Neeway, kat bawah ni adalah antara gambar2 sempena jamuan makan Mother's day pada 8 Mei yang lepas. Majlis ni disertai oleh lebih 50 keluarga. sungguh meriah. Majlis yang simple, tapi dapat mengeratkan tali silaturrahim bagi penduduk TSR.
Majlis dimulakan dengan kerja gotong royong memasak pada sebelah siangnya lagi. Antara menu ialah kambing bakar, laksa penang, nasi goreng, ayam bakar, daging bakar, nugget, coleslow , puding sago dan beberapa jenis kuih muih. Kutipan sebanyak RM15 daripada setiap keluarga yang hadir. Tetapi terima kasih yang tak terhingga kepada mana2 pihak yang sudi menyumbangkan makanan pada malam tersebut. Alhamdulillah semoga murah rezeki.
Selain jamuan makan pada malam tersebut, turut diadakan ialah acara memotong kek dan karaoke. pertandingan karaoke dijuarai oleh Ila dengan lagu Siti Nurhaliza, Kedua oleh abg Mamu dgn lagu broery dan ketiga oleh Cikgu Wan juga dgn lagu Broery.
Insyaallah lepas ni kita akan buat sambutan sempena father's day pula. Dan berharap semoga jamuan sebegini akan terus diadakan di TSR.
Tudung putih ni ialah princess Ila.... hari tu dia membuat keje sampai basah lenjun.... next time datang lagi k... potong bawang..
Si Liza pun tidak ketinggalan nampaknya memberikan sokongan kepada usaha suaminya dalam mengerjakan kambing bakar.. cayalah liza..
Haa... nila k liza... rajin betul dia ni klu bab menolong kerja2 dapur nih...
Si Mekan dalam versi menjaga anak... kekeek
Mamu tengah bagi tazkirah pada Ila dan Nora... korang dua dengar ke tak tu...
Kepanasan yer Ila...
Bila laki bini bertemu belakang... balerrrrr
Dok gosip lah tu.....
apakah yang sedang dilihat oleh matnor... misteriiiiiii!!!!!
Inilah kambing bakar .... yang dilaksanakan oleh calok... raja kambing
ehem ehemmmm... rajin nampakkk....
Macam serius... rupanya dua rius ...
Bekerja keras nampakkk....
Ermmm menantu sapa lah ni.. rajin betul budak nihhh
penghulu ni dari pagi sampai petang sampai malam sampai pagi semulaa...
Haaaa... inilah kek mother's day yg spesel utk semua ibu2 kat TSR... tapi anak2 je yg belasah.
Inilah puding sago .. sponsored by Ananuar. Tengs Ana. best wooo... lemak berkrim.
Inilah daging kambing yang telah dipotong halus ...sedap cicah dgn black pepper..
Nugget utk budak2..
Inilah saat manis geng2 panca sitara bergambar dan bergembira...
No comments:
Post a Comment