Assalamualaikum...
Pada tarikh 9.10.2010, kira-kira jam 8.30 malam, maka berlangsunglah satu majlis jamuan hari raya besar-besaran anjuran penduduk Taman Saujana Rawang. Majlis jamuan raya kali ke-3 di TSR ni memang meriah seperti yang dijangkakan.
Meriahnya dari segi masak-memasak bersama, cuci mencuci, potong-memotong, siang-menyiang, bakar-membakar, goreng-menggoreng, makan-memakan…dan termasuklah kutuk-mengutuk… rasa macam suasana kenduri di kampung pulak.
Walaupun jamuan berlangsung pada malam hari, namun kerja-kerja awal sudah bermula sekitar hari jumaat lagi. Selepas surat2 undangan diedarkan, kerja buruh keras pertama yang dilakukan ialah mencari buluh… Jangan menmain.. cari buluh sampai ke perak jauhnya…. Buluh perindu lagi tu. Terima kasihlah pada AJK mahupun geng2 taman yang sanggup ‘memiangkan’ diri menebang pokok buluh tu yerk…
Dan pada seawal pagi Sabtu tu, kerja-kerja gotong royong seperti memasak dan menghidang dijalankan dihadapan dan sebelah rumah Kak Ita. Ramai yang datang untuk membantu. Ada yang siang ikan, siang ayam, menyiapkan lemang dan membakar lemang, goreng mee, masak rendang ayam, rendang daging, rebus nasi impit, buat roti jala, kuah kacang… sampailah ke goreng sosej dan nugget… wahhhhhh …
Sehingga ke petang, selesailah semua persiapan. Dah tiba masa untuk semua jurumasak dan jurukerja balik mekap la pulak…. Dan sebelah malamnya, jamuan pun bermulala….. dengan penuh glamouros dan jayanya….
Kat bawah ni adalah antara gambar2 yang diambil oleh camerawoman PROFESIONAL TSR… saper lagi cik ruhie la….. selamat menatap yer….
Haaa... ini baru kena... kak sham mengganyang belanga besaq tu...
"Ita.. tangan ko lembutkan sikit bila nak mengacau tu... barulah dangingtu empuk" kata kak sham kepada Rose Ita.
Kak Zie tengah memblender dengan penuh khusyuk tu...
Yang tengah tu anak cikgu wan n Rohie... yang kiri kanan tu anak faizal n ana...
Ni lagi anak2 keboringan.. mak bapaknya dok memasak seharian ...
siap berlunjur dah tu kak pah... baru true nih...
Jejaka hebat bertindak sebagai ketua kelas bagi kategori cuci ayam... habis disabunkan nya tu
Timer kasihla ... U all memang kelas bergotong royong
Nilah geng panca sitara yang berhempas pulas menghanguskan lemang...... heheheheh
Ni namanya beras pulut.... untuk dibuat lemang... masa ni tgh menunggu santan... santannya dah basi kena tangan si along...
Along tu heksen jer.....asal nampak kamera je terus pegang buluh.. lepas tu bergosip jerk... ish ish ishhh
Milik siapakah mak dara ini.... wajah lembut bagaikan sutera...
merebus daging.. kalau tak rebus habislah saper2 yg pakai gigi palsu tu..
aku masih tak faham apa motif kak B jadi sampai macam ni.... manalah abg soleh nih...
Setelah santan baru diganti.. maka kerja2 pengisian lemang pun bermula....
Jamuan tengah hari untuk mereka yang bekerja turut disediakan
Inilah para para sakura chef hari tu... see the leg la..
tengok along.... eksen je tu.. abg zul gak yang mengangkatnyer.... heheheh
Si Rose ita tu yang nak gak mencelah time orang angkat periuk tu kenapa... ishh tak faham aku
Ini namanya buluh perindu.. ditempah khas dari kampung kak B n abang Soleh...
cuci ayam ke bergosip tu...
Ini antara gambar2 yang saya ada untuk diupload kat sini... Selebihnya bolehla ditatap di facebook jejaka hebat. banyak lagi gambar2 menarik sebelah malamnya. kalau sempat nanti saya uploadkan kat sini...
Apa-apa pun, terima kasih yang tak terhingga kepada semua yang sudi bergotong royong dari pagi hinggalah ke acara mengemas sebelah malamnya. Terima kasih daun keladi. Majlis ni berjalan lancar dan meriah dengan gaya yang tersendiri. Semoga tahun2 akan datang kita akan dapat berjumpa lagi di majlis Jamuan Hari Raya TSR....
Sekian dan salam Aidilfitri....
Rohie
..........................................................................
No comments:
Post a Comment