NOTIS

Assalamualaikum Wbr. Dengan ini di isytiharkan bahawa bermula 12hb Disember 2010....blog ini telah menjadi Blog Rasmi Persatuan Penduduk Saujana Rawang (PPSR) dan bukan lagi blog bola jaring bagi kaum ibu. Segala aktiviti bola jaring dari kaum ibu telah diserapkan ke dalam aktiviti Persatuan Penduduk Saujana Rawang. (PPSR). Bermula saat ini....Penduduk Saujana Rawang perlu menjadikan blog ini sebagai medium untuk mengetahui segala perkembangan terkini dan sebagai ruang menyampaikan informasi secara rasmi dari Persatuan kepada penduduk Saujana Rawang. Harap Maklum

About Me

My photo
Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Saujana Rawang adalah sebuah penempatan terancang yang akan dinaiktaraf sebagai bandar oleh pemaju bersebelahan dengan Bandar Country Homes di Rawang. Mulai 29hb Disember 2010, segala informasi yang dimuat turun sebagai Entry di blog ini HANYA diperolehi dari Setiausaha Persatuan Penduduk Taman Saujana Rawang sahaja. Harap maklum.

Followers

Saf Kepimpinan Dan AJK-AJK Persatuan Penduduk 2010-2012

Assalamualaikum Wbr.

Di sebelah kiri adalah gambar Pimpinan-Pimpinan dan juga AJK-AJK PPSR mengikut Portfolio masing-masing bagi memudahkan penduduk berurusan.

Monday, August 9, 2010

RAMADHAN DATANG LAGI AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN.....



Salam buat semua pembaca.. Bila Ramadhan menjelang mulalah ibu-ibu sibuk  bangun awal pagi menyiapkan sahur untuk keluarga tersayang...bangun jam 4 pagi anggaplah sebagai senaman awal pagi. Puasa  bukan satu beban tetapi menyihatkan badan kita sebenarnya. Kerja rumah...hurmm.... sampai bila pun tak habis..Sebagai Isteri dan ibu memang kerja tak pernah selesai..yg bekerja balik kerja nak kena masak..yg suri rumah dah tentu ada pekerjaan tetapnya. Tapi jangan lah kita asyik leka dengan kerja ambil lah kesempatan di bulan Ramadhan ini luangkan sedikit masa untuk mendekatkan diri kita kepadaNYA.

Luangkan masa dengan membaca Al-Quran kerana ganjarannya amat besar sahabat ku...  Tak kira bila waktunya...cubalah luangkan masa...bagi merebut  ganjaran yang ada dalam Ramadhan ini..

Berbelanja bila perlu dan berhemah jangan membazir, membeli itu dan ini mengikut hawa nafsu...Kalau ke Bazar Ramadhan tu beringatlah sikit yer..kat rumah dah masak... nak beli jugak lagi ker..kalau nak cuci mata boleh ler beli satu dua jenis kuih sebagai pencuci mulut ok lah tu.. jangan selagi nampak semua nak beli..itu  bukan nak cuci mulut dah namanya..itu cuci semua....

Time berbuka anak-anaklah paling seronok, setelah penat berpuasa di siang hari..masa berbukalah saat yang di nantikan..Sebagai ibu kita kenalah masak yang sedap-sedap bagi semangat kat anak-anak "esok puasa lagi ye mak masak lagi sedap bila berbuka nanti" bila berbuka tu beringat sikit..jangan jadi pelahap pulak...amboii nak balas dendam ye..sehari tak makan..jangan .....ingat!!!nanti baju raya tak muat pulak nak pakai. Bukan makin kurus, makin berisi lagi ada ler....

Apa jua yang anda lakukan mudah-mudahan diberkati ALLAH TAALA. Amin.......


SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL MUBARAK..

~rose~

No comments: