NOTIS

Assalamualaikum Wbr. Dengan ini di isytiharkan bahawa bermula 12hb Disember 2010....blog ini telah menjadi Blog Rasmi Persatuan Penduduk Saujana Rawang (PPSR) dan bukan lagi blog bola jaring bagi kaum ibu. Segala aktiviti bola jaring dari kaum ibu telah diserapkan ke dalam aktiviti Persatuan Penduduk Saujana Rawang. (PPSR). Bermula saat ini....Penduduk Saujana Rawang perlu menjadikan blog ini sebagai medium untuk mengetahui segala perkembangan terkini dan sebagai ruang menyampaikan informasi secara rasmi dari Persatuan kepada penduduk Saujana Rawang. Harap Maklum

About Me

My photo
Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Saujana Rawang adalah sebuah penempatan terancang yang akan dinaiktaraf sebagai bandar oleh pemaju bersebelahan dengan Bandar Country Homes di Rawang. Mulai 29hb Disember 2010, segala informasi yang dimuat turun sebagai Entry di blog ini HANYA diperolehi dari Setiausaha Persatuan Penduduk Taman Saujana Rawang sahaja. Harap maklum.

Followers

Saf Kepimpinan Dan AJK-AJK Persatuan Penduduk 2010-2012

Assalamualaikum Wbr.

Di sebelah kiri adalah gambar Pimpinan-Pimpinan dan juga AJK-AJK PPSR mengikut Portfolio masing-masing bagi memudahkan penduduk berurusan.

Monday, April 26, 2010

KEJADIAN PECAH RUMAH DI SAUJANA

.....

Salam semua,


Semalam baru je update blog dengan cerita2 menarik, kelakar dan gembira pasal game netball... tiba2 malam tadi kita dikejutkan pulak dengan berita tak baik kes pecah rumah di taman kita. Perkara yang kita takutkan selama ini akhirnya dah terjadi juga.... Nauzubillah.


Khabarnya rumah terbabit di lorong SR2/1B.. rumah kedua last sama row dgn rumah k sham sana. Antara barang yang hilang 3 biji laptop, 1 TV 'palma' ..ehhh TV plasma.. dan kamera digital. Takutnya bila dengar.

Bila dah jadi macam ni, ramai yang kita boleh suspek...Indon kontraktor salah satu, penagih dadah pun, tapi kalau takde bukti tak boleh nak cakap jugak kan. Tunggulah polis buat siasatan. Mintak sangat orang jahat tu ditangkap dan mendapat balasan yang setimpal...

Kepada semua warga Saujana Rawang, harap kita semua berhati2, pastikan rumah dah berkunci kemas (walaupun mereka boleh pecahkan juga... tapi sekurang2 nya melambatkan kerja jahat mereka tu)... kalau balik kampung ker.. pesankan pada jiran2... dan pada yang ada facebook.. bolehla selalu update pasal apa2 yang pelik dan mencurigakan. Memang membantu sangat..

Blog ni cuma utk update sahaja. selebihnya kita serahkan la pada warga taman dan pihak polis untuk tindakan seterusnya. Insyaallah..harap yang baik2 saja utk kita semua... Insyaallah.

Rohie

.........................................................

2 comments:

Panglima7 said...

Salam Penduduk Saujana Rawang.

Ingin menambah sedikit. Bukan sahaja pecah rumah, kehadiran orang luar di kawasan kita ini perlu juga diawasi. Sepertimana yang berlaku sekarang, penduduk SR seakan berpecah dan berpuak-puak.
Kita jangan taksub atau lekas percaya kepada orang baru yang petah bercakap tetapi sebenarnya tong kosong. Bunyi ajer mengalahkan guruh tapi semuanya kelentong dan tak masuk akal. Siasatlah latar belakang mereka ini supaya kita semua tidak mudah termakan pujukan dan hasutannya.
Akhirnya kawan hilang dan wang anda yang leburrr....

Waspada selalu.
Written by Panglima7

Saujana Rawang, said...

W/S Panglima7,

well said and thanks for the advice.