NOTIS

Assalamualaikum Wbr. Dengan ini di isytiharkan bahawa bermula 12hb Disember 2010....blog ini telah menjadi Blog Rasmi Persatuan Penduduk Saujana Rawang (PPSR) dan bukan lagi blog bola jaring bagi kaum ibu. Segala aktiviti bola jaring dari kaum ibu telah diserapkan ke dalam aktiviti Persatuan Penduduk Saujana Rawang. (PPSR). Bermula saat ini....Penduduk Saujana Rawang perlu menjadikan blog ini sebagai medium untuk mengetahui segala perkembangan terkini dan sebagai ruang menyampaikan informasi secara rasmi dari Persatuan kepada penduduk Saujana Rawang. Harap Maklum

About Me

My photo
Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Saujana Rawang adalah sebuah penempatan terancang yang akan dinaiktaraf sebagai bandar oleh pemaju bersebelahan dengan Bandar Country Homes di Rawang. Mulai 29hb Disember 2010, segala informasi yang dimuat turun sebagai Entry di blog ini HANYA diperolehi dari Setiausaha Persatuan Penduduk Taman Saujana Rawang sahaja. Harap maklum.

Followers

Saf Kepimpinan Dan AJK-AJK Persatuan Penduduk 2010-2012

Assalamualaikum Wbr.

Di sebelah kiri adalah gambar Pimpinan-Pimpinan dan juga AJK-AJK PPSR mengikut Portfolio masing-masing bagi memudahkan penduduk berurusan.

Wednesday, April 7, 2010

BERHATI-HATI

Kepada penduduk Taman Saujana Rawang, terutama suri-suri rumah di minta berhati-hati dengan kehadiran seorang warga Indonesia, umur lingkungan awal 50an menunggang motor kapcai berwarna biru.
Warga Indonesia ini akan membawa beberapa keping tile yg cantik dan akan menawarkan harga yang paling murah gila kepada sesiapa yg berminat untuk memasang tile di rumah mereka. Anda pasti teruja mendengar harga yg di tawarkan, tapi.. awas kawan-kawan, Wak ini ada niat yang tidak baik.. tujuan untuk menipu orang yang teruja tadi.
Setelah meminta wang pendahuluan beliau lesap begitu sahaja. Kata-katanya memang manis, tidak nampak pun diraut wajah Wak tu seorang penipu, kerana katanya dia hendak habiskan stok tile, itu lah sebabnya menawarkan harga yg murah.
Kemudian dia akan menyuruh anda ketepikan kereta dan pasu-pasu di depan rumah katanya sekejap lagi barang akan sampai dan akan memasang tile itu dengan segera. Jadi, saya harap dimasa akan datang kita akan lebih berhati-hati, dan tidak cepat terpedaya.
Dengan terjadinya peristiwa ini pada Selasa yang lalu ia memberi satu pengajaran yang penting, seandainya ia tidak berlaku.. pasti saya tidak memberi peringatan kepada kawan-kawan hari ini. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Wassalam.. -ROSE-

No comments: