NOTIS

Assalamualaikum Wbr. Dengan ini di isytiharkan bahawa bermula 12hb Disember 2010....blog ini telah menjadi Blog Rasmi Persatuan Penduduk Saujana Rawang (PPSR) dan bukan lagi blog bola jaring bagi kaum ibu. Segala aktiviti bola jaring dari kaum ibu telah diserapkan ke dalam aktiviti Persatuan Penduduk Saujana Rawang. (PPSR). Bermula saat ini....Penduduk Saujana Rawang perlu menjadikan blog ini sebagai medium untuk mengetahui segala perkembangan terkini dan sebagai ruang menyampaikan informasi secara rasmi dari Persatuan kepada penduduk Saujana Rawang. Harap Maklum

About Me

My photo
Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Saujana Rawang adalah sebuah penempatan terancang yang akan dinaiktaraf sebagai bandar oleh pemaju bersebelahan dengan Bandar Country Homes di Rawang. Mulai 29hb Disember 2010, segala informasi yang dimuat turun sebagai Entry di blog ini HANYA diperolehi dari Setiausaha Persatuan Penduduk Taman Saujana Rawang sahaja. Harap maklum.

Followers

Saf Kepimpinan Dan AJK-AJK Persatuan Penduduk 2010-2012

Assalamualaikum Wbr.

Di sebelah kiri adalah gambar Pimpinan-Pimpinan dan juga AJK-AJK PPSR mengikut Portfolio masing-masing bagi memudahkan penduduk berurusan.

Thursday, January 13, 2011

Sumbangan Ikhlas Dipohonkan Bagi Membina Surau Sementara Saujana Rawang.

Assalamualaikum Wbr.

Surau sementara akan dibina dahulu sebelum Surau Kekal didirikan 

Persatuan Penduduk Saujana Rawang bercadang memulakan pembinaan "Surau Sementara" di tapak surau (Amana) Jalan 2/1A pada bulan ini, sementara menunggu proses pembinaan surau kekal.

Walaubagaimanapun.....Setakat hari ini, Jumaat - 14hb Januari 2010, kutipan yang diterima dari penduduk adalah sebanyak RM2,000 sahaja.  Kos pembinaan surau sementara ini dianggarkan menelan belanja sebanyak RM4,500.  Masih lagi kekurangan sebanyak RM2500.

Oleh yang demikian, sumbangan ikhlas dari sifat dermawan tuan puan sangatlah kami harapkan.  Hulurkan sumbangan anda kepada AJK-AJK yang tertera gambarnya disebelah kanan blog ini.

Pada mereka yang sudah menderma......Terima kasih yang tidak terhingga kami ucapkan.  Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa baik tuan puan sekalian.

Sekian Terima Kasih
Daripada PPSR

Jazakallah Khairan Kathira
Aminuddin Mohd Diah

1 comment:

Unknown said...

Salam Hormat,

Kepada AJK-AJK PPSR, mohon jika boleh paparkan No Account bendahari agar senang bagi yang bekerja nak menderma melalui aplikasi online. TQ..

Dan lagi satu, di Saujana Rawang ada jadual kutipan sampah MPS tak? sebab di Jalan SR 2/1D sampah dah seminggu tak diambil. Harap sesiapa yang ada contak MPS sila ajukan masalah kami ye. TQ again.