NOTIS

Assalamualaikum Wbr. Dengan ini di isytiharkan bahawa bermula 12hb Disember 2010....blog ini telah menjadi Blog Rasmi Persatuan Penduduk Saujana Rawang (PPSR) dan bukan lagi blog bola jaring bagi kaum ibu. Segala aktiviti bola jaring dari kaum ibu telah diserapkan ke dalam aktiviti Persatuan Penduduk Saujana Rawang. (PPSR). Bermula saat ini....Penduduk Saujana Rawang perlu menjadikan blog ini sebagai medium untuk mengetahui segala perkembangan terkini dan sebagai ruang menyampaikan informasi secara rasmi dari Persatuan kepada penduduk Saujana Rawang. Harap Maklum

About Me

My photo
Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Saujana Rawang adalah sebuah penempatan terancang yang akan dinaiktaraf sebagai bandar oleh pemaju bersebelahan dengan Bandar Country Homes di Rawang. Mulai 29hb Disember 2010, segala informasi yang dimuat turun sebagai Entry di blog ini HANYA diperolehi dari Setiausaha Persatuan Penduduk Taman Saujana Rawang sahaja. Harap maklum.

Followers

Saf Kepimpinan Dan AJK-AJK Persatuan Penduduk 2010-2012

Assalamualaikum Wbr.

Di sebelah kiri adalah gambar Pimpinan-Pimpinan dan juga AJK-AJK PPSR mengikut Portfolio masing-masing bagi memudahkan penduduk berurusan.

Wednesday, December 29, 2010

Program Gotong Royong Saujana Rawang - 16hb Januari 2011

Assalamualaikum Wbr. 

Peralatan Gotong Royong

Penduduk Saujana Rawang yang dikasihi sekalian,

Adalah dimaklumkan bahawa Ahli Jawatankuasa Kebajikan, Persatuan Penduduk Saujana Rawang (PPSR) akan mengadakan program gotong royong beramai-ramai serta mesra penduduk seperti berikut :-

Tarikh     :     16hb Januari 2011
Masa      :      8:00 pagi
Tempat   :      Berkumpul di Jalan 2/1A (Tapak Surau Saujana Rawang)

Program ini dianjurkan bagi tujuan menjaga kebersihan kawasan serta mengeratkan lagi silaturahim antara Penduduk Saujana Rawang.  Oleh yang demikian, AJK Kebajikan menjemput semua penduduk untuk hadir pada hari dan waktu yang dinyatakan di atas bagi memeriahkan lagi program yang akan diadakan.

Sila bawa bersama barang-barang keperluan seperti cangkul, parang, sabit, pencakar dan lain-lain (jika ada) bagi melancarkan lagi program gotong royong itu nanti.

Sebarang pertanyaan dan cadangan, sila hubungi Sdr Sefor Rahman Abd Rahman (Mamu) di nombor 012-232 5929 atau Sdr Zulkiflee Harun di nombor 014-266 7551 

Kerjasama dari pihak Penduduk didahului dengan ucapan Terima Kasih.

Yang Benar


Zulkiflee Harun
Setiausaha

Persatuan Penduduk Saujana Rawang

.s.k   :   i)   Pengerusi / Yang Dipertua / YDP
            ii)  Timbalan Pengerusi / Timbalan YDP
           iii)  AJK Kebajikan

Ditaip semula di blog ini oleh
Aminuddin MD
Bagi Pihak PPSR

Penduduk Dijemput Ke Majlis Tahlil Dan Doa Selamat - 1hb Jan 2011

Assalamualaikum wbr.


Tuan puan yang dikasihi dan dirahmati Allah sekelian.

Sukacita dimaklumkan bahawa Penduduk Saujana Rawang adalah dijemput ke Majlis Tahlil dan Doa Selamat di rumah Saudara Khairul Anuwar di alamat yang berikut :-

Majlis Tahlil Dan Doa Selamat


Tuan Rumah :   Sdr Khairul Anuwar
Tarikh : Sabtu,  01hb Januari 2010
Tahlil Dan Doa Selamat : 10:00pagi
Jamuan Makan  : 12tgh - 4ptg.


Alamat :     No. 3, Jalan SR2/1C,
                   Taman Saujana Rawang,
                   Rawang, Selangor.

Tuan puan adalah dijemput ke majlis ini.   Semoga kehadiran tuan puan dapat menyerikan lagi majlis ini.

Bagi Pihak Persatuan Penduduk.
Aminuddin MD

Sunday, December 26, 2010

Contoh Resit Wakaf Pembinaan Surau Saujana Rawang.

Assalamualaikum Wbr.

Contoh Keratan Resit Amal Jariah Wakaf Pembinaan Surau Saujana Rawang.

Sebagai menunjukkan komitmen PPSR & Badan Bertindak Surau bagi mendirikan surau di Tapak Amana Jalan SR2/1A, maka Resit Amal Jariah "Wakaf Pembinaan Surau Saujana Rawang" ini akan dikeluarkan tidak lama lagi.

Resit ini akan diberikan kepada penduduk Saujana Rawang sahaja sebagai permulaan untuk penduduk menginfakan sejumlah harta yang berbentuk wang ringgit bagi menjayakan pembinaan surau kita ini.

Al-Quran > Surah Al- Baqarah> Ayat 245

Siapakah orangnya yang (mahu) memberikan pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (yang ikhlas) supaya Allah melipatgandakan balasannya dengan berganda-ganda banyaknya? Dan (ingatlah), Allah jualah Yang menyempit dan Yang meluaskan (pemberian rezeki) dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan.


Al-Quran > Surah Al- Baqarah> Ayat 261

Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.


Bersamalah kita menghulurkan derma/sumbangan/infaq kepada Tabung Akhirat yang mana... Allah jua sahajalah yang mampu membalas kebaikan tuan/puan.

Panglima7.
Moderator
Marilah kita beramai-ramai menderma seikhlas yang mungkin.

Thursday, December 23, 2010

KERANA BULU MATA....ENGKAU MASUK KE SYURGA

KERANA BULU MATA....ENGKAU MASUK KE SYURGA

Assalamualaikum Wbr...



Diceritakan di hari pembalasan kelak, ada seorang hamba Allah sedang diadili. Dia dituduh bersalah kerana mensia-siakan hidupnya di dunia utk berbuat maksiat. Namun begitu dia berkeras membantah,
“Tidak demi langit dan bumi,sungguh tidak benar. saya tak pernah malakukan perkara itu…”
“Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau betul² telah menjerumuskan dirimu sendiri ke dalam dosa”
Orang itu menoleh ke kiri dan ke kanan, lalu merenung segenap penjuru ruang yg ada. Kemudian dia pun menyanggah, “mana saksi2 yg engkau maksudkan? disini tiada sesiapa melainkan aku dan suaramu sahaja.”

Jawab malaikat, “Inilah saksi-saksimu…”

Tiba-tiba mata berbicara,“Saya yang memandang,”
disusuli dengan telinga,“Saya yang mendengar perkara itu”
Hidung pun tidak ketinggalan,“Saya yang mencium”
Bibir pun mengaku dengan slumbernye,“Saya yang merayu”
Lidah menambah dengan berani,“Saya yang menjilat dan menghisap”
Tangan tanpa malu meneruskan,“Saya yang meraba dan meramas”
Kaki pula menyusul,“Saya yang berjalan dan berlari semasa itu”

“Nah kalau dibiarkan kesemua anggota tubuhmu akan memberikan kesaksian tentang perbuatan aibmu,” ujar malaikat. Orang tersebut x dapat membuka sanggahnya lagi. Ia berputus asa dan amat berduka kerana sebentar lagi ia akan dihumban ke dalam neraka jahannam.. Padahal ia amat berharap agar segala perbuatan jahatnya dapat diselindungi. Tatkala dia sedang dilanda kesedihan, tiba-tiba terdengar satu suara yg amat lembut dari sehelai bulu mata berbunyi, ” Saya pun ingin mengangkat sumpah untuk menjadi saksi dalam perkara ini.”

Malaikat menjawab dengan tenang,“Silakan wahai bulu mata”

“Terus terang sahaja, menjelang ajalnya pada satu malam yang hening, aku pernah dibasahi dengan juraian air mata penyesalan mengenangkan segala perbuatan keji yang telah dilakukan. Bukankah rasulnya telah berjanji, apabila ada seora ng hamba yang ingin bertaubat, walaupun sehelai bulu mata sahaja yg dibasahi dengan air mata, demikian itu diharamkan dirinya dari ancaman api neraka? Maka, saya sehelai bulu mata, berani tampil sebagai saksi bahawa dia telah bertaubat sampai membasahi saya dengan air mata penyesalan.”
Dengan kesaksian bulu mata itu, orang tersebut dibebaskan dari neraka dan segera dihantar ke syurga:

“Lihatlah hamba Allah ini masuk syurga kerana pertolongan bulu mata..”

Panglima7
Kiriman sahabat.

Sunday, December 19, 2010

Pelan Pembinaan Surau Taman Saujana Rawang.

Assalamualaikum Wbr.

Ini adalah pelan Bangunan Surau di Taman Saujana Rawang.


Peta pelan bangunan Surau seperti diilhamkan oleh PPSR.

Sketch map pelan surau di atas kertas.  Klik untuk besar.  Yang menyediakan ruang ibadah jemaah lelaki dan perempuan. Juga kelihatan di belakang bangunan solat adalah tempat wudhuk dan tandas untuk lelaki dan wanita juga ruang untuk memasak dan bilik stor.

Pelan Rekabentuk Surau dari pandangan depan dan belakang.

Memandangkan pihak pemaju mengurniakan tanah berong kepada Penduduk untuk dijadikan tapak surau, maka rekabentuknya adalah seperti di atas.   Pelan bangunan surau ini merupakan surau satu tingkat berukuran 40 x 40 kaki persegi.   Mengikut makluman ianya muat untuk 250 orang jemaah dan harga pembinaan dijangka mencecah RM100K.

Panglima7
Pada pandangan hamba, jumlah rumah yang ada di Taman Saujana Rawang adalah sebanyak 300 buah rumah.  Rumah ini termasuklah rumah Zanty dan Amana dari jalan 1/1D, 2/1A, 2/1B, 2/1C dan 2/1D.
Ini tidak termasuk lagi rumah Eva yang tidak diketahui berapa jumlahnya lagi dan masih dalam proses pembinaan sekarang ini.

Memandangkan kita mempunyai penduduk yang ramai maka hamba berpendapat.....ruang surau di atas adalah kecil dan sempit dan tidak mencukupi bagi menampung bilangan jemaah dalam satu-satu masa.  Memang betul...bukan semua penduduk pergi surau untuk bersolat....tetapi  Luas binaan adalah 40 x 40 kaki persegi.  5 kaki di kiri dan kanan juga belakang adalah ruang legar atau kaki lima.  jadi ruang solat sudah mengecil...hanya 30 kaki persegi x 30 kaki persegi shj.  Itu tidak termasuk lagi ruang untuk solat muslimah, almari dan rak-rak kitab Al-Quran, sejadah dan juga telekung yang memakan ruang yang ada.  Sekarang ini mungkin kita akan rasa surau ini besar....tetapi percayalah.....bila datang bulan Ramadhan...barulah kita tahu samada surau kita ini cukup besar untuk penduduk..siap dgn morehnya sekali.  Bagaimana kita ingin mengajak penduduk ke surau jika surau kita sempit dan tak cukup besar untuk menampung jemaah yang ada.

Besar kemungkinan ianya tidak dapat menampung jumlah jemaah dari kalangan penduduk dalam jangka masa panjang.   Tidak salah dan tidak rugi jika kita membina surau sedikit besar dari pelan di atas untuk jangka masa panjang dan tidak salah jika boleh kita dapatkan quotation surau dua tingkat yang mungkin mencecah RM250K.  Bukankah ianya lebih selesa untuk orang dewasa dan kanak-kanak.  Surau bukan hanya untuk bersolat semata-mata tetapi mencakupi aktiviti-aktiviti kemasyarakatan, ceramah agama dan boleh digunakan sebagai balairaya untuk orang ramai dan kenduri kendara dan juga majlis pernikahan dan perkahwinan.  Kalau boleh elakkanlah sikap membina surau...Asal ada surau ajer dah ok, Renovation hanya akan dibuat  setelah siapnya surau...di masa akan datang kosnya akan lebih mahal dari harga sekarang.  Kalau boleh buatlah lagi satu atau dua quotations lagi supaya PPSR ada pilihan.  Kalau satu sahaja quotation...tiada pilihan lah untuk penduduk.

Jikalau kos menjadi halangan......derma dan wakaf bukan sahaja dari kalangan penduduk taman tetapi juga melalui agensi kerajaan dan juga orang ramai juga perseorangan yang ingin menginfakan hartanya untuk tabung akhirat.  Harga rumah kita pun lebih mahal dari harga surau.

Jangan rumah dah siap... baru pahat nak berbunyi.  Nak bunyi...bunyikan sekarang.

Sekadar pandangan ikhlas.
Yang baik datangnya dari Allah dan yang buruk datangnya dari saya sendiri.

Akhirnya Pembinaan Sementara Surau Di Taman Saujana Rawang Dimulakan

Assalamuaalaikum Wbr.

Inilah dia Plan Pembinaan Tapak Surau. Dalam Perancangan PPSR.

Berita Baik untuk Penduduk Taman Saujana Rawang.  Setelah Persatuan Penduduk Saujana Rawang (PPSR) bermesyuarat beberapa kali...akhirnya PPSR membuat kata putus untuk mendirikan dahulu "Surau Sementara" bagi kegunaan penduduk di samping menunggu dan melengkapkan dokumen-dokumen penting  dan proses kelulusan dari Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) serta pihak berwajib yang biasanya memakan masa yang lama untuk menjawab dan seterusnya membina bangunan Surau yang kekal.

Kutipan bagi Wakaf Pembinaan Surau Taman Saujana Rawang yang kekal akan dilancarkan bila segala resit kutipan telah siap disediakan.   Buat sementara waktu ini PPSR akan mendirikan surau sementara menunggu proses dari MAIS.  Bagi mendirikan surau sementara ini juga memerlukan dana.  Mana-mana pihak atau penduduk yang ingin menyalurkan sumbangan berupa simen, papan, atap, speaker, lampu, khemah dan lain-lain lagi boleh menghubungi AJK PPSR seperti di bawah.

AJK Bertindak Surau :
1.   Sdr Shah Nor   -   012-2870393
2.   Sdr Soleh         -   019-2542829
3.   Sdr Zulkifli       -   014-2267551
4.   Sdr Irham         -   013-6774868

Di bawah adalah gambar permulaan sesi gotong royong membersihkan tapak surau Taman Saujana Rawang bagi mendirikan Surau sementara.

Inilah Tapak Surau Taman Saujana Rawang (Pandangan Tepi)

Pandangan dari Hadapan Tapak Surau

Pandangan dari belakang Tapak Surau

Kerja-Kerja Pengukuran dan tanda serta arah kiblat mengikut spesifikasi untuk binaan surau sementara sedang dijalankan.

Kerja-Kerja Pembersihan bagi menyemen tapak ini nanti

Tapak sudah diratakan.

Sudah boleh disimen dan didirikan binaan sementara.  Kerja-kerja mungkin dijalankan pada hari cuti dan Sabtu Ahad jika berkelapangan.

 Semak-semak sudah dibersihkan dan dibakar

Daripada
Panglima7

Friday, December 17, 2010

Seorang Ahli Ibadah Bernama Isam Bin Yusuf

Assalamualaikum Wbr..

Dalam suasana hidup dan mati juga kecemasan akibat perang....solat tidak ditinggalkan.  Bagaimana dengan kita yang aman....hanya syaitan yang perlu dilawan. (gambar hiasan)


"Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk solatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk.

Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam dan bertanya, "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?" Hatim berkata, "Apabila masuk waktu solat, aku berwudhu' zahir dan batin." Isam bertanya, "Bagaimana wudhu' zahir dan batin itu?" Hatim berkata, "Wudhu' zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wudhu' dengan air".

Sementara wudhu' batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :-

> * Bertaubat
> * Menyesali dosa yang telah dilakukan
> * Tidak tergila-gilakan dunia
> * Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya')
> * Tinggalkan sifat berbangga
> * Tinggalkan sifat khianat dan menipu
> * Meninggalkan sifat dengki.
Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan:

> 1.aku sedang berhadapan dengan Allah,
> 2..Syurga di sebelah kananku,
> 3.Neraka di sebelah kiriku,
> 4.Malaikat Maut berada di belakangku, dan
> 5.aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Siratal mustaqim' dan menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik."

"Setiap bacaan dan doa didalam solat, aku faham maknanya kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun."

Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.

Panglima7
Kiriman Sahabat.

Wednesday, December 15, 2010

Langit Dan Bumi

Assalamualaikum Wbr..


Langit & Bumi

                            Adapun terjadinya peristiwa Israk dan Mikraj adalah kerana bumi merasa bangga dengan langit. Berkata dia kepada langit, "Hai langit, aku lebih baik dari kamu kerana Allah s.w.t. telah menghiaskan aku dengan berbagai-bagai negara, beberapa laut, sungai-sungai, tanam-anaman, beberapa gunung dan lain-lain." Berkata langit, "Hai bumi, aku juga lebih elok dari kamu kerana matahari, bulan, bintang-bintang, beberapa falah, buruj, 'arasy, kursi dan syurga ada padaku."
Berkata bumi, "Hai langit, ditempatku ada rumah yang dikunjungi dan untuk bertawaf para nabi, para utusan dan arwah para wali dan solihin (orang-orang yang baik)."

                            Bumi berkata lagi, "Hai langit, sesungguhnya pemimpin para nabi dan utusan bahkan sebagai penutup para nabi dan kekasih Allah s.w.t. seru sekalian alam, seutama-utamanya segala yang wujud serta kepadanya penghormatan yang paling sempurna itu tinggal di tempatku. Dan dia menjalankan syari'atnya juga di tempatku." Langit tidak dapat berkata apa-apa, apabila bumi berkata demikian. Langit mendiamkan diri dan dia mengadap Allah s.w.t. dengan berkata, "Ya AllahEngkau telah mengabulkan permintaan orang yang tertimpa bahaya, apabila mereka berdoa kepada Engkau. Aku tidak dapat menjawab soalan bumi, oleh itu aku minta kepada-Mu ya Allah supaya Muhammad Engkau dinaikkan kepadaku (langit) sehingga aku menjadi mulia dengan kebagusannya dan berbangga."

                        Lalu Allah s.w.t. mengabulkan permintaan langit, kemudian Allah s.w.t. memberi wahyu kepada Jibrail A.S pada malam tanggal 27 Rejab, "Janganlah engkau (Jibrail) bertasbih pada malam ini dan engkau 'Izrail jangan engkau mencabut nyawa pada malam ini."
Jibrail a.s.bertanya, " Ya Allah, apakah kiamat telah sampai?"
Allah s.w.t. berfirman, maksudnya, "Tidak, wahai Jibrail. Tetapi pergilah engkau ke Syurga dan ambillah buraq dan terus pergi kepada Muhammad dengan buraq itu." Kemudian Jibrail a.s. pun pergi dan dia melihat 40,000 buraq sedang bersenang-lenang di taman Syurga dan di wajah masing-masing terdapat nama Muhammad. Di antara 40,000 buraq itu, Jibrail a.s.terpandang pada seekor buraq yang sedang menangis bercucuran air matanya. Jibrail a.s. menghampiri buraq itu lalu bertanya, "Mengapa engkau menangis, ya buraq?"

                           Berkata buraq, "Ya Jibrail, sesungguhnya aku telah mendengar nama Muhammad sejak 40 tahun, maka pemilik nama itu telah tertanam dalam hatiku dan aku sesudah itu menjadi rindu kepadanya dan aku tidak mahu makan dan minum lagi. Aku laksana dibakar oleh api kerinduan." Berkata Jibrail a.s., "Aku akan menyampaikan engkau kepada orang yang engkau rindukan itu." Kemudian Jibrail a.s.memakaikan pelana dan kekang kepada buraq itu dan membawanya kepada Nabi Muhammad s.a.w. Wallahu'alam.

Buraq yang diceritakan inilah yang membawa Rasulullah s.a.w. dalam perjalanan Israk dan Mikraj.

Panglima7
Credit - Kisah & Teladan.

Tuesday, December 14, 2010

Setiap Penduduk PPSR Wajib Pamer Pelekat Kereta & Motor

Assalamualaikum Wbr...

Sticker Kereta dan Motor Penduduk 

Adalah dimaklumkan bahawa Persatuan Penduduk Saujana Rawang (PPSR) telah mengeluarkan Pelekat Kereta dan Motor kepada Penduduk untuk mendapatkannya 2 bulan yang lalu..  Penggunaan pelekat Kereta Motor ini sangat penting bagi penduduk mengenali kereta satu sama lain di samping bagi memantau keselamatan penduduk dan rumah di Saujana Rawang dari dicerobohi oleh anasir-anasir yang tidak diingini.

Melalui pengedaran pelekat ini.....hanya separuh dari Penduduk di Saujana Rawang telah menempah, membeli dan menampal di kenderaan masing-masing....manakala separuh lagi penduduk.... terutamanya di Jalan 1/1D Rumah Zanti masih tidak memberi reaksi terhadap Surat dari Persatuan Penduduk ini.

Harus diingat......Memasang pelekat kereta menggunakan Logo Saujana Rawang seperti gambar diatas  adalah wajib bagi setiap penduduk tanpa terkecuali seorang pun  dan ini telah dibentangkan di dalam Mesyuarat Persatuan Penduduk yang lalu. 

AJK PPSR dan para sukarelawan, InsyaAllah akan membuat kunjungan ke rumah penduduk yang masih belum menempah Pelekat Kereta Motor bagi mendengar dan mengetahui masalah sebenar mereka.... Ini akan dilakukan dalam masa terdekat.

Pada penduduk yang masih belum berbuat demikian....mohon kerjasama....demi keselamatan bersama dan keselamatan semua...silalah bertemu dengan Saudara Zul, Setiausaha Persatuan Penduduk untuk tempahan pelekat secepat mungkin.

Administrator
Panglima7

Tuesday, December 7, 2010

Saf-Saf Kepimpinan AJK Penaja Penduduk Saujana Rawang Sesi 2010-2012

Assalamualaikum Wbr.

Inilah dia gambar yang sempat diambil semasa Mesyuarat Agung Penaja Persatuan Penduduk Taman Saujana Rawang yang telah diadakan baru-baru ini.  Sila lihat haribulannya pada posting yang lepas.

dari kini, Setiausaha : Sdr Zulkifli, Sdr. Shah Nor, Sdr. Kamaruzaman, Mejar (B) Alias, Sdr. Mamu@Sefor, Sdr Chalok@Azizan, Sdr Fitri dan Timb. Setiausaha : Sdr Irham. 

YDP : Sdr Kamaruzaman terpilih lagi walaupun ditolak berkali-kali oleh beliau.....tetapi Penduduk TSR yg hadir...90% masih memerlukan khidmat beliau bagi sessi 2010-hinggalah yang akan datang......sedang berucap 

Mamu - "Teh Tarik satu !!!".......daging kari mamak.....kejap lagi siap...!!! hahaha  Lawak laa..

Semua sedang tekun mendengar taklimat dari YDP yang terpilih lagi. Syabas diucapkan. Berikan sokongan ikhlas anda kepada beliau.


Ahli Jawatankuasa Baru sesi 2010.  Dari Kiri ; AJK Hal Ehwal Kaum - Norain, (En. Ah Heng -tiada dlm gambar) AJK Muslimat : Pn. Rosita Jalil, Penolong Bendahari : Pn. Nora Ariffin, Bendahari : Pn. Mainor Zalila, Timb YDP : Sdr Shah Nor, YDP : Sdr Kamaruzaman, AJK Infrastruktur : Mejar (B) Alias, AJK Kebajikan : Sdr Mamu @ Sefor, AJK Sukan &  Rekreasi : Sdr Chalok@Azizan, Belakang speaker berbaju kuning AJK Wakil Lorong 2/1C dan D: Sdr Fitri, AJK Keselamatan : Sdr Solehuddin  

Berilah sokongan padu kepada AJK AJK baru yang tuan puan pilih ini.  Ini adalah pilihan tuan puan.  Mereka  berkhidmat tanpa gaji dan bayaran seperti ADUN atau YB-YB dari parti politik yang lain.  Segala keringat yang keluar dari tubuh badan mereka, segala wang, barang-barang, masa dan pengorbanan mereka ini bermesyuarat sampai malam.....semuanya sebagai amal jariah hidup di dunia ini. Semoga Allah jua lah yang membalas kebaikkan mereka bagi memakmurkan Taman Saujana Rawang ini.

Janganlah kita komen dan cerca mereka di facebook seperti yang berlaku pada AJK Sessi 2008-2010 dengan berselindung disebalik komen-komen yang positif kononnya tetapi menguris hati AJK-AJK yang membacanya.  Hanya orang yang pengecut sahaja yang berbuat komen yang sedemikian.

Jikalau ada idea yang baik...kongsikan bersama dengan mereka...bukan tunjuk hebat di facebook dan mengumpat sana dan sini tetapi tidak mahu bergaul dengan masyarakat.  Jikalau benar-benar ikhlas marilah bekerja bersama-sama dengan mereka.  Kecil tapak tangan....Stadium Shah Alam kami tadahkan.

AJK-AJK Sessi 2008-2010 yang gugur ialah

1.   Penasihat Persatuan : Sdr Arif
2.   Timbalan YDP : Sdr. Aminuddin Mohd Diah
3.   Setiausaha : Sdr Faizal
4.   Timbalan Setiausaha : Sdr Zamri
5.   Bendahari : Hj Adnan
6.   AJK Keselamatan : Mudzaffar
7.   AJK Muslimat : Semua Isteri AJK membantu (ribuan terimakasih yang tidak terhingga. Moga Allah sahaja yang membalasnya)
8.   AJK Infrastruktur :   Tidak aktif
9.   AJK Agama : Hj Zainal
10. AJK Antara Kaum :  Tidak aktif.

AJK- AJK Sessi 2008-2010 yang dikekalkan menerajui Kepimpinan TSR Sessi 2010-2012 dan bertukar Portfolio ialah

1.   YDP :   Sdr. Kamaruzaman - Kekal
2.   AJK Kebajikan :  Sdr Irham - dipilih sebagai Timb Setiausaha
3.   AJK Sukan : Sdr Chalok@Azizan - Kekal

AJK-AJK baru yang dipilih bagi menerajui TSR Sessi 2010-2012

1.  Timbalan YDP              : Sdr Shah Nor Bin Ahmad
2.  Setiausaha                   : En Zulkefli Harun
3.  Bendahari                    : Pn Mainor Zalila 
4.  Timb Bendahari           :  Pn Nora Ariffin
5.  AJK Infrastruktur          : Mejar (B) Alias
6.  AJK Keselamatan        : Sdr Soleh
7.  AJK Kebajikan             : Sdr Mamu@Sefor
8.  AJK Muslimat               : Pn. Rosita Jalil
9.  AJK Antara Kaum        : Norain
10. AJK Antara Kaum       : En, Ah Heng


Wassalam
Deensasa Panglima7
Adakah sama.... perbandingan "orang yang duduk dengan orang yang berdiri" ???  Fikirkan.
Selamat Bertugas.....

Saturday, December 4, 2010

INFO

hp ilang??ni ader cara best!!

Jangan berikan peluang kepada mereka yang mencuri telefon bimbit anda daripada menggunakannya. Jadikan ia tidak berguna supaya ia tidak lagi boleh dijual kepada orang lain.

Caranya mudah. Setiap telefon bimbit
 mempunyai nombor siri IMEI yang tersendiri. Anda hanya perlu mengetahuinya dan menyimpan catatannya.

Untuk memeriksa nombor siri IMEI ini,
 tekan simbol dan nombor berikut :-
* # 0 6 #

tanpa ruang kosong.
(star hash kosong enam hash)

Nombor yang ditayangkan adalah 15 digit nombor yang unik bagi setiap telepon bimbit. Catatkan dan simpan ditempat yang boleh didapatkan semula. Sekiranya telefon bimbit anda hilang,
anda boleh melaporkan kehilangan
 telefon bimbit anda kepada pemberi khidmat telefon bimbit seperti TM, Maxis atau Digi. Berikan nombor ini kepada mereka supaya ia boleh disenarai hitamkan. Sekiranya pencuri menukarkan kad SIM, ia masih tidak dapat digunakan kerana telefon
bimbit
sudah dihalang penggunaan.
 
Walaupun anda mungkin tidak lagi mendapat telefon bimbit anda, dengan menjadikan ia tidak berguna sudah cukup memuaskan hati. sekiranya setiap daripada kita mencatatkan nombor siri IMEI dan melaporkan nombor siri ini apabila kehilangan telefon bimbit. Kes-kes kehilangan dapat dikurangkan kerana tiada guna mencuri telefon bimbit jika tidak boleh dijual dan digunakan.

Lakukan sekarang dan sebarkan kepada
 orang lain alang-alang dah hilang biar padan muka
org yang curi tu pun tak leh guna
 juga