NOTIS

Assalamualaikum Wbr. Dengan ini di isytiharkan bahawa bermula 12hb Disember 2010....blog ini telah menjadi Blog Rasmi Persatuan Penduduk Saujana Rawang (PPSR) dan bukan lagi blog bola jaring bagi kaum ibu. Segala aktiviti bola jaring dari kaum ibu telah diserapkan ke dalam aktiviti Persatuan Penduduk Saujana Rawang. (PPSR). Bermula saat ini....Penduduk Saujana Rawang perlu menjadikan blog ini sebagai medium untuk mengetahui segala perkembangan terkini dan sebagai ruang menyampaikan informasi secara rasmi dari Persatuan kepada penduduk Saujana Rawang. Harap Maklum

About Me

My photo
Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Saujana Rawang adalah sebuah penempatan terancang yang akan dinaiktaraf sebagai bandar oleh pemaju bersebelahan dengan Bandar Country Homes di Rawang. Mulai 29hb Disember 2010, segala informasi yang dimuat turun sebagai Entry di blog ini HANYA diperolehi dari Setiausaha Persatuan Penduduk Taman Saujana Rawang sahaja. Harap maklum.

Followers

Saf Kepimpinan Dan AJK-AJK Persatuan Penduduk 2010-2012

Assalamualaikum Wbr.

Di sebelah kiri adalah gambar Pimpinan-Pimpinan dan juga AJK-AJK PPSR mengikut Portfolio masing-masing bagi memudahkan penduduk berurusan.

Friday, May 7, 2010

SELAMAT HARI IBU

Ayam Percik Bakar...memang tangkap...meleleh
Perggghhh..!!! Sedap sotong bakaq ni...
Salam kepada semua Penduduk Saujana Rawang...... khususnya kepada semua Kaum Ibu.

"Selamat Menyambut Hari Ibu." Semoga anda semua diberkati dan dilindungi selalu.

Hari ibu akan disambut pada hari Ahad ini bersamaan dengan 9hb Mei 2010.

Pada malam hari ibu iaitu hari sabtu malam ahad, kumpulan hot mama and the geng bergotong royong dan mengutip dana bagi membuat BBQ kepada penduduk yang ingin menyertainya.

Segala usaha ini disertai dengan ribuan terimakasih atas semangat kerjasama dari dulu hinggalah sekarang.


Deensasa@Panglima7 mengucapkan syabas kepada semua penduduk yang terlibat dalam membuat jamuan BBQ.

Selamat Menjamu Selera dan Selamat Hari Ibu.

















No comments: