NOTIS

Assalamualaikum Wbr. Dengan ini di isytiharkan bahawa bermula 12hb Disember 2010....blog ini telah menjadi Blog Rasmi Persatuan Penduduk Saujana Rawang (PPSR) dan bukan lagi blog bola jaring bagi kaum ibu. Segala aktiviti bola jaring dari kaum ibu telah diserapkan ke dalam aktiviti Persatuan Penduduk Saujana Rawang. (PPSR). Bermula saat ini....Penduduk Saujana Rawang perlu menjadikan blog ini sebagai medium untuk mengetahui segala perkembangan terkini dan sebagai ruang menyampaikan informasi secara rasmi dari Persatuan kepada penduduk Saujana Rawang. Harap Maklum

About Me

My photo
Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Saujana Rawang adalah sebuah penempatan terancang yang akan dinaiktaraf sebagai bandar oleh pemaju bersebelahan dengan Bandar Country Homes di Rawang. Mulai 29hb Disember 2010, segala informasi yang dimuat turun sebagai Entry di blog ini HANYA diperolehi dari Setiausaha Persatuan Penduduk Taman Saujana Rawang sahaja. Harap maklum.

Followers

Saf Kepimpinan Dan AJK-AJK Persatuan Penduduk 2010-2012

Assalamualaikum Wbr.

Di sebelah kiri adalah gambar Pimpinan-Pimpinan dan juga AJK-AJK PPSR mengikut Portfolio masing-masing bagi memudahkan penduduk berurusan.

Wednesday, February 16, 2011

Penyertaan Dibuka...Kejohanan Badminton Tertutup Saujana Rawang

Assalamualaikum Wbr.



Persatuan Penduduk PPSR menganjurkan satu Kejohanan Badminton Tertutup Saujana Rawang, bagi Penduduk di sini.  Berikut adalah butir-butir penyertaan :-

Yuran Pendaftaran               :   RM30.00 Seorang
Tarikh Tutup                        :   28hb Februari 2011 (Isnin)
Tarikh Pertandingan            :   13hb Mac 2011 (Ahad)
Masa                                    :   9:00 Pagi
Tempat                                 :   Badminton Hall, Country Homes
Pertanyaan                           :   013-3118580 - Sdr Calok.

Syarat Penyertaan

*   Terbuka kepada penduduk Saujana Rawang
*   Satu rumah satu wakil.  Setiap rumah digalakkan menghantar seorang wakil.
*   Yuran Penyertaan RM30.00
*   Kejohanan ini adalah secara beregu iaitu Lelaki & Wanita.
     Terdiri dari kumpulan :
                                       -   A - Pro
                                       -   B - Semi Pro
                                       -   C - Wanita

*   Sila buat pendaftaran & bayaran sebelum 28hb Februari 2011
*   Pemilihan ahli pasukan adalah berdasarkan undian untuk menggalakkan kita bercampur gaul &  
     mengeratkan silaturahim.
*   Penyertaan terhad, siapa cepat dia dapat.

BAWA SEISI KELUARGA UNTUK MEMERIAHKAN ACARA.
Penyertaan, semangat dan kerjasama anda kami hargai.

Sila hubungi Sdr. Calok - 013-3118580 untuk pendaftaran sebelum atau pada 28hb Februari ini.
Berikan Nama, Alamat dan No. Telefon anda untuk dihubungi.

Sekian Terima Kasih.

No comments: