NOTIS

Assalamualaikum Wbr. Dengan ini di isytiharkan bahawa bermula 12hb Disember 2010....blog ini telah menjadi Blog Rasmi Persatuan Penduduk Saujana Rawang (PPSR) dan bukan lagi blog bola jaring bagi kaum ibu. Segala aktiviti bola jaring dari kaum ibu telah diserapkan ke dalam aktiviti Persatuan Penduduk Saujana Rawang. (PPSR). Bermula saat ini....Penduduk Saujana Rawang perlu menjadikan blog ini sebagai medium untuk mengetahui segala perkembangan terkini dan sebagai ruang menyampaikan informasi secara rasmi dari Persatuan kepada penduduk Saujana Rawang. Harap Maklum

About Me

My photo
Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Saujana Rawang adalah sebuah penempatan terancang yang akan dinaiktaraf sebagai bandar oleh pemaju bersebelahan dengan Bandar Country Homes di Rawang. Mulai 29hb Disember 2010, segala informasi yang dimuat turun sebagai Entry di blog ini HANYA diperolehi dari Setiausaha Persatuan Penduduk Taman Saujana Rawang sahaja. Harap maklum.

Followers

Saf Kepimpinan Dan AJK-AJK Persatuan Penduduk 2010-2012

Assalamualaikum Wbr.

Di sebelah kiri adalah gambar Pimpinan-Pimpinan dan juga AJK-AJK PPSR mengikut Portfolio masing-masing bagi memudahkan penduduk berurusan.

Monday, July 5, 2010

PERLAWANAN NETBALL ANTARA TMN SAUJANA RAWANG DAN RED GIANT

Baru-baru ni team netball dan bola sepak telah mengadakan perlawanan
persahabatan bersama team The Red Giant uiss..nama hebat tu..bertempat di Taman Tun
Teja di Batu 16 Bandar  Rawang. Perlawanan pada hari tu memang hebat.. semua main sungguh-sungguh..walaupun tak ada award disediakan tapi semangat kesukanan yg dipamerkan  kedua pasukan memang boleh  masuk  untuk world Cup..hahaha.. kompom pancit....Gambar aksi-aksi para pemain sempat dirakamkan oleh jurukamera cilik SAKINAH (anak k Ita)..so kalau ada gambar yg tak memuaskan hati almaklum lah yer...Jom kita tengokkk.........
Time ni sebelum bertolak ke Tun Teja..apa-apa posing dulu..sementara make-up tak ilang lagi..

Janji nak pergi kul 4 petang weiii!!! tau tak nak main kul 5, sekarang dah kul 4.45..masih menunggu ada yg tak sampai lagi..adoiiiaii...konvoii tu..

Team Saujana Baru sampai kami di sambut dgn mesra sekali..dengan senyum sampai ke telinga...hah ambik ko...Red Giant korang memang peramah..



Sampai semua berkumpul thanks pada penyokong-penyokong yg memberikan sokongan yg tak terhingga sampai nak terkeluar anak tekak...hahaha nampak sangat bohongnya..

WARM UP TIME


sebelum main kena lah buat regangan otot dulu..kalau tak mau krem ooo ..alah kita orang buat ala kadar jer tu..eksen jerk...lebih..hahaha




Pengadil sedang memberi penerangan tentang LAW perlawanan.Penuh konsentrasi betul GK tu mendengarnya.. Waktu perlawanan 10-5-10 ..ok lah tu..tak lama sgt main..kalau tak mau PANCIT!!
Sesi bergambar kenangan bersama team The Red Giant..mak aii besau-basaunya badan Team Saujana Rawang..Habis laa kena titik ni nanti.......

Maka..bermulalah episod perlawanan....
Gambar-gambar di atas semua perlawanan antara Team A dan The Red Giant Senior...memang hebat  perlawanan yg sengit kedua pasukan. Team A menang dengan jaringan 9-7.Apa yang penting kerjasama!!!!!

Team B meneruskan perjuangan...
Gambar yang ini pulak masa Team B lawan dengan Team Red Giant Junior..memang hebat Team junior tu semua remaja-remaja belaka..apa-apa pun yg penting semangat kesukanan yg ada dalam diri masing-masing walaupun kalah dengan 11-1 namun 1 mata tu penuh makna bagi Team B dari 0.. ok lah tu geng..

Team Bola Sepak TSR

Team bola sepak juga mengadakan perlawanan persahabatan mereka menentang The Red Giant Senior.TSR tewas 5-1...ok lah tu bro janji tak 0...

Penyokong Kuat TSR..

POM-POM GIRL oklah tu dari tak ada...
Para bapa tak ketinggalan memberi sokongan kepada isteri masing-masing.. sporting tolong jaga anak..caya lah brooo....

Makan Time..




Amboii,,,makan tak hingat kaum bapak.
Jamuan ringan disediakan untuk semua..terima kasih tak terhingga kerana menjamu kami yg tengah lapar ni..sedap  bihun dan kuih hijau tu..pergh.....

Foto-foto yang sempat dirakamkan selepas perlawanan berlangsung





ok dah penat lah upload gambar2 ini saja yg dapat disiarkan. Kepada Team yg menang tahniah...pada yg kalah anda juga memang hebat cuma nasib tak menyebelahi kita..apa-apa pun yg penting semangat kerjasama dan kesukanan yg di tunjukkan oleh setiap pemain. Majulah  Sukan Untuk TSR..
~Rose~

2 comments:

EffySyazwani said...

congrats.....wah...cool lah TSR ni..hahaha

Saujana Rawang, said...

thankiu...effy...nak join netball? ada berani baby..hahaha