NOTIS

Assalamualaikum Wbr. Dengan ini di isytiharkan bahawa bermula 12hb Disember 2010....blog ini telah menjadi Blog Rasmi Persatuan Penduduk Saujana Rawang (PPSR) dan bukan lagi blog bola jaring bagi kaum ibu. Segala aktiviti bola jaring dari kaum ibu telah diserapkan ke dalam aktiviti Persatuan Penduduk Saujana Rawang. (PPSR). Bermula saat ini....Penduduk Saujana Rawang perlu menjadikan blog ini sebagai medium untuk mengetahui segala perkembangan terkini dan sebagai ruang menyampaikan informasi secara rasmi dari Persatuan kepada penduduk Saujana Rawang. Harap Maklum

About Me

My photo
Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Saujana Rawang adalah sebuah penempatan terancang yang akan dinaiktaraf sebagai bandar oleh pemaju bersebelahan dengan Bandar Country Homes di Rawang. Mulai 29hb Disember 2010, segala informasi yang dimuat turun sebagai Entry di blog ini HANYA diperolehi dari Setiausaha Persatuan Penduduk Taman Saujana Rawang sahaja. Harap maklum.

Followers

Saf Kepimpinan Dan AJK-AJK Persatuan Penduduk 2010-2012

Assalamualaikum Wbr.

Di sebelah kiri adalah gambar Pimpinan-Pimpinan dan juga AJK-AJK PPSR mengikut Portfolio masing-masing bagi memudahkan penduduk berurusan.

Sunday, December 19, 2010

Pelan Pembinaan Surau Taman Saujana Rawang.

Assalamualaikum Wbr.

Ini adalah pelan Bangunan Surau di Taman Saujana Rawang.


Peta pelan bangunan Surau seperti diilhamkan oleh PPSR.

Sketch map pelan surau di atas kertas.  Klik untuk besar.  Yang menyediakan ruang ibadah jemaah lelaki dan perempuan. Juga kelihatan di belakang bangunan solat adalah tempat wudhuk dan tandas untuk lelaki dan wanita juga ruang untuk memasak dan bilik stor.

Pelan Rekabentuk Surau dari pandangan depan dan belakang.

Memandangkan pihak pemaju mengurniakan tanah berong kepada Penduduk untuk dijadikan tapak surau, maka rekabentuknya adalah seperti di atas.   Pelan bangunan surau ini merupakan surau satu tingkat berukuran 40 x 40 kaki persegi.   Mengikut makluman ianya muat untuk 250 orang jemaah dan harga pembinaan dijangka mencecah RM100K.

Panglima7
Pada pandangan hamba, jumlah rumah yang ada di Taman Saujana Rawang adalah sebanyak 300 buah rumah.  Rumah ini termasuklah rumah Zanty dan Amana dari jalan 1/1D, 2/1A, 2/1B, 2/1C dan 2/1D.
Ini tidak termasuk lagi rumah Eva yang tidak diketahui berapa jumlahnya lagi dan masih dalam proses pembinaan sekarang ini.

Memandangkan kita mempunyai penduduk yang ramai maka hamba berpendapat.....ruang surau di atas adalah kecil dan sempit dan tidak mencukupi bagi menampung bilangan jemaah dalam satu-satu masa.  Memang betul...bukan semua penduduk pergi surau untuk bersolat....tetapi  Luas binaan adalah 40 x 40 kaki persegi.  5 kaki di kiri dan kanan juga belakang adalah ruang legar atau kaki lima.  jadi ruang solat sudah mengecil...hanya 30 kaki persegi x 30 kaki persegi shj.  Itu tidak termasuk lagi ruang untuk solat muslimah, almari dan rak-rak kitab Al-Quran, sejadah dan juga telekung yang memakan ruang yang ada.  Sekarang ini mungkin kita akan rasa surau ini besar....tetapi percayalah.....bila datang bulan Ramadhan...barulah kita tahu samada surau kita ini cukup besar untuk penduduk..siap dgn morehnya sekali.  Bagaimana kita ingin mengajak penduduk ke surau jika surau kita sempit dan tak cukup besar untuk menampung jemaah yang ada.

Besar kemungkinan ianya tidak dapat menampung jumlah jemaah dari kalangan penduduk dalam jangka masa panjang.   Tidak salah dan tidak rugi jika kita membina surau sedikit besar dari pelan di atas untuk jangka masa panjang dan tidak salah jika boleh kita dapatkan quotation surau dua tingkat yang mungkin mencecah RM250K.  Bukankah ianya lebih selesa untuk orang dewasa dan kanak-kanak.  Surau bukan hanya untuk bersolat semata-mata tetapi mencakupi aktiviti-aktiviti kemasyarakatan, ceramah agama dan boleh digunakan sebagai balairaya untuk orang ramai dan kenduri kendara dan juga majlis pernikahan dan perkahwinan.  Kalau boleh elakkanlah sikap membina surau...Asal ada surau ajer dah ok, Renovation hanya akan dibuat  setelah siapnya surau...di masa akan datang kosnya akan lebih mahal dari harga sekarang.  Kalau boleh buatlah lagi satu atau dua quotations lagi supaya PPSR ada pilihan.  Kalau satu sahaja quotation...tiada pilihan lah untuk penduduk.

Jikalau kos menjadi halangan......derma dan wakaf bukan sahaja dari kalangan penduduk taman tetapi juga melalui agensi kerajaan dan juga orang ramai juga perseorangan yang ingin menginfakan hartanya untuk tabung akhirat.  Harga rumah kita pun lebih mahal dari harga surau.

Jangan rumah dah siap... baru pahat nak berbunyi.  Nak bunyi...bunyikan sekarang.

Sekadar pandangan ikhlas.
Yang baik datangnya dari Allah dan yang buruk datangnya dari saya sendiri.

5 comments:

Anonymous said...

Salam. nk tanye cket..ms u all beli rumah ade x masalah dgn hak milik tanah sbb sy sudah beli umah amoda tp glomac bgtau ade mslh dgn hak milik tanah..kerajaan negeri x nk sign..sori lari tajuk..juz nk mntk pndgn..tq

Saujana Rawang, said...

Waalaikumsalam Wbr.

Memang ada masalah pemilikkan tanah masa penduduk beli rumah di Saujana Rawang. Menurut Glomac dalam mesyuarat penduduk dahulu...Kerajaan Selangor tidak luluskan disebabkan pemaju tiada dirikan rumah kos rendah. tetapi setelah dirayu akhirnya Kerajaan Selangor dah luluskan setelah Glomac berjanji membina rumah kos rendah di hujung Rumah Teres Zanty.
Jangan risau....rumah Amoda sudah pun dibina walaubagaimanapun...rumah tuan akan diluluskan juga mengikut peringkat nanti.

irham said...

assalamualaikum,

mengikut perancangan GLOMAC ( Master plan ), saujana rawang telah diberikan 3 tapak surau dan satu tapak mesjid . Tapak surau yang paling besar terletak di AMODA. Saya percaya dalam tempoh lima tahun akan datang, surau AMODA akan dibina dan seterusnya surau di tapak dekat AMANA akan dapat menampung kapasiti penduduk sampailah kita mendapat mesjid sendiri.

sekian, wassalam

Saujana Rawang, said...

W’kumsalam Wbr. Sdr Irham.

T.kasih kerana sudi memberikan pandangan tuan.
Tiap-tiap Surau ada namanya dan ada AJKnya yang tersendiri dlm mentadbir dan memakmurkan surau. Begitu juga Surau di tapak Amana yang bakal kita dirikan ini. Ianya merupakan hasil usaha AJK PPSR, Badan Bertindak Surau dan juga kerjasama semua penduduk nanti.

Disebabkan lain surau lain AJK dan kariahnya....kita janganlah terlalu mengharapkan surau orang (Amoda) untuk menampung jemaah dan kariah kita di sini.
Kita juga janganlah mengharapkan surau yang akan dibina di Amoda oleh kariah dan penduduk di sana...mungkin, 5 tahun lagi adalah bersaiz besar sepertimana tanahnya yang besar. Belum tentu surau mereka itu pun turut besar. Mereka mungkin ada perancangan yg lain dlm mengisi tapak tanah surau mereka yang besar. Penduduk di Teres Amoda, Semi D dan juga Banglo-Banglo ditepi tasik, tidaklah sepadat penduduk di kawasan kita, kerana Saiz rumah kita kecil dan saiz rumah mereka lebih besar.

Diharapkan kita tidak menyandarkan harapan kepada surau orang lain untuk menampung penduduk dan kariah kita sendiri. Walaupun tanah kita tidak seluas dan sebesar Tapak surau di Amoda....tapi kita juga rasanya... tiada masalah pun untuk membesarkan surau kita. Saya percaya... Penduduk dan kariah PPSR lebih selesa dengan surau mereka sendiri yang dibina dengan hasil keringat dan derma infaq dari penduduk. Kecil atau besarnya surau di tapak Amana....itulah wajah "Trade Mark" penduduk di Saujana Rawang.

Sayugia dimaklumkan...Persatuan Penduduk Saujana Rawang hanya menaungi Penduduk Zanty, Amana dan Eva sahaja...bukan Amoda. tak tahulah akan datang. Dengar-dengar sekarang ni pun...mereka pun ingin memasang tembok di sepanjang jalan melingkungi Amoda.

** Kalaulah.... Surau di tapak Amoda yang kononnya akan dibina lebih besar mengikut keluasan tanahnya....Tidakkah terdetik kerisauan di hati...kariah lari berkiblatkan surau lain. Kalau setakat kariah tak ape lagi....Jangan Imam dan Nazir kita pun turut lari ke sana juga udah lerr...(terpikat kerana besar dan selesa)

Panglima7
Irham...jangan serik.!! Sekadar pandangan.

MIBS said...

Assalamualaikum, ohhh ye ke? Alamak, kalau amoda bukan dalam PPSR, kiranya camne nanti, sebab sy baru shj beli Amoda, ingatkan bleh la nak aktif persatuan penduduk under PPSR kerana ingatkan PPSR merangkumi semua kawasan glomac saujana rawang. kalau ade tembok pemisah tu smua alamak cam tak best je. 3 bulan lepas pusing2 kat area pembinaan surau tu dalam hati "alhamdulillah ade surau, nak tunggu surau amoda lambat lagi ( 5 tahun??? ) sdangkan rumah siap lagi 2 tahun lebih~~~