NOTIS

Assalamualaikum Wbr. Dengan ini di isytiharkan bahawa bermula 12hb Disember 2010....blog ini telah menjadi Blog Rasmi Persatuan Penduduk Saujana Rawang (PPSR) dan bukan lagi blog bola jaring bagi kaum ibu. Segala aktiviti bola jaring dari kaum ibu telah diserapkan ke dalam aktiviti Persatuan Penduduk Saujana Rawang. (PPSR). Bermula saat ini....Penduduk Saujana Rawang perlu menjadikan blog ini sebagai medium untuk mengetahui segala perkembangan terkini dan sebagai ruang menyampaikan informasi secara rasmi dari Persatuan kepada penduduk Saujana Rawang. Harap Maklum

About Me

My photo
Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Saujana Rawang adalah sebuah penempatan terancang yang akan dinaiktaraf sebagai bandar oleh pemaju bersebelahan dengan Bandar Country Homes di Rawang. Mulai 29hb Disember 2010, segala informasi yang dimuat turun sebagai Entry di blog ini HANYA diperolehi dari Setiausaha Persatuan Penduduk Taman Saujana Rawang sahaja. Harap maklum.

Followers

Saf Kepimpinan Dan AJK-AJK Persatuan Penduduk 2010-2012

Assalamualaikum Wbr.

Di sebelah kiri adalah gambar Pimpinan-Pimpinan dan juga AJK-AJK PPSR mengikut Portfolio masing-masing bagi memudahkan penduduk berurusan.

Monday, January 31, 2011

Gotong Royong Membina Surau Sementara Diteruskan Lagi - Selasa, 1hb Februari 2011

Assalamualaikum Wbr.

Kerja-Kerja Memasang Beam dan Bumbung Surau. Gambar Hiasan

Contoh plaster simen. Gambar Hiasan

Gotong royong membina Surau Sementara Saujana Rawang di teruskan lagi pada hari Selasa bersamaan dengan 1hb Feb 2011 dan seterusnya sehingga ke Tahun Baru Cina dan hingga hujung minggu ini.  Mereka mereka yang mahir menyusun bata dan membuat plastering dan memasang bumbung diminta menampilkan diri bagi membantu kerja-kerja yang memerlukan skil-skil ini.  Bantuan kemahiran dan kerjasama dari tuan-tuan semua.... hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya di akhirat nanti.

Semoga tuan puan yang membantu pembinaan ini walau dengan mengangkat sebutir pasir bagi membina Rumah Allah ini dibalas Allah dengan sesuatu yang tuan tak pernah terfikir ketika hidup di dunia ini. MasyaAllah !!!


Allahuakbar!!!

Jazakallah Khairan Kathira
Aminuddin Bin Mohd Diah

Thursday, January 27, 2011

Jemputan Ke Majlis Kenduri Dan Doa Selamat

Assalamualaikum Wbr.

Penduduk Saujana Rawang yang berkelapangan dengan ini dijemput untuk hadir ke Majlis kenduri Dan Doa Selamat di rumah yang seperti berikut :-

Majlis     : Kenduri dan Doa Selamat
Tarikh     : 5hb Februari 2010 (Sabtu)
Masa      : Selepas Zohor ( Lepas tuan puan selesai menunaikan solat Zohor)
Alamat    : No. 1 Jalan SR 2/1D, Saujana Rawang, Rawang, Selangor.
Tuanrumah : Haza & Keluarga.

Bersama kita memeriahkan lagi majlis ini dengan turut serta ke rumah beliau.

Wassalam.

Informasi Daripada PPSR.

Yang Ikhlas
Aminuddin Mohd Diah

Saturday, January 22, 2011

Jemputan Ke Majlis Yassin & Doa Selamat

Assalamualaikum Wbr.

Gambar Hiasan

Penduduk Saujana Rawang dengan ini dijemput ke Majlis Bacaan Yassin & Doa Selamat yang dianjurkan oleh Tuan Rumah Sdr Syukri di alamat yang berikut :-

Tuan Rumah :   Sdr Syukri
Majlis           :   Bacaan Yassin & Doa Selamat
Tarikh           :  23hb Januari 2011 (Ahad-Selepas Zohor)
Alamat          :  No. 42A Jalan SR2/1A, Saujana Rawang.  

Majlis diadakan selepas Solat Zuhur iaitu kira-kira selepas majlis gotong royong Surau Sementara selesai dijalankan esok.

Tuan Puan semuanya dijemput hadir.

Wassalam.
Aminuddin Mohd Diah

Thursday, January 20, 2011

PERHATIAN UNTUK KAUM IBU

PERHATIAN UNTUK SEMUA KAUM IBU, KELAS MENGAJI TERPAKSA DITUNDA KE SATU TARIKH YANG BARU, IAITU PADA 19HB FEBUARI 2010,  USTAZAH BERKENAAN MINTA DITUNDA KE TARIKH YG BARU ATAS SEBAB-SEBAB YANG TIDAK DAPAT DI ELAKKAN.

MINTA KERJASAMA ANDA SEBARKAN KEPADA KAWAN-KAWAN YANG LAIN. HARINYA MASIH SABTU CUMA TARIKH SAHAJA DITUKARKAN. SEBARAN HANYA DIBUAT MELALUI MULUT, BLOG DAN FACEBOOK TIADA SURAT AKAN DIEDARKAN. MINTA KERJASAMA SEMUA UNTUK MENYEBARKAN HAL INI..

TERIMA KASIH.

KELAS MENGAJI UNTUK KAUM IBU

Assalamualaikum..

Alhamdullillah semalam  bersamaan 20hb January 2011, telah berlangsungnya mesyuarat untuk kaum wanita bagi membincangkan mengenai KELAS MENGAJI. Terima kasih tak terhingga diucapkan kepada kaum IBU yang hadir semalam. Sambutan amat mengalakkan..Kira-kira hampir 30 org yg hadir. walaupun ada yg tidak dapat hadir pada hari tersebut, jangan merasai diri anda ketinggalan, minta kerjasama kawan-kawan yang hadir menyampaikan apa yang telah kita bincangkan semalam.

Dalam mesyuarat  ada membincangkan tentang aktiviti-aktiviti yang bakal dijalankan antaranya
Kelas mengaji akan bermula pada 12hb Febuari 2010, kelas bermula jam 2 petang hingga 4 petang.  kelas akan berlangsung setiap sabtu. Dan dengan persetujuan ramai bayaran telah ditetapkan sebanyak RM 15 setiap orang dibayar sebulan sekali bagi kutipan tabung dan sumbangan kepada tenaga pengajar. sesiapa yang berminat dan masih belum memberi nama sila lah datang pada hari tersebut. sebarang pertanyaan boleh ditujukan kepada ROSITA JALIL ( kak Ita) 019-3797440.

Selain itu, kita akan menubuhkan Kumpulan Marhaban untuk Wanita, masih dalam proses dan perbincangan InsyaAllah kita akan tubuhkan juga Kumpulan Marhaban ini. Seramai 21 orang telah memberi nama untuk menyertai, masih dibuka untuk yang berminat.

Aktiviti seterusnya, Khursus Urusan Jenazah. Belajar Memasak seperti membuat kek, pastri dan sebagainya, akhir sekali Rombongan untuk Ibu-ibu ke destinasi terpilih. 

Itu sahaja perbincangan dalam mesyuarat semalam. Sebarang pertanyaan hubungi nama dan no telefon yg tertera diatas.. saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada yg hadir semalam dengan hidangan dan juadah yg dibawa banyak sekali, sambil itu boleh kita bertukar juadah. Kita akan teruskan tradisi potluck ini pada setiap kelas kita. TERIMA KASIH DIATAS SOKONGAN ANDA.

ROSE.

Monday, January 17, 2011

Gotong Royong Membina Surau Sementara - Khamis, 20hb Januari 2011

Assalamualaikum Wbr.

Merangka Surau : Gambar hiasan

Sukacita dimaklumkan bahawa Program Gotong Royong bagi membina Surau Sementara di Saujana Rawang yang dianjurkan oleh PPSR akan diadakan pada tarikh dan masa yang seperti berikut :

Program     :   Gotong Royong Membina Surau Sementara Saujana Rawang
Tarikh        :    20hb Januari 2011 (Khamis - Cuti Umum Thaipusam)
Masa         :    9:00 pagi
Tempat      :    Di Tapak Surau, Jalan 2/1A, Saujana Rawang.

Semua penduduk Saujana Rawang adalah dijemput hadir bagi membantu meringankan tangan bagi membina surau sementara ini.  Lagi ramai lagi bagus dan lagi cepat terbinanya Surau Sementara ini. Dan lagi cepat boleh kita berjemaah nanti.

Sehubungan dengan itu, Resit Waqaf Pembinaan Surau Saujana Rawang akan diedarkan pada penduduk yang hadir, yang ingin menginfaqkan sejumlah dari harta (wang) mereka bagi menampung kos pembinaan Surau Saujana Rawang yang masih belum mencukupi.

Kehadiran tuan puan sangatlah kami harapkan. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas kebaikan tuan puan semua.

Sekian Terima Kasih.

Jazakallah Khairan Kathira
Yang Ikhlas
Aminuddin Mohd Diah.

Thursday, January 13, 2011

Sumbangan Ikhlas Dipohonkan Bagi Membina Surau Sementara Saujana Rawang.

Assalamualaikum Wbr.

Surau sementara akan dibina dahulu sebelum Surau Kekal didirikan 

Persatuan Penduduk Saujana Rawang bercadang memulakan pembinaan "Surau Sementara" di tapak surau (Amana) Jalan 2/1A pada bulan ini, sementara menunggu proses pembinaan surau kekal.

Walaubagaimanapun.....Setakat hari ini, Jumaat - 14hb Januari 2010, kutipan yang diterima dari penduduk adalah sebanyak RM2,000 sahaja.  Kos pembinaan surau sementara ini dianggarkan menelan belanja sebanyak RM4,500.  Masih lagi kekurangan sebanyak RM2500.

Oleh yang demikian, sumbangan ikhlas dari sifat dermawan tuan puan sangatlah kami harapkan.  Hulurkan sumbangan anda kepada AJK-AJK yang tertera gambarnya disebelah kanan blog ini.

Pada mereka yang sudah menderma......Terima kasih yang tidak terhingga kami ucapkan.  Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa baik tuan puan sekalian.

Sekian Terima Kasih
Daripada PPSR

Jazakallah Khairan Kathira
Aminuddin Mohd Diah

Wednesday, January 12, 2011

Program G/Royong Saujana Rawang -16hb Januari Ini Ditunda.

Assalamualaikum Wbr

Program Gotong Royong Ditunda....tetapi jangan simpan penyapu anda.

Dukacita dimaklumkan bahawa Program Gotong Royong Saujana Rawang yang akan dilakukan secara mega pada 16hb Januari ini, telah ditunda ke tarikh yang lain atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan.  Tapi yang pastinya bukan bulan Januari ini.

Pihak Persatuan Penduduk Saujana Rawang akan memaklumkan tarikh baru bagi Program Gotong Royong Mega ini kepada semua penduduk dalam masa yang terdekat.  Sila standby dengan peralatan gotong royong anda untuk program ini.

Sekian
Harap Maklum.

Ihsan dari
Aminuddin Mohd Diah.

Tuesday, January 4, 2011

Borang Butiran Peribadi untuk diisi oleh Penduduk Saujana Rawang.

Assalamualaikum Wbr.

Adalah dimaklum bahawa PPSR telah mengeluarkan satu salinan Borang Butiran Peribadi untuk diisi oleh Penduduk Saujana Rawang.

Inilah Borang Butiran Peribadi Yang Perlu Diisi Oleh Semua Penduduk Saujana Rawang Dengan Segera.

Tujuan diedarkan borang ini adalah bagi memudahkan PPSR menyimpan data peribadi bagi tujuan mendaftarkan Persatuan.  Sila lengkapkan dan hantar kepada En. Sefor Rahman (Mamu) atau terus kepada Setiausaha En. Zulkiflee Harun dengan seberapa segera.

Kerjasama Tuan/Puan amatlah dihargai.

Terima Kasih.

Zulkifli Harun
Setiausaha
Persatuan Penduduk Saujana Rawang.

s.k        :           i)          Pengerusi / Yang Dipertua / YDP
                        ii)         Timbalan Pengerusi / Timbalan YDP
iii)                 AJK Kebajikan


_____________
Ihsan daripada
Aminuddin Mohd Diah