Assalamualaikum,
Saya terpanggil untuk menulis tentang soal kerjasama di dalam blog ini selepas terbaca beberapa komen dari pihak2 tertentu dari sumber tertentu. Saya agak terkejut dan rasa sangat terkilan dengan komen2 tersebut. Bagaimana beberapa pihak yang tidak bercampur gaul di dalam taman kita boleh menilai dan menulis seolah mereka tahu semua yang berlaku dan semua kesulitan yang dialami oleh AJK. Saya bukanlah AJK yang terlibat secara langsung dengan pengurusan taman, namun saya tetap melibatkan diri dengan aktiviti taman selama ini. Dari situlah saya mengenali seorang demi seorang jiran di TSR. Namun, saya tak sangka, ada rupanya insan yg menganggap diri mereka lebih bagus dari orang lain. Dengan menggunakan medium yg ada, mereka tahu mengata org saja, komen itu ini, kutuk itu ini, kononnya merekalah terbaik... kononnya team sekarang tak buat kerja... tak proaktif, org taman sombong, tak berinisiatif, TAPI CUBA TANYA DIRI SENDIRI .. time taman buat majlis baca Yasin.. mana muka kita, time ada rumah kena pecah masuk, mana muka kita.. time org bergotong royong..mana muka kita, time masak utk jamuan..mana muka kita, time orang buat rondaan malam, mana muka kita.. time org bersukan..mana muka kita., time kaum ibu main netball..mana isteri kita.???? Kalau tak tahu prosedure, jgn tahu cakap saja. anda bekerja..orang lain juga bekerja. dengan masa yg terhad, mereka telah berusaha sebaik mungkin utk warga taman. Lagi tak tahu menghargai usaha orang.
Org lain kenal satu sama lain..tp tak kenal siapa anda..apa maksudnya tu..???? org lain sudah bertahun berfb seluruh taman.. anda tak masuk list pun .. ting tong ting tong mcm tong kosong... duduk dalam kelambu tapi nak cakap banyak. Diri sendiri pun takde usaha nak bercampur dengan orang... lagi nak menyalahkan orang lain. kalau nak jadi pembangkang pun.. biarlah profesional. Bagilah idea. kata banyak pengalaman…. Kata bagus! barulah org respek....
Saya lebih sedih bila blog ini dikatakan tidak berilmiah. Bukan sedih kerana pengisiannya tidak berilmiah... tapi kerana anda yang membaca tu tak tahu menilai antara blog ilmiah dengan bukan ilmiah. Blog ini bukan blog pendidikan dan jelasnya bukan blog rasmi taman. Kami menulis hanya tentang aktiviti sukan kaum wanita sahaja. Itulah.. kalau tak tahu bertanya.. jangan menonong saja nanti sesat jalan. Namun, walaupun blog ini tidak rasmi pada masa yang sama kami turut memberi informasi tentang aktiviti taman. Sebahagian besar kaum ibu di taman ini juga bekerja, jadi masa yang ada juga terhad. jadi peluang untuk kami menulis juga tidaklah besar. Kalau anda rasa anda hebat.. jadilah organiser.. tulis sebanyak mungkin, buat temuramah dgn mangsa2 pecah rumah, lawat dan kongsi kesedihan dengan mereka, update semua aktiviti taman, turun padang dan yang penting bercampur dengan orang2 taman. Kalau kita sendiri tak tahu siapa jiran kita, dan tiada inisiatif untuk memulakan perkenalan, tak usahlah menuding jari kepada orang lain pulak. Jiran di sebelah rumah saya juga berbangsa china. Namun kami akrab bahkan kami sentiasa menjemput mereka ke majlis2 taman. Bagaimana dengan jiran berbangsa asing di sebelah rumah anda....??? Lebih melucukan..di dalam komen2 tu dinyatakan tak perasan si polan yang mana satu, tak perasan rumah tu yg mana satu. itu dan ini... haiiiiii... kalau mcm tu.. nilaikan sendiri sajalah.
Tak salah kalau anda nak memberi pendapat... berilah sebanyak mana. Tapi cara anda memberi pendapat itu haruslah lebih profesional. Namun saya berharap sangat mereka ni dilantik sebagai pemimpin!. segerakanlah perlantikan tu. Saya tak sabar juga nak melihat pembaharuan yang akan mereka lakukan. Semoga pada waktu itu. lebih ramai jiran kenal mengenali antara satu sama lain, lebih banyak aktiviti, keselamatan terjamin, tiada lagi kes pecah rumah, lebih banyak rondaan malam dilakukan... Tak gitu!.
Rohie
...................................
NOTIS
Assalamualaikum Wbr. Dengan ini di isytiharkan bahawa bermula 12hb Disember 2010....blog ini telah menjadi Blog Rasmi Persatuan Penduduk Saujana Rawang (PPSR) dan bukan lagi blog bola jaring bagi kaum ibu. Segala aktiviti bola jaring dari kaum ibu telah diserapkan ke dalam aktiviti Persatuan Penduduk Saujana Rawang. (PPSR). Bermula saat ini....Penduduk Saujana Rawang perlu menjadikan blog ini sebagai medium untuk mengetahui segala perkembangan terkini dan sebagai ruang menyampaikan informasi secara rasmi dari Persatuan kepada penduduk Saujana Rawang. Harap Maklum
About Me
- Saujana Rawang,
- Selangor Darul Ehsan, Malaysia
- Saujana Rawang adalah sebuah penempatan terancang yang akan dinaiktaraf sebagai bandar oleh pemaju bersebelahan dengan Bandar Country Homes di Rawang. Mulai 29hb Disember 2010, segala informasi yang dimuat turun sebagai Entry di blog ini HANYA diperolehi dari Setiausaha Persatuan Penduduk Taman Saujana Rawang sahaja. Harap maklum.
Followers
Saf Kepimpinan Dan AJK-AJK Persatuan Penduduk 2010-2012
Assalamualaikum Wbr.
Di sebelah kiri adalah gambar Pimpinan-Pimpinan dan juga AJK-AJK PPSR mengikut Portfolio masing-masing bagi memudahkan penduduk berurusan.
Di sebelah kiri adalah gambar Pimpinan-Pimpinan dan juga AJK-AJK PPSR mengikut Portfolio masing-masing bagi memudahkan penduduk berurusan.
Saturday, October 30, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment