NOTIS

Assalamualaikum Wbr. Dengan ini di isytiharkan bahawa bermula 12hb Disember 2010....blog ini telah menjadi Blog Rasmi Persatuan Penduduk Saujana Rawang (PPSR) dan bukan lagi blog bola jaring bagi kaum ibu. Segala aktiviti bola jaring dari kaum ibu telah diserapkan ke dalam aktiviti Persatuan Penduduk Saujana Rawang. (PPSR). Bermula saat ini....Penduduk Saujana Rawang perlu menjadikan blog ini sebagai medium untuk mengetahui segala perkembangan terkini dan sebagai ruang menyampaikan informasi secara rasmi dari Persatuan kepada penduduk Saujana Rawang. Harap Maklum

About Me

My photo
Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Saujana Rawang adalah sebuah penempatan terancang yang akan dinaiktaraf sebagai bandar oleh pemaju bersebelahan dengan Bandar Country Homes di Rawang. Mulai 29hb Disember 2010, segala informasi yang dimuat turun sebagai Entry di blog ini HANYA diperolehi dari Setiausaha Persatuan Penduduk Taman Saujana Rawang sahaja. Harap maklum.

Followers

Saf Kepimpinan Dan AJK-AJK Persatuan Penduduk 2010-2012

Assalamualaikum Wbr.

Di sebelah kiri adalah gambar Pimpinan-Pimpinan dan juga AJK-AJK PPSR mengikut Portfolio masing-masing bagi memudahkan penduduk berurusan.

Thursday, April 28, 2011

BORANG KHAIRAT KEMATIAN

DAPATKAN BORANG KHAIRAT KEMATIAN DARI HAJI IBRAHIM TEMUI BELIAU DI SURAU AL IKHLAS SAUJANA RAWANG SEBARANG PERTANYAAN BOLEH DITUJUKAN PADA BELIAU.

Sunday, March 27, 2011

MB Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim Beri Cek Sumbangan Kepada PPSR Atas Usaha Mendirikan Surau

Assalamualaikum Wbr.

Alhamdulillah, Syukur ke hadrat Allah SWT apabila Pemimpin Pakatan Rakyat yang juga Menteri Besar Selangor turun ke Pejabat Glomac di Saujana Rawang bagi menghulurkan Cek bagi pihak Glomac (Pemaju) sebagai sumbangan dan rasa besar hati atas usaha PPSR yang bertungkus lumus bersama penduduk dalam mendirikan Surau Sementara iaitu Surau Al-Ikhlas.  

Sumbangan Cek bernilai RM3000 disampaikan Oleh Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dari Kerajaan Selangor Pakatan Rakyat kepada YDP/ Presiden Persatuan Penduduk Saujana Rawang pada hari Ahad, 20hb Mac 2011 bertempat di perkarangan Pejabat Glomac.

Berikut adalah gambar-gambar sekitar penyerahan Cek tersebut.

Orang ramai sedang khusyuk mendengar penerangan daripada Pihak Pemaju Glomac di hari Pelancaran Rumah Baru.

 Turut hadir di majlis ini, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dari Pakatan Rakyat


 MB Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim sedang memberi kata alu-aluan kepada mereka yang hadir.


 Tan Sri Khalid sedang menyampaikan ucapannya.

 Yang dimuliakan lagi dihormati, Yang Di Pertua  PPSR : Sdr Kamaruzaman pula diberi kesempatan berucap oleh Pihak Penganjur mengenai Pembinaan Surau Sementara yang dijangka dirasmikan pada 2hb April ini.

 Turut kelihatan Tonggak Perancang Utama Surau atau the "Engineer of Surau" Sdr Solehuddin AJK Bertindak Surau (berbaju putih duduk disebelah kanan sekali) Ada seorang lagi Sdr Mamu...tetapi tidak kelihatan di sini.


 Dengan Rasa Syukur, YDP menerima sumbangan Cek dari Glomac yang disampaikan oleh MB Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim.

Terima Kasih yang tak terhingga Tan Sri...dan Glomac, Mungkin begitulah yang diucapkan oleh YDP Sdr Kamaruzzaman.

Ini dia orang orang kuat PPSR dari kiri Setiausaha Sdr Zulkiflee, bakal bilal Surau Sdr, alaa..dah terlupa pulak dah dan Sdr Solehuddin serta YDP Kamaruzzaman memegang cek beramai2.

 Haaa..nak tau sape dia nie....Inilah dia Wartawan atau Jurugambar PPSR....daripada beliau lah datangnya gambar-gambar ini.   Well...you have done a good job Bro...However, where are the latest photos of our new surau.  Pls email me bro. hehehe I will update here.  Speaking English la pulak.


Brother Soleh....lu macam UMNO laa...mcm kena paksa jer.. bergambar dgn Tan Sri Khalid. Senyum laa sikit Bro, Cheq dah dapat. hahaha...Jgn marah, 

Ok...itulah dia serba sedikit rentetan penyerahan cek dari Tan Sri Khalid kepada Penduduk Saujana Rawang.  Terima Kasih Tan Sri.  Jasamu dikenang.

Jazakallah Khairan Kathira
Aminuddin.


Monday, March 14, 2011

P E R H A T IA N !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

PERHATIAN UNTUK SEMUA KAUM IBU KELAS MENGAJI YANG DI JANGKA AKAN DIADAKAN PADA 19HB MAC 2011 INI TELAH DIBATALKAN ATAS PERMINTAAN USTAZAH SENDIRI KERANA BELIAU BALIK KE KAMPUNG PADA HARI TERSEBUT. HARAP MAKLUM TOLONG SEBARKAN.

Saturday, February 19, 2011

BERMULALAH KELAS MENGAJI..

Assalamualaikun...wbt..

Pada 19hb feb sabtu kelas mengaji telah pun berjalan dengan lancar sepertimana yang telah dirancangakan sebelum ini. Walaupun tak semua yang hadir tapi kelas mengaji tu tetap menyeronokan, kepada yang tidak dapat hadir kali ini datanglah pada kelas pengajian yang akan datang nanti.

Kebetulan pada hari yang sama puan Ila telah menjemput datang kerumahnya untuk membuat pemeriksaan kesihatan yang dilakukan oleh kakak beliau iaitu kak Myrose.


Kelas megaji akan datang diadakan pada sabtu depan iaitu 26hb februari  bertempat dirumah kak ita di no 58 jalan SR2/1A.kelas seperti biasa iaitu pada jam 2 petang. Mohon membawa sedikit juadah untuk minum

Gambar-gambar yang sempat dirakamkan,,,,















Friday, February 18, 2011

Perasmian Surau Al Ikhlas (Surau Sementara) Saujana Rawang - 2hb April 2011

Assalamualaikum Wbr.



Hanya Allah sahaja yang mampu membalas penat lelah tuan puan dalam mendirikan rumah Allah ini.

Alhamdulillah, PPSR memanjatkan rasa syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnianya Surau sementara Saujana Rawang iaitu Surau Al Ikhlas telah berjaya didirikan hasil kerjasama dan gotong royong dari penduduk Saujana Rawang pada hari cuti umum dan hujung minggu.  Dan kini hanya berbekalkan 30% lagi kerja-kerja plastering, wiring dan simen dalaman untuk surau tersebut siap sepenuhnya.

Sukacita dimaklumkan bahawa PPSR akan merasmikan Surau Sementara ini yang diberi nama Surau Al-Ikhlas pada 2hb April 2011 (Ahad). Seterusnya butir-butir lanjut akan perasmian ini akan dimaklumkan kepada penduduk sebelum tarikh perasmian nanti.

PPSR bercadang mengadakan kenduri kesyukuran pada hari perasmian surau tersebut.   Oleh yang demikian,
mana-mana penduduk Saujana Rawang atau mana-mana individu lain yang ingin membuat sumbangan berbentuk Aqiqah pada hari tersebut sangat-sangat dialu-alukan.

PPSR akan mengedarkan surat kepada semua penduduk dalam waktu yang terdekat ini bagi penduduk menghulurkan sumbangan ikhlas.

Kerjasama dan bantuan daripada penduduk dan individu-individu yang mendirikan Surau Al-Ikhlas ini secara gotong royong baik dari segi memberikan kewangan, tenaga, masa dan makanan hinggalah kepada mengangkat pasir, hinggalah pada majlis perasmian ini nanti.... tiada ungkapan yang dapat PPSR ucapkan.  Hanyalah jutaan terima kasih yang tidak terhingga.  Hanya Allah sahajalah yang dapat membalas budi baik tuan puan sekelian.

Jazakallah Khairan Kathira.
Sekian, Wassalam

Wednesday, February 16, 2011

Penyertaan Dibuka...Kejohanan Badminton Tertutup Saujana Rawang

Assalamualaikum Wbr.



Persatuan Penduduk PPSR menganjurkan satu Kejohanan Badminton Tertutup Saujana Rawang, bagi Penduduk di sini.  Berikut adalah butir-butir penyertaan :-

Yuran Pendaftaran               :   RM30.00 Seorang
Tarikh Tutup                        :   28hb Februari 2011 (Isnin)
Tarikh Pertandingan            :   13hb Mac 2011 (Ahad)
Masa                                    :   9:00 Pagi
Tempat                                 :   Badminton Hall, Country Homes
Pertanyaan                           :   013-3118580 - Sdr Calok.

Syarat Penyertaan

*   Terbuka kepada penduduk Saujana Rawang
*   Satu rumah satu wakil.  Setiap rumah digalakkan menghantar seorang wakil.
*   Yuran Penyertaan RM30.00
*   Kejohanan ini adalah secara beregu iaitu Lelaki & Wanita.
     Terdiri dari kumpulan :
                                       -   A - Pro
                                       -   B - Semi Pro
                                       -   C - Wanita

*   Sila buat pendaftaran & bayaran sebelum 28hb Februari 2011
*   Pemilihan ahli pasukan adalah berdasarkan undian untuk menggalakkan kita bercampur gaul &  
     mengeratkan silaturahim.
*   Penyertaan terhad, siapa cepat dia dapat.

BAWA SEISI KELUARGA UNTUK MEMERIAHKAN ACARA.
Penyertaan, semangat dan kerjasama anda kami hargai.

Sila hubungi Sdr. Calok - 013-3118580 untuk pendaftaran sebelum atau pada 28hb Februari ini.
Berikan Nama, Alamat dan No. Telefon anda untuk dihubungi.

Sekian Terima Kasih.

PERHATIAN UNTUK KAUM IBU

Assalamualaikum...wbt..

Kelas mengaji pada 19hb Februari 2011 sabtu akan diadakan sepertimana yang telah diberitahu sebelum ini. Bertempat di Rumah kak Azizah (isteri abg mamu) jam 2 petang hingga 4 petang. jangan lupa bawa buku IQRA` sebagai panduan mengaji pada hari tersebut. Kepada sesiapa yang tidak hadir sebelum ini anda di alu-alukan menyertai kami. Kita akan mengutip bayaran sebanyak RM15 pada hujung bulan Februari nanti.

SEKITAR PEMBINAAN SURAU AL IKHLAS SAUJANA RAWANG

Perkembangan terkini pembinaan SURAU AL IKHLAS  yang bermula 29hb january 2010


     











hingga kini.........15hb Febuari 2010....












Maaf  sebab gambar tidak dapat dibesarkan.. bila dibesarkan ia tidak kelihatan jelas..










Tuesday, February 1, 2011

PERLAWANAN BOWLING PPSR

Salam. Baru-baru ini bertempat di Kompleks membeli belah Selayang Mall telah diadakan satu perlawanan Bowling anjuran PPSR yang di kelolakan oleh saudara Azizan. Perlawanan berlangsung dengan  meriah sekali. Pertandingan amat sengit sekali masing-masing ingin memunggut mata yang tinggi. Tahniah kepada yang menang dan cuba lagi pada yang  tidak bernasib baik. Terima kasih kepada Timbalan YDP Saudara Shah Noor diatas sumbangan piala pusingan dan piala kategori Individu.

Berikut adalah gambar-gambar yang sempat dirakam pada hari tersebut.

Peserta lelaki


peserta wanita


Hamper dan piala pusingan




Perlawanan pun bermula......


Wan Zarina JOHAN bagi kategori Individu wanita


Zubaidah NAIB JOHAN individu


Abang Soleh JUARA individu lelaki


Alamak lupa lah nama bro ni ..beliau NAIB JOHAN individu

Bagi kategori berkumpulan pula  adalah seperti berikut


JUARA kategori berkumpulan wanita


NAIB JUARA


JUARA berkumpulan lelaki


NAIB JUARA  berkumpulan lelaki

Hadiah telah disampaikan oleh Saudara Shah Nor. Tahniah kepada pemenang. Terima kasih kepada semua yang telah menjayakan pertandingan bowling, disamping dapat mengeratkan lagi tali silaturahim antara kita.


Monday, January 31, 2011

Gotong Royong Membina Surau Sementara Diteruskan Lagi - Selasa, 1hb Februari 2011

Assalamualaikum Wbr.

Kerja-Kerja Memasang Beam dan Bumbung Surau. Gambar Hiasan

Contoh plaster simen. Gambar Hiasan

Gotong royong membina Surau Sementara Saujana Rawang di teruskan lagi pada hari Selasa bersamaan dengan 1hb Feb 2011 dan seterusnya sehingga ke Tahun Baru Cina dan hingga hujung minggu ini.  Mereka mereka yang mahir menyusun bata dan membuat plastering dan memasang bumbung diminta menampilkan diri bagi membantu kerja-kerja yang memerlukan skil-skil ini.  Bantuan kemahiran dan kerjasama dari tuan-tuan semua.... hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya di akhirat nanti.

Semoga tuan puan yang membantu pembinaan ini walau dengan mengangkat sebutir pasir bagi membina Rumah Allah ini dibalas Allah dengan sesuatu yang tuan tak pernah terfikir ketika hidup di dunia ini. MasyaAllah !!!


Allahuakbar!!!

Jazakallah Khairan Kathira
Aminuddin Bin Mohd Diah