...
Bila bercakap pasal kaum ibu di Saujana Rawang (SR) ni... aku memang bangga dan hati berbunger2 la. Dan aku rasa bertuah sebab tinggal di kediaman yang geng2 ibu ni memang aktif, sporting, tolong menolong dan hot!!!!.. ini memang tak boleh dinafikan lagi. kenapa..? kalau nak tahu baca je laa..
kesahnya..mula2 aku pindah sini, aku tak nampak sebarang aktiviti dijalankan oleh hot2 mama ni. paling best pun.. sesi berkenal kenalan time kenduri kendara atau open house jer. ada yang tanya nama saper, keje kat maner, anak beraper, rumah yang maner, renovate rumah abis baper..??? .. dan time nilah jugak ada yang tersalah panggil kakak.. ropernya.. lebih muda tak pun sebaya.. haha.. tapi time tulah aku selalu ambik kesempatan untuk bertukar2 no telepon. bukan aper.. kalau dorang buat makan2.. sure dorang tak sampai ati kalau tak jemput aku kan. haha.
Masa tu aku fikir aktiviti hot2 mama ni cuma tanam bunger, tanam kunyit, tanam pandan, tanam.. tanamm.. tanam.. tanam segala yang boleh ditanamla.. selain tu buat kerja2 menjahit, kerja2 jaga anak dan kerja2 jaga SUAMI ajer.... agak sedey dan kurang moral support lah bak kata pak menteri.
AKAN TETAPI..... seiring dengan masa, satu persatu aktiviti kejiranan dan sukan telah berjaya dilaksanakan oleh geng2 hot mama ini. sukan contohnya..bermula dengan aktiviti berjoging oleh dua hard core mama yang jelita...ferrrrr... (k ita n k nora .. gua kasi credit ni..) then diikuti oleh game badminton. kemudian kami merancang ke arah kesukanan yang lebih ganazz lagi.. seperti memanah, berkuda, rugby dan lumba kereta... erkkkk.. tetapi untuk mengelakkan kaum bapa rasa tercabar.. kami memilih bola jaring dan badminton sajer la. tapi masa tu tiada tempat untuk kami bermain.
Lalu.... kami menubuhkan Persatuan Sukan Wanita Saujana Rawang. Dan satu mesyuarat telah diaturkan untuk membuat pemilihan AJK. Hasil dari mesyuarat tersebut maka termaktublah seperti berikut :
Pengerusi : Puan Nora
Naib Pengerusi : Puan Liza
Bendahari : Puan Ila
Setiausaha (yang menurut perentah) : Mestilah Puan Rohie yang jelita tu...
Selepas ajer miting ni, aku mmg salute team ni. kerja terus berjalan seiring dengan kerancakan kami bergosip... jangan main2 tau. dalam masa 7 hari ajer, kami mendapat kebenaran dari GLOMAC untuk menggunakan tapak tadika sebagai port sukan kami. dan kami dapat menyiapkan padang nettball dan badminton... team ni siap ayat supplier tiang sampai dapat diskaun berbaloi baloi.. kalau kaum bapak sure tak dapat nih.
jadi apa lagi... training terus dilakukan setiap petang dan hujung minggu. kami berlatih, dan berlatih dan berlatih dan bergosip dan bergosip dan makan dan makan dan makan... dan enjoy...
kesepakatan sebelum perlawanan dimulakan..... jangan tak cayer..
Still bersepakat selepas abis berguling dalam becak... macam ke bendang pun ader... Menang kalah belakang kirala.. nama pun training kan.
Akan tetapi... dalam pada kami bersemangat tu... lihatlah gambar di bawah ini. adakalanya kami cuma dapat bermain 3 pemain sebelah sajer... Kenapa...? ? ? ?
Tak perlu dijelaskan kenapa. Cuma kami menyeru dan mengharapkan agar lebih ramai kaum ibu dapat menyertai kami bersukan dan beriadah dan berukhwah di sebelah petang dan hujung minggu. Bawalah anak2 anda sekali. Tiada salahnya. Gunakanlah platform bersukan ini untuk merapatkan lagi ikatan kejiranan kita. Bukankah lebih banyak positif dari negatifnya. dalam kehidupan bertaman seperti ini, jiran2 adalah saudara paling dekat kita.. tak kisahlah atas urusan apa sekalipun. Insyaallah.
Terima kasih kepada yang sungguh sporting dan hot menyokong selama ini. Termasuklah kaum bapak yang memberikan keizinan kepada isteri2 mereka. Ada yang tolong pacakkan tiang... Ada yang siap tolong hantar ke padang you.. Kelas untuk dua2 Ana... Kepada yang masih malu2 tu.. mehla joint kami. Aku percaya APA YANG PENTING.. KERJASAMA!!...
Peace
Rohiez
.............................................
NOTIS
Assalamualaikum Wbr. Dengan ini di isytiharkan bahawa bermula 12hb Disember 2010....blog ini telah menjadi Blog Rasmi Persatuan Penduduk Saujana Rawang (PPSR) dan bukan lagi blog bola jaring bagi kaum ibu. Segala aktiviti bola jaring dari kaum ibu telah diserapkan ke dalam aktiviti Persatuan Penduduk Saujana Rawang. (PPSR). Bermula saat ini....Penduduk Saujana Rawang perlu menjadikan blog ini sebagai medium untuk mengetahui segala perkembangan terkini dan sebagai ruang menyampaikan informasi secara rasmi dari Persatuan kepada penduduk Saujana Rawang. Harap Maklum
About Me
- Saujana Rawang,
- Selangor Darul Ehsan, Malaysia
- Saujana Rawang adalah sebuah penempatan terancang yang akan dinaiktaraf sebagai bandar oleh pemaju bersebelahan dengan Bandar Country Homes di Rawang. Mulai 29hb Disember 2010, segala informasi yang dimuat turun sebagai Entry di blog ini HANYA diperolehi dari Setiausaha Persatuan Penduduk Taman Saujana Rawang sahaja. Harap maklum.
Followers
Saf Kepimpinan Dan AJK-AJK Persatuan Penduduk 2010-2012
Assalamualaikum Wbr.
Di sebelah kiri adalah gambar Pimpinan-Pimpinan dan juga AJK-AJK PPSR mengikut Portfolio masing-masing bagi memudahkan penduduk berurusan.
Di sebelah kiri adalah gambar Pimpinan-Pimpinan dan juga AJK-AJK PPSR mengikut Portfolio masing-masing bagi memudahkan penduduk berurusan.
Sunday, March 14, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment