NOTIS

Assalamualaikum Wbr. Dengan ini di isytiharkan bahawa bermula 12hb Disember 2010....blog ini telah menjadi Blog Rasmi Persatuan Penduduk Saujana Rawang (PPSR) dan bukan lagi blog bola jaring bagi kaum ibu. Segala aktiviti bola jaring dari kaum ibu telah diserapkan ke dalam aktiviti Persatuan Penduduk Saujana Rawang. (PPSR). Bermula saat ini....Penduduk Saujana Rawang perlu menjadikan blog ini sebagai medium untuk mengetahui segala perkembangan terkini dan sebagai ruang menyampaikan informasi secara rasmi dari Persatuan kepada penduduk Saujana Rawang. Harap Maklum

About Me

My photo
Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Saujana Rawang adalah sebuah penempatan terancang yang akan dinaiktaraf sebagai bandar oleh pemaju bersebelahan dengan Bandar Country Homes di Rawang. Mulai 29hb Disember 2010, segala informasi yang dimuat turun sebagai Entry di blog ini HANYA diperolehi dari Setiausaha Persatuan Penduduk Taman Saujana Rawang sahaja. Harap maklum.

Followers

Saf Kepimpinan Dan AJK-AJK Persatuan Penduduk 2010-2012

Assalamualaikum Wbr.

Di sebelah kiri adalah gambar Pimpinan-Pimpinan dan juga AJK-AJK PPSR mengikut Portfolio masing-masing bagi memudahkan penduduk berurusan.

Friday, June 4, 2010

PERLAWANAN BOWLING SESAMA PENDUDUK SAUJANA RAWANG.

Assalamualaikum,

Pertandingan bowling sesama penduduk Saujana Rawang telah dianjurkan buat julung-julung kalinya oleh Sdr Chalok dan committeenya yang merupakan salah seorang AJK Persatuan Penduduk Saujana Rawang. Pertandingan ini telah mendapat sambutan yang diluar jangkaan dengan penyertaan 20 pasangan suami isteri.

Ini adalah pertandingan kumpulan Suami Isteri. Pasangan suami isteri yang menyertai pertandingan ini akan diberi peluang untuk mencabut undi bagi menentukan pasangannya dengan satu pasangan yang lain bagi mewakili kumpulan masing-masing. Ini bererti satu kumpulan mewakili 2 pasangan suami isteri. Terdapat 10 kumpulan yang setiap satunya mewakili 2 pasangan suami isteri.

Pertandingan ini telah diadakan pada 29hb Mei 2010 bertempat di Kelab Bukit Beruntung. Di bawah adalah gambar-gambar yang sempat diambil unutuk tatapan semua.

Sdr. Aminuddin selaku Timb YDP Persatuan Penduduk menyampaikan hadiah bagi tempat ketiga kepada kumpulan ini yang salah satu daripadanya adalah Sdr Chalok (sedang memegang kertas perlawanan).

Opss !! Gambar Tersenget Pulak...sabotaj ni hehehe...Ini Sdr Khairul Juara Individu lelaki yang membuat jatuhan Pin terbanyak. Beliau merupakan wakil bowling UIA sebelum ini. Haaa...jemput lagi juara......memang juaralah...hehehe

Hadiah tercorot pun ada.....?? Hadiah bagi jatuhan pin tercorot individu wanita jatuh kepada...........hehehehe


Saudara Al yang merupakan juara individu lelaki dengan jatuhan pin tercorot.......hehehehe Tercorot pun tercorotlah...janji dapat hadiah.

Kelihatan YDP Penduduk Saujana Rawang, Sdr Kamaruzaman sedang memilih bola bagi lontaran kedua. Tinggal satu pin ajer tuu....




Isteri pasangan masing-masing kelihatan kelenguhan..... sementara menunggu pengumuman dari urusetia majlis bagi mengesahkan lagi kumpulan masing-masing yang tidak ada harapan untuk menang. kah kah kah...!!! Takpe memang adat laa...kan. Ada kalah ada menang.

Kelihatan anak-anak turut serta memeriahkan lagi pertandingan ini.

Pertandingan sedang rancak bermula dan kelihatan Timb. YDP sedang membuat lontaran. Spare tuuu..!!!

Seorang dari isteri pasangan memerhati bola yang dilontarkan dengan penuh pengharapan.... Strike !!! hehehehe

Suami-Suami Mithali...bergambar bersama sebagai kenang-kenangan sebelum pertandingan.

Isteri-Isteri juga tidak ketinggalan bergambar sebelum perlawanan. Semangat tengah berkobar-kobar tuu...

Apa pun keputusan perlawanan ini...Ianya telah mengerat dan merapatkan lagi hubungan sesama penduduk dan jiran tetangga di Saujana Rawang. Tambahan pula disebelah malamnya diadakan Majlis Bacaan Yassin dan Tahlil selama 44 hari- non stop yang dibuka kepada mana-mana penduduk yang ingin menyertainya .
Syabas dan Tahniah diucapkan kepada pemenang semoga bertemu lagi di perlawanan yang akan datang. See you at Sunway Pyramid.

Ita.








1 comment:

Saujana Rawang, said...

dasat tu gagak hitam.....