Sejak aku menghadirkan diri ke acara training bola jaring ni..barulah aku tahu bahawa ada geng2 taman yang membuat jualan kecil-kecilan di petang2 hari. Bagus dorang ni. rajin .. kalau nak dibandingkan dengan aku yang memang tak minat, tak suka dan malas dalam bab2 masak ni. hehehe. Satu hari, kebetulan aku lalu kat belakang dan nampak sambutan agak menggalakkan dari kanak2 terutamanya. Kenapa kanak2 yang ramai... haaa korang kenalah tengok gambar kat bawah tu nanti.
Memandangkan kita dah ada blog taman ni, tak salah rasanya aku ambil gambat mereka dan uploadkan sikit news untuk promote bisnes dorang ni. manalah tahu.. berkat rezeki anak2... perniagaan mereka boleh jadi sehebat empayar Donald Trump.. wahhhh.
Masa berhenti minta izin untuk ambil gambar dorang, aku tengok dorang ni memang friendly. mesra gitu... baguslah.. macam tu lah adat orang berniaga. mulut kena manis.. tapi gula kena kurangkan. sekadar peringatan untuk semua walaupun hospital Sg Buloh dekat jer. hehe.
Bila dah berbual dengan dorang ni, barulah aku tahu yang dorang ni adalah share holder. maknanya mereka terdiri daripada beberapa penghuni dan berkongsi meja untuk berniaga. Alhamdulillah. Inilah yang kita nak... kerjasama. Harap2 perniagaan mereka ni akan berkekalan walaupun hanya secara kecil-kecilan. sikit2 lama-lama jadi bukit... bila dah jadi bukit, kita tarah ramai2 lerr.. hehe
Opps.. sebelum terlupa dan sebagai promo tambahan... mereka ni terdiri daripada penghuni Zanti di antara perumahan bernombor 82, 82A, 86, dan 88. harap2 betullah info ni. Jadi, marilah kita menyokong mereka kerana ini adalah product atau brand penduduk taman ni sendiri.
Ini antara produk yang dijual... keropok lekor dan keropok keping. boleh tahan la...
Haaaaa... inilah dia 'pelaris' untuk budak2 dan mak2 budak... apalagi...aiskrim dan dadih. mestilah laku sebab sejukkk kan. harga pun berpatutan. rasa pun not bad.
Dan... inilah gambar para shareholder. Mereka ni memang friendly ... agak2..boleh blanjer kita tak lepas promo ni.. hua hua hua..
apapun.. baguslah. teruskan usaha dan semoga berjaya.
P/S : Selain dari versi jualan petang2 ni.. akan menyusul pula lines pasal jualan malam2 uncle Shah dan Cik Ina serta jualan ABC cik Ita kita.... tungguuuuuuu.... Nanti kutangkap gambo2 mereka lepas tu kluarla news pasal dorang plak yer.. cayalah korang.
Peace
Rohiez
.............................................................
No comments:
Post a Comment