NOTIS

Assalamualaikum Wbr. Dengan ini di isytiharkan bahawa bermula 12hb Disember 2010....blog ini telah menjadi Blog Rasmi Persatuan Penduduk Saujana Rawang (PPSR) dan bukan lagi blog bola jaring bagi kaum ibu. Segala aktiviti bola jaring dari kaum ibu telah diserapkan ke dalam aktiviti Persatuan Penduduk Saujana Rawang. (PPSR). Bermula saat ini....Penduduk Saujana Rawang perlu menjadikan blog ini sebagai medium untuk mengetahui segala perkembangan terkini dan sebagai ruang menyampaikan informasi secara rasmi dari Persatuan kepada penduduk Saujana Rawang. Harap Maklum

About Me

My photo
Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Saujana Rawang adalah sebuah penempatan terancang yang akan dinaiktaraf sebagai bandar oleh pemaju bersebelahan dengan Bandar Country Homes di Rawang. Mulai 29hb Disember 2010, segala informasi yang dimuat turun sebagai Entry di blog ini HANYA diperolehi dari Setiausaha Persatuan Penduduk Taman Saujana Rawang sahaja. Harap maklum.

Followers

Saf Kepimpinan Dan AJK-AJK Persatuan Penduduk 2010-2012

Assalamualaikum Wbr.

Di sebelah kiri adalah gambar Pimpinan-Pimpinan dan juga AJK-AJK PPSR mengikut Portfolio masing-masing bagi memudahkan penduduk berurusan.

Friday, June 11, 2010

Hari Sukaneka Penduduk Saujana Rawang - 11hb Julai 2010

Assalamualaikum Wbr.

Persatuan Penduduk Taman Saujana Rawang akan menganjurkan Hari Sukaneka yang akan diadakan pada tarikh dan masa seperti berikut:

Tarikh         :    11hb Julai 2010
Tempat       :    Taman Saujana Rawang (Tempat di Tanah Lapang sebelah Tapak Surau)
Masa          :    7:00 pagi

Untuk menjayakan Hari Sukaneka ini, Persatuan Penduduk memohon jasa baik penduduk TSR memberi sumbangan wang ringgit sebanyak RM20.00 satu keluarga.  Kehadiran tuan puan sangat dialu-alukan bagi memeriahkan majlis ini.   Sukaneka ini meliputi sukaneka bagi kanak-kanak dan juga kaum bapa dan ibu.

Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungu AJK Persatuan seperti dibawah:

En. Azrizan (Calok) No. 12 Rumah Zanti     -HP - 013-6783822
En. Am (Penghulu)                                       -HP - 013-6774868
Puan Nora                                                   -HP - 014-2267551
En. Faizal                                                     -HP - 012-3708935


Itinery Program

7:00 pagi -   Pendaftaran bagi Cabutan Bertuah
7.30 pagi -   Senamrobik
8.00 pagi -   Sukaneka
1.00 ptg   -   Penutup

Acara

Acara Sukaneka bagi semua peringkat umur.

1.   Kanak-Kanak 6 tahun ke bawah
      a.  Mewarna
      b.  Kutip gula-gula

2.   Kanak-Kanak 12 tahun ke bawah.
      a.  Isi air dalam botol
      b.  Bawa bola pingpong dalam sudu
      c.  Kerusi berirama.
      d.  Pecah Belon
      e.  Cari Duit dalma tepung.

3.   Kaum ibu dan bapa (suami isteri) / Dewasa
      a.  Tarik Tali - Lelaki / Wanita
      b.  Baling Telur - berpasangan
      c.  Timbang bulu ayam - Lelaki
      d.  Lari berpasang - pasangan (suami isteri)
      e.  Susun batu bata - berpasangan
      f.   Kerusi berirama - Lelaki / Wanita
      g.  Benang masuk dalam jarum - berpasangan.

Kehadiran tuan puan menyerikan lagi majlis dan menambah perpaduan di antara Penduduk.

Wassalam

Aminuddin Mohd Diah
Timb. YDP
Taman Saujana Rawang

4 comments:

L'arome fan said...

Untuk maklumam pihak jawatankuasa..dukacita dimaklumkan didapati masih ada penduduk yang belum mendapat notis dan tidak tahu menahu mengenai acara ini.Didapati masih ada penduduk yang masih belum mendapat notis samamada dalam bentuk cetakan atau pemberitahuan dari pihak AJK. Dinasihatkan pihak jawatankuasa dapat menyampaikan informasi dengan jelas kepada penduduk melalui cara/alternatif lain selain meggunakan blog.Diharap pihak jawatankuasa mengambil perhatian akan isu ini bagi memajukan lagi aktiviti persatuan dan seterusnya selaras dengan objektif persatuan bagi mewujudkan hubungan yang erat antara penduduk Saujana Rawang.

Saujana Rawang, said...

Terima kasih dengan keperihatinan Noriah yang sudi berkunjung dan memberi pandangan yang baik dalam isu ini.

Untuk pengetahuan Noriah dan sahabat-sahabat yang lain, Blog ini bukan blog Persatuan Penduduk Taman Saujana Rawang. Blog ini adalah blog Persatuan Bola Jaring Wanita, Tmn Saujana Rawang.

Kami Persatuan Bola Jaring cuma MEMBANTU menghebahkan Aktiviti yang dijalankan oleh Persatuan Penduduk Tmn Saujana Rawang sahaja. Blog ini tiada kaitan dengan AJK ataupun Persatuan Penduduk Tmn Saujana Rawang. Harap maklum.

Cuma apa yang kami tahu Persatuan Penduduk telah mengedarkan risalah ataupun surat..boleh kata.. hampir semua kepada isi rumah di peti-peti surat penduduk di kawasan ini. Melalui surat itulah kami muatkan informasi tersebut di blog ini. Harap dapat menjenguk peti surat anda. Jikalau tiada risalah atau surat, cuba bertanyakan informasi ini pada jiran berhampiran atau bersebelahan dengan anda. Mudah-mudahan mereka mendapat informasi dan dapat bersama-sama memeriahkan dan menjayakan aktiviti Sukaneka Penduduk di Kawasan ini.

Deensasa

Saujana Rawang, said...

salam pn noriah, thanks sebab sudi memberi komen di blog kami ni.

dan saya lebih berterima kasih sekiranya pn dapat meninggalkan no rumah, no telefon dan memperkenalkan diri puan kepada kami. jadi dapatlah kami menghubungi puan utk menghebahkan aktiviti dan puan juga dapat menghebahkan kepada jiran2 puan.

kami membina blog ini sebagai salah satu medium utk berkomunikasi. tetapi ianya bukanlah jalan utama utk menyampaikan mesej. memandangkan puan dah temui blog ini, harap puan sudilah menemui kami juga.

sebahagian besar dari kami juga bekerja. jadi masa juga terhad. rasanya puan dapatlah menyertai kami pada sebelah petang sabtu dan ahad utk bermain bola jaring atau utk berkenal-kenalan.

untuk kami mengetuk pintu dari satu rumah ke satu rumah adalah mustahil kerana kesuntukan masa dan ramai penduduk hanya pulang ke rumah selepas waktu maghrib.

untuk mendapatkan hubungan yang erat sesama kita sebagaimana yang puan maksudkan, tidak salah rasanya puan memperkenalkan diri dan tinggalkan maklumat.

setahu saya surat telah diedarkan ke dalam peti pos semua rumah. Dan saya amat berterima kasih kepada ajk yang telah bersusah payah berusaha ke arah itu. namun, banyak rumah bertutp pada sebelah siang hari. dan juga, nama ajk dan nombor telefon ajk telah pun ditulis di atas. harap puan dapat menghubungi/sms dan meninggalkan no puan supaya kami dapat hubungi puan.

terima kasih.

Anonymous said...

SALAM MAMA HOT....

Alhamdulillah...berjaya jugak Hari Sukaneka Tmn Saujana Rawang diadakan, sungguh tak disangka, ramai gak penyertaan dari penduduk Tmn Saujana Rawang termasuk AJK2 yg sporting,menjayakan Hari Sukaneka, pd hari Ahad, 11 july'2010....

-Razif-
w/pon tak seramai yg diharapkan, tetapi suasananya saja dah cukup mengambarkan betapa meriahnya acara julung2 kali diadakan ini..... secara jujurnya saya,sebagai salah seorg penduduk Saujana Rawang bangga kerna, Persatuan Penduduk Tmn kita mampu & berjaya anjurkan Hari Sukaneka@Keluarga...diharap ada satu alternatif untuk menyampaikan sebarang informasi berkaitan Taman Saujana Rawang di masa hadapan...