR

Pada 11 Julai yang lepas buat pertama kalinyaTaman Saujana Rawang telah mengadakan SUKANEKA yang cukup meriah sekali. Walaupun ianya pertama kali dibuat memang banyak kekurangan yang tidak dapat dielak tetapi  berlangsung dengan jayanya. Penduduk TSR memang sporting, memberi kerjasama yang baik terutama  semasa diminta menyertai senamrobik yg di ketuai oleh CHALOK. hahahah pertama kali tengok chalok mengajar orang bersenam..nampak jer muka serius gila..padahal you sporting lah broo... Semua nampak happy masa senaman hinggalah ...Selesai senaman... maka bermula acara sukaneka TSR 2010...

BANNER BUDGET NAMANYA NI..OK WHAT..?

Meja pendaftaran, setiap  yang mendaftar akan diberi makanan,minuman percuma dan no cabutan bertuah. Siapa yang bizi sangat tu..

Hadiah ni baru sikit jer dikeluarkan dari kotak besar tu, ada banyak lagi..boleh dikatakan semua dapatlah..kanak-kanaklah yang paling gembira sangat dapat hadiah masa tu....


Peraduan melukis bagi kanak-kanak berumur 6thn kebawah pembuka acara pada hari tu...memang bersemangat dia orang mewarna..semua cantik-cantik tapi yang paling cantik itulah pemenangnya....


                                   



Astaghfirullahal'azimmmmmm NORA oiiii ko gelek hawaii apa? Bukan main ligat ko buat senamrobik yerk.Best woo bersenam masa ni...nak tergelak tengok gaya masing-masing..

Sebahagian dari acara sukaneka kanak-kanak dan dewasa yg telah di jalankan sepanjang hari tersebut..
masuk air dlm botol...isi dik..isi sampai penuh..sapa penuh dulu pergi ambik hadiah..

Di bawah ni acara untuk kaum bapa timbang bulu ayam..chewah... AM  spec tak tinggal nampak ker bulu ayam tu?

TARAAAAAAAA......ini lah juara segala juara timbang bulu ayam.. Brother Soleh...tabik spring...bro...

yang ini pulak acara bawa bola pingpong dalam sudu..elok-elok sayang nanti tercekik bola tu..

Abang Zul tengah bagi jarum untuk acara masuk benang dalam jarum..Urusetia pun sibuk jugak nak masuk...
orang kiri kanan dah lepas kita bila lagi ni bang oii....hahahah..sampai dah ada pemenang tak masuk juger benang tu dalam jarum... salah jarum tu kecik sangat...hehehhe
Time ni lah yang anak-anak suka..dapat hadiah.....

Acara berpasangan susun batu bata...macam-macam telatah ada..main tipu pun ada wooo...
hahaha..saja je Nora aku amik gambor ko ni...cam ni ya cara nak susun batu bata ni... tengok betul-betul

Acara rebut kerusi untuk kaum bapa..nak tahu sapa pemenangnya? Tu baju Hitam tu... teruk abg zainal kena tolak dengan dia..ganazz wooo....




Rebut kerusi kaum ibu.....

Acara kemuncak sukaneka adalah perlawanan tarik tarik antara AMANA DAN ZANTI..

Team zanti ...tarik tali wanita...

Team AMANA sori weii ni  gambar ni ambik dari belakang pulak...nasib baik aku tak nampak....hahah

Gambar-gambar yang sempat di rakam ketika sukaneka berlangsung
Sebahagian dari penduduk-penduduk yang hadir..ramai lagi yer bukan banyak ni jer tau..

Make up tebal lagi nih..posinglah apa lagi..

WAH!!! sopannya..ibu-ibu ni......

sekelip mata berubah jadi rockers....weiii buat ngucap Nora woii...jgn lebih-lebih angkat tangan tu aurat weiiii!!!
make up dah cair....masing2 dah nak layu dah..penat woo

senamrobik




Hah..siap jugak akhirnya..ini saja yang dapat dihidangkan untuk pengunjung TSR untuk kali ini..Terima kasih tidak terhingga kepada semua penduduk Taman Saujana Rawang atas kerjasama yang anda berikan bagi menjayakan SUKANEKA yang julung-julung kali di adakan di Taman kita ini. Maaf diatas segala kekurangan...

~ROSE~