NOTIS

Assalamualaikum Wbr. Dengan ini di isytiharkan bahawa bermula 12hb Disember 2010....blog ini telah menjadi Blog Rasmi Persatuan Penduduk Saujana Rawang (PPSR) dan bukan lagi blog bola jaring bagi kaum ibu. Segala aktiviti bola jaring dari kaum ibu telah diserapkan ke dalam aktiviti Persatuan Penduduk Saujana Rawang. (PPSR). Bermula saat ini....Penduduk Saujana Rawang perlu menjadikan blog ini sebagai medium untuk mengetahui segala perkembangan terkini dan sebagai ruang menyampaikan informasi secara rasmi dari Persatuan kepada penduduk Saujana Rawang. Harap Maklum

About Me

My photo
Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Saujana Rawang adalah sebuah penempatan terancang yang akan dinaiktaraf sebagai bandar oleh pemaju bersebelahan dengan Bandar Country Homes di Rawang. Mulai 29hb Disember 2010, segala informasi yang dimuat turun sebagai Entry di blog ini HANYA diperolehi dari Setiausaha Persatuan Penduduk Taman Saujana Rawang sahaja. Harap maklum.

Followers

Saf Kepimpinan Dan AJK-AJK Persatuan Penduduk 2010-2012

Assalamualaikum Wbr.

Di sebelah kiri adalah gambar Pimpinan-Pimpinan dan juga AJK-AJK PPSR mengikut Portfolio masing-masing bagi memudahkan penduduk berurusan.

Tuesday, May 25, 2010

SUMBANGAN SEMPENA BOWLING TOURNAMENT

Salam semua,

berdasarkan perbincangan ringkas dengan puan nora malam tadi, di sini saya memanjang hasrat bersama untuk memohon sumbangan daripada semua yang terlibat dengan bowling tournament pada 30hb May ini. Sumbangan dalam bentuk wang ringgit adalah untuk makanan para peserta dan keluarga pada hari tersebut. Saya difahamkan bahawa AJK akan membuat tempahan meehon.

Bagi hadiah pula, setakat ini semua hadiah sudah disediakan. Namun jika ada sumbangan untuk barangan hadiah juga amat dialu2kan. Untuk maklumat lanjut, bolehla dibincangkan lagi pada malam ini selepas majlis baca yasin sempena cabutan undian kumpulan di rumah puan Nora dan en Zul.

Terima kasih. Kerjasama dan sokongan daripada semua pihak sangat dialu-alukan.

rohiez
...................................

9 comments:

salzahari said...

Semoga dpt turut mempormosi sebrg aktiviti dgn flyers dari rumah ke rumah...Tak semua org ada blog,ada connection Internet.

Saujana Rawang, said...

salam sal, thanks for comment. utk hantar flyers dr rumah ke rumah agak susah jugak sbb mostly geng tsr bekerja. jadi cara terbaik harap sal dapat joint majlis bacaan yasin setiap malam skrg ni dan joint latihan netball setiap weekend (selepas habis bacaan yasin nanti). selalunya dgn cara nilah kami sampaikan info terkini. selain tu blog dan facebook mmg jadi medium utama. Sal ada facebook?. klu ada tinggalkan nick. nanti kita add sekali dgn geng2 taman. k.

rohie

Anonymous said...

Assalamualaikum...

Saya Penduduk TSR ,Namun saya agak ketinggalan sedikit mengenai perkembangan taman coz saya & suami bekerja n pulang lewat.. sekitar lepas maghrib baru berada dirumah... Then weekend pula saya kadang2 balik kampung dan ada aktiviti tertentu yg membataskan pergaulan dengan rakan setaman.. Ini buka bermakna kami kera sumbang... jauh disudut hati memang nak join bacaan yasin & semua aktiviti taman.... semoga dapat info melalui blog ini. Terima kasih.

Rosila
99 JLn SR2/1A Saujana Rawang
0133440865
http://qaseehameera.blogspot.com
http://www.qaseehameera2u.weebly.com
rosila.rebo@yahoo.com

Anonymous said...

SAlam...

Saya ada membuat bengkel / kelas menjahit tudung Id, ala munawwarah etc... kl ada yg berminat bolehlah join saya.... untuk info lanjut sila layari http://qaseehameera.blogspot.com

Bengkel/ kelas : jahitan manik / labuci & sulam benang / reben akan bermula pada pada July nanti...


SAlam ziarah!!!

Rosila Rebo
rosila.rebo@yahoo.com

Saujana Rawang, said...

salam rosila. thanks sebab sudi komen kat sini. saya harap lepas ni rosila dapatlah luangkan masa berjumpa geng2 taman salaupun sekali dua. untuk pengetahun rosila, saya pun bekerja dan pulang lepas maghrib setiap hari. weekend pulak alternatly kena attend kelas dan bekerja. tp ptg sabtu dan ahad saya turun main netball. masa ni lah kita boleh kenal2. lps habis bacaan yasin nanti, harap rosila dapatlah jengok2 kami di padang. bawak anak2 sekali. no hal. husbnad rosila pun boleh main volleyball dgn kaum2 bapa.

memandangkan rosila ada buat bisnes tudung tu, kan elok kalau dapat turun padang promosikan... tak gitu.

klu ada facebook boleh bg add. sebahagian besar dr geng TSR berkomunikasi dgn facebook setiap hari sbb kami semua sibuk bekerja.

rohie

Anonymous said...

TQ Rohie...

Insy sy & hubby akan mencubanya nanti....
Terima kasih...

Facebook saya: Rosila Rebo, suami: Ruzaimi Sarikon ..& Qaseeh Ameera

Twitter : qaseeh_ameera

Insy. mlm sikit sy add tsr team kat fb... office sy kn block... hehe

TQ again..
Rosila

salzahari said...

TSR
ye betul, saya setuju dgn pendapat Qasmeera..Mmg lah semua org sibuk cuma kdg2 FB dan blog ni hanya utk org kerja sbb saya ada jiran x bekerja,nak main pdg pun ada anak kecil dan agak berumur..Saya sendiri pun pegnant,buat masa ni tadelah nak turun pdg (lagipun x pandai main).
Kami mula2 mmg rasa le tersisih dan bila saya dah tahu psl blog ni,barulah kami sampaikan mulut ke mulut antara kami! kalau blog dan FB ni dimaklumkan dari awal kan dah ramai dah tahu??

Saujana Rawang, said...

Bagaimana nak maklumkan blog ini dari awal ? Mungkin Saizahari boleh beri pandangan yang bernas. Pandangan yang boleh dibuat dan diterima laa..tak banyak guna masa dan tenaga org, tiada melibatkan wang orang lain.

pada saya mudah sahaja.....ingin ramai kawan dan kenalan...maka kita perlu berkawan dan bergaul la. Luangkan sedikit masa...bukan banyak pun. Jika ada aktiviti datang...you are almost welcome. Meriah tauuu...!!! Dapat share segala kepakaran dan informasi.

Deensasa

Saujana Rawang, said...

betul tu.... kalau nak bergaul, tak salah kita yang mulakan dulu. kalau sal ada banyak kesulitan utk datang mencari kenalan di TSR, jiran2 lain pun begitu juga. masing2 ada kesulitan dan hal masing2. lagipun takkanlah kami nak pegi ketuk pintu rumah mereka yang baru berpindah ni kan. jadi, pandai2lah kita mencari masa utk beriadah dan berkenalan. ramai juga yang turun ke padang netball utk berkenalan.. tak semestinya bermain. ada juga yg turut membawa baby seusia 2 bulan. anak2 pun boleh bermain sesama mereka di padang di depan mata kita. selebihnya terserahla pada sal untuk mencari masa . kalau ada masa dtgla ke majlis bacaan yasin selepas isya'.

TErima kasih rosila sbb bagi add facebook. Insyaallah nanti sy add dan suggestkan pada geng2 taman yg lain. klu ada masa dtgla ke majlis bacaan yasin selepas isya'.