NOTIS

Assalamualaikum Wbr. Dengan ini di isytiharkan bahawa bermula 12hb Disember 2010....blog ini telah menjadi Blog Rasmi Persatuan Penduduk Saujana Rawang (PPSR) dan bukan lagi blog bola jaring bagi kaum ibu. Segala aktiviti bola jaring dari kaum ibu telah diserapkan ke dalam aktiviti Persatuan Penduduk Saujana Rawang. (PPSR). Bermula saat ini....Penduduk Saujana Rawang perlu menjadikan blog ini sebagai medium untuk mengetahui segala perkembangan terkini dan sebagai ruang menyampaikan informasi secara rasmi dari Persatuan kepada penduduk Saujana Rawang. Harap Maklum

About Me

My photo
Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Saujana Rawang adalah sebuah penempatan terancang yang akan dinaiktaraf sebagai bandar oleh pemaju bersebelahan dengan Bandar Country Homes di Rawang. Mulai 29hb Disember 2010, segala informasi yang dimuat turun sebagai Entry di blog ini HANYA diperolehi dari Setiausaha Persatuan Penduduk Taman Saujana Rawang sahaja. Harap maklum.

Followers

Saf Kepimpinan Dan AJK-AJK Persatuan Penduduk 2010-2012

Assalamualaikum Wbr.

Di sebelah kiri adalah gambar Pimpinan-Pimpinan dan juga AJK-AJK PPSR mengikut Portfolio masing-masing bagi memudahkan penduduk berurusan.

Sunday, June 27, 2010

FRIENDLY MATCH PERTAMA TEAM NETBALL...YEAHHH!

....................................
Masih lagi segar dalam ingatan saya, tanggal 20hb februari kira2 pukul 10.00 pagi mesyuarat pertama Persatuan Sukan Wanita Taman Saujana Rawang diadakan. Hari itu perlantikan dan perbincangan pertama diadakan. Walaupun ramai yang tidak dapat menghadirkan diri, namun semangat sungguh kami dengan perjumpaan tersebut. Memang panas lagi ingatan, pada petang hari sebelum mesyuarat tersebut, geng2 hot mama bersama2 membuat kuih karipap untuk jamuan. bermacam2 jenis pintalan yang terhasil... maklumlah semuanya 'berseni'.. hahaha,

Dalam tempoh seminggu saja, surat untuk GLOMAC dikeluarkan, padang netball telah disiapkan, peralatan sukan telah dibeli... balerrr....  Dan latihan demi latihan dimulakan. macam2 skill bermain keluar di tengah padang. Ada aksi kungfu, lompat katak, aksi cakaran harimau..(pehhhh ), tarian zapin, terbang helang... ferrrhhh.  dan tu tak termasuk lagi aksi dukungan anak dalam tangisan... (alaaaa.... tengah2 main anak menangislah tu... ).  Namun, latihan berhenti seketika untuk menghormati majlis bacaan Yasin, kini kami kembali menghangatkan padang yang gersang tanpa kehadiran kami.... wahhhh.

Dan kini, satu lagi perkembangan positif apabila team TSR akan mengadakan friendly pertama dengan team dari luar. Insyaallah pada 4hb Julai ini. Semua dijemput menghadirkan diri ke perlawanan ini walaupun tidak bermain sebagai tanda sokongan. Venue perlawanan akan diupdatekan nanti.  Kumpulan pom pom 'boy' juga diharapkan dari para bapak yang HOT..... hahahaha. kasi gegarrrr...

Tapi bila cakap pasal friendly match ni, apatahlagi first time mahu tak gelabah jiwa.. kali pertama nak test market. Semua risau dengan prestasi, dengan skill, dengan law, dengan semangat, dengan... ishhh macam2 dengan lagilah. Tapi.. team luar tu pun mesti fikir benda yang sama jugak. mesti dorang fikir kita ni dahsat, bahgus, tehrer, hehbat.. dan ... tambah sendirilah yer.... hahaha

Insyaallah kita akan menjuarai.... jangan risau. (TAPI juara kategori apa tu.. kita find out di hari pertandinganlah yer...hehe). kepada semua players, selamat berlatih, selamat berjuang dan selamat bermain dengan penuh profesional dan cool... Kepada players yang tidak tersenarai pada perlawanan pertama ni janganlah berkecik ati, dun worry, coz ini adalah friendly pertama, hanyalah permulaan ... lepas ni akan banyak lagi friendly mendatang... so kita serangggggggg .......

Chaiyok chaiyokkkkk......

Rohiez
...............................................................

No comments: