NOTIS

Assalamualaikum Wbr. Dengan ini di isytiharkan bahawa bermula 12hb Disember 2010....blog ini telah menjadi Blog Rasmi Persatuan Penduduk Saujana Rawang (PPSR) dan bukan lagi blog bola jaring bagi kaum ibu. Segala aktiviti bola jaring dari kaum ibu telah diserapkan ke dalam aktiviti Persatuan Penduduk Saujana Rawang. (PPSR). Bermula saat ini....Penduduk Saujana Rawang perlu menjadikan blog ini sebagai medium untuk mengetahui segala perkembangan terkini dan sebagai ruang menyampaikan informasi secara rasmi dari Persatuan kepada penduduk Saujana Rawang. Harap Maklum

About Me

My photo
Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Saujana Rawang adalah sebuah penempatan terancang yang akan dinaiktaraf sebagai bandar oleh pemaju bersebelahan dengan Bandar Country Homes di Rawang. Mulai 29hb Disember 2010, segala informasi yang dimuat turun sebagai Entry di blog ini HANYA diperolehi dari Setiausaha Persatuan Penduduk Taman Saujana Rawang sahaja. Harap maklum.

Followers

Saf Kepimpinan Dan AJK-AJK Persatuan Penduduk 2010-2012

Assalamualaikum Wbr.

Di sebelah kiri adalah gambar Pimpinan-Pimpinan dan juga AJK-AJK PPSR mengikut Portfolio masing-masing bagi memudahkan penduduk berurusan.

Monday, March 29, 2010

NETBALL MATCH YANG MERIAH GILER.....

NETBALL DATANG LAGI......................


Pada hari sabtu lepas 27hb March .. satu pertandingan persahabatan atau friendly match telah diadakan di padang sukan saujana rawang. Antara pemain2 handal taman tu, kami telah pecahkan kepada dua kumpulan iaitu scopion and capucino. ceshhh kebaratan tul nama.. next time letakla nama selendang ker... sawah padi ker..., sopan dan santun ker... hahaha.

Antara pemain2 adalah spt berikut : (ni sumer pro... anytime boleh wakil malaysia nih..)

Scopion :

Ana, Ila Mus, Ana Nuar, Ina Shah, Sara, K ita, anis.. (GS lupa nama dia)

Capucino :

Rohie, Kak Nora, Ati, Ana Faizal, Kak B, Liza Chalok, kinah

Pengadil : Ecah

Jurugambar : Kak Sham....





DAN PERMAINAN PUN BERMULA................




kejarrrr...... lari....



Gaya stunt oleh Liza Chalok... bley tahan...







K nora...ko lenyek aje si ina tu ha..





ana bukan saja menyambut bola... tapi menjampinya sekali...




GS ni memang terer.... aku malas nak jaga dia klu time jadi GD sebab nak tgk dia shoot... serius..

GK dgn GS ni memang sepadan dah jaga diri masing2.....


Si ila memang terer kalau bab shoot bola nih.. sure masuk la....

Masa ni tengah berebut bola.... masing2 tak nak ngalah.. akhirnya pengadil kena masuk padang lambung bola... rebuttttttt... ana gak yang dapat.... ganeh mek na nih.. jgn tak tahu.. mcm lipas kudung.. baguzzzz
K nora ni kalau shoot ajer mesti masukla.... tangan jampi baeeekkkk punyerr...


Membelasah sesama sendiri...
"aku kata belakang garisan... ko nih... buat derkkk jer..."



KECEDERAAN DAN KEJATUHAN............................
Ini si ana tercedera... tp kejap jer.. terus sambung main.. cayalah. dia ni ligat betul...
Tengok... dia jatuh gedebek lagi... tapi si ana faizal tidak memperdulikan dia.. ana terus saja membuat balingan hikmat langit ke lapan belasnya ......
dahhhhhh .... ini si sara plak tercedera... kesian dia ni ibarat keta kancil yang dilanggar MPV ... rilek sara.... rilek.. lepas ni ko balas dendam k.
ACARA YANG DITUNGGU-TUNGGU............................
Yang paling aku respek ialah.. geng taman ni mmg suka bekerjasama dalam semua hal. tengok.. lepas game siap ada makan2 lagi. Credit untuk geng2 housewife macam Ila, k ita, ati, k nora, ana, dan semua yang telah bersusah payah menyediakan makanan. Terima kasih pada ina yg sponsor buah tembikai dan ana nuar yg sponsor puding sago. kalau ada yang aku tertinggal..tolong topup k.
bab makan n posing memang terer geng2 nih.... kakaka
Over tau ana..... tp tenkiu untuk puding sago yg best tu
Inilah main course... meehoon goreng. special made by Ila... mmg best.. serius..
Uiks... saperlah ni.. minum berdiri... agak tak sopan tul..
Tiga dara pingitan ni memang ganehhh woooo .... (dara pingitan ker...???) hehe
Ini Si Ecah Indie.... Dialah pengadil yang adil lagi saksama masa game tu.... next game aku nak rasuah lebih sikit ecah ni... (nak bagi eyeliner mebelin kat dia... kasi lorek masa turun padang nanti...... hehe .

KEPUTUSAN DAN HADIAHHHHHH.....................



untuk mengelakkan sebarang kontroversi yang akan timbul di front page akhbar2 tempatan, maka gambar mata akhir juga turut diupload sekali. kot2 team kalah nak nak saman menyaman referee lepas ni ada hitam putih la orang kata... haha. neeway tahniah la kepada team Scopion yang memakai bib warna merah.. menang 17 - 15. tapi itu sebab team capucino saja nak bagi chance jer..... kata orang tu .. mengalah la dengan kawan2... hehe. nanti next game kita belasah semula .....
APAKAH HADIAHNYER......


Sekali lagi saya bagi pihak persatuan dan seluruh warga sukan Taman Saujana Rawang ingin mengucapkan setinggi2 terima kasih kepada puan Yus dan Abang Edi astro yang telah bermurah hati menaja hadiah untuk pasukan menang dan pasukan kalah... hadiahnya berbagai rupa.. antaranya ialah CD Mawi, gula2, dan macam2 ada... tag astro tu.. bak kata orang.. timer kasih daun keladi .. next game sponsorlah lagik.....
Maka berakhirlah netball match kali ni. Insyaallah kami akan mengulanginya lagi. bila...?? tunggu.. very the soon... dan harap2 lepas ni semua turun kasi sokongan... pom pom girl n pom pom boy pun boleh ajer...
pada yang terlanggar, dilanggar dan melanggar sepanjang game tu.. jgnla simpan dalam ati. adat bermain kan. yang penting objektif kita untuk bersukan, merapatkan ukhwah dan MAKAN telah tercapai setakat ni. Semoga yang lebih baik2 lagi pd masa akan datang.... yeahhh
credit juga untuk kaum2 bapak yang sporting menyokong isteri2 mereka bermain di padang. siap tolong jagakan anak lagi. kelazzzz.... tu tak kira yang tolong hantar ke padang tiap2 hari.. dan tolong urut2 kaki di malam hari.... sebab terseliuh... korang ni suka fikir lain nih...
so... kita jumpa lagi di padang...
peace
Rohiez
.................................................................................................

Tuesday, March 23, 2010

PENGUMUMAN-PEMNGUMUMAN IBU-IBU BAPAK-BAPAK...


Salam buat semua. Tidak lama lagi aktiviti sukan bowling akan dijalankan, so... ibu-ibu yang telah memberi namanya kenalah sertai. Jangan menyepi diri tanpa berita. Tunjuk-tunjukkan lah wajah-wajah wanita melayu terakhir anda tu. Jangan simpan-simpan. Luahkan-luahkan..(cewah macam pakar saiko pulak) Sekiranya para bapak-bapak ada yang ingin menyertai para ibu.. kita beri peluang. (mesti nak tolong isteri jatuhkan pin banyak2 la tu) tetapi ada syaratnya.


Nanti akan diberitahu kelak. Jadi kita nak kumpulkan nama terlebih dahulu, sila beri nama pada ROHEIZ, ILA,NORA dan KAK LIZA. Kerjasama anda amat dihargai. Mari beramai-ramai memeriahkan lagi sukan bowling yg julung-julung kali diadakan ini.- ROSE -

Tuesday, March 16, 2010

BOWLING WEI..!!!!

Wah!! mainnya lambat lagi tapi dah semangat ni. (macam le aku ni pandai main sgt)... tapi tak pe yang penting... KERJASAMA... untuk menjayakan program yang di atur. Fuh Pasti gempar.. bila.. Rohiez menjadi atlit yang digeruni pada hari itu.. kerana apa... kerana... tangan dia lah paling panjang .. tu lah pasal dia dapat strike... uiii teror tu.. Ingat mama-mama hot.. jgn bagi peluang pada Rohiez untuk memenangi kepala keretapi...yg diperbuat dari coklat van haut ten. Kita jumpa pada bulan May nanti.. (ermmmmm.. lambat lagi) - Rose -

Sunday, March 14, 2010

JUALAN PETANG2 HARI....

..................

Sejak aku menghadirkan diri ke acara training bola jaring ni..barulah aku tahu bahawa ada geng2 taman yang membuat jualan kecil-kecilan di petang2 hari. Bagus dorang ni. rajin .. kalau nak dibandingkan dengan aku yang memang tak minat, tak suka dan malas dalam bab2 masak ni. hehehe. Satu hari, kebetulan aku lalu kat belakang dan nampak sambutan agak menggalakkan dari kanak2 terutamanya. Kenapa kanak2 yang ramai... haaa korang kenalah tengok gambar kat bawah tu nanti.


Memandangkan kita dah ada blog taman ni, tak salah rasanya aku ambil gambat mereka dan uploadkan sikit news untuk promote bisnes dorang ni. manalah tahu.. berkat rezeki anak2... perniagaan mereka boleh jadi sehebat empayar Donald Trump.. wahhhh.



Masa berhenti minta izin untuk ambil gambar dorang, aku tengok dorang ni memang friendly. mesra gitu... baguslah.. macam tu lah adat orang berniaga. mulut kena manis.. tapi gula kena kurangkan. sekadar peringatan untuk semua walaupun hospital Sg Buloh dekat jer. hehe.



Bila dah berbual dengan dorang ni, barulah aku tahu yang dorang ni adalah share holder. maknanya mereka terdiri daripada beberapa penghuni dan berkongsi meja untuk berniaga. Alhamdulillah. Inilah yang kita nak... kerjasama. Harap2 perniagaan mereka ni akan berkekalan walaupun hanya secara kecil-kecilan. sikit2 lama-lama jadi bukit... bila dah jadi bukit, kita tarah ramai2 lerr.. hehe



Opps.. sebelum terlupa dan sebagai promo tambahan... mereka ni terdiri daripada penghuni Zanti di antara perumahan bernombor 82, 82A, 86, dan 88. harap2 betullah info ni. Jadi, marilah kita menyokong mereka kerana ini adalah product atau brand penduduk taman ni sendiri.




Ini antara produk yang dijual... keropok lekor dan keropok keping. boleh tahan la...




Haaaaa... inilah dia 'pelaris' untuk budak2 dan mak2 budak... apalagi...aiskrim dan dadih. mestilah laku sebab sejukkk kan. harga pun berpatutan. rasa pun not bad.




Dan... inilah gambar para shareholder. Mereka ni memang friendly ... agak2..boleh blanjer kita tak lepas promo ni.. hua hua hua..
apapun.. baguslah. teruskan usaha dan semoga berjaya.
P/S : Selain dari versi jualan petang2 ni.. akan menyusul pula lines pasal jualan malam2 uncle Shah dan Cik Ina serta jualan ABC cik Ita kita.... tungguuuuuuu.... Nanti kutangkap gambo2 mereka lepas tu kluarla news pasal dorang plak yer.. cayalah korang.
Peace
Rohiez
.............................................................






'COURT' BOLA TAMPAR PUN ADER.. FERRRR

........

Walaupun blog ini dicreated oleh hot mama ( Credit utk awak yer Sri..:) ), dengan kerjasama hot2 mama di sebelah dan di belakang rumah.. (ehh ehh cun2 jer kan..) tapi kami tetap tak melupakan aktiviti kaum bapa yang so far banyak juga menyokong aktiviti kami di taman ni.

bermula dengan sukan sepak takraw... uhh macam dah sejarah tu. Tapi sepak takraw antara aktiviti awal merekala. main pun kat depan row rumah kosong je masa tu. Namun semangat tu kena pujila. kemudian mereka main badminton jugakkk. agak2 menangislah penjaga dewan tu menengokkan level ketereran mereka ni. satu yang aku respek, mereka sanggup kongsi duit untuk sewa dewan dan kongsi kereta menuju ke destinasi... cuma rasanya tak sempat nak bertournament la. lepas tu ada pulak aktiviti berbasikal... dari sorang ke sorang, dari rumah ke rumah... masing2 dah ada basikal. kira kalau nak joint leTour DeLangkawi tu..slow jer la... (sebagai penyokong la..) Basikal pun dah ada macam2 nama dah.. ada basikal gunung, basikal kucing, basikal batu, basikal batu keras... dan macam2 nama lagikla. dah tu macam2 kaler pun ader. khabarnya.. mereka ni selalu jugak berbasikal pada hujung minggu. Jauh sungguh mereka berbasikal... hingga ke ---------> Tasik Puteri... ferrr. cayerlah.. (jauh ke tasik puteri tu hehe).. yerlah... dalam menempuh 'Mid Life Crisis' ni adalah sangat penting untuk mereka terus menguji tahap stamina yang masih dikongkong oleh badan. hehe. (jangan maraa aaa..). Tapi lepas berbasikal baekk punyerr pekena roti canai dan teh tarik... apa cerr..

Dan sekarang ni.. mereka dah ada satu lagi game baru. nak tahu apa... volleyball... khabarnya ada beberapa spiker kebangsaan... ada bekas jurulatih dan ada juga peminat hard core volleyball. agak dasyat jugak tu.... mereka pun bekerjasama untuk menyiapkan court yang boleh tahan jugakler... DIY kan.

Inilah rupa court volleyball mereka. Not bad untuk permulaan. kannn..






Ini view dari angle untuk mula serve... pun not bad..




Kira depan rumah jerla... lepas main... boleh terus sampai ke rumah tanpa perlu mengeteh ataupun bersidang dulu... bagus jugak kan.

Tapi kenapa court ni kosong... ermmm musim cuti ni kan. court pun bercutilah jugak. khabarnya friendly match pertama ialah antara Amana dan Zanti. dan dari rumors dan gosip2 yang didengari..team Amana saja nak bagi kemenangan tu pada Zanti... hehe. Betulker Amana..?

So kita tunggulah match mereka yang seterusnya... dan kami kaum mama ni akan terus menyokong jugak.. cuma pom-pom girl tu tak mainla... hehehe. Gud luck utk volleyball yerk.

Peace

Rohiez

.....................................................................................




APA YANG PENTING..... KERJASAMA..!

...
Bila bercakap pasal kaum ibu di Saujana Rawang (SR) ni... aku memang bangga dan hati berbunger2 la. Dan aku rasa bertuah sebab tinggal di kediaman yang geng2 ibu ni memang aktif, sporting, tolong menolong dan hot!!!!.. ini memang tak boleh dinafikan lagi. kenapa..? kalau nak tahu baca je laa..


kesahnya..mula2 aku pindah sini, aku tak nampak sebarang aktiviti dijalankan oleh hot2 mama ni. paling best pun.. sesi berkenal kenalan time kenduri kendara atau open house jer. ada yang tanya nama saper, keje kat maner, anak beraper, rumah yang maner, renovate rumah abis baper..??? .. dan time nilah jugak ada yang tersalah panggil kakak.. ropernya.. lebih muda tak pun sebaya.. haha.. tapi time tulah aku selalu ambik kesempatan untuk bertukar2 no telepon. bukan aper.. kalau dorang buat makan2.. sure dorang tak sampai ati kalau tak jemput aku kan. haha.



Masa tu aku fikir aktiviti hot2 mama ni cuma tanam bunger, tanam kunyit, tanam pandan, tanam.. tanamm.. tanam.. tanam segala yang boleh ditanamla.. selain tu buat kerja2 menjahit, kerja2 jaga anak dan kerja2 jaga SUAMI ajer.... agak sedey dan kurang moral support lah bak kata pak menteri.



AKAN TETAPI..... seiring dengan masa, satu persatu aktiviti kejiranan dan sukan telah berjaya dilaksanakan oleh geng2 hot mama ini. sukan contohnya..bermula dengan aktiviti berjoging oleh dua hard core mama yang jelita...ferrrrr... (k ita n k nora .. gua kasi credit ni..) then diikuti oleh game badminton. kemudian kami merancang ke arah kesukanan yang lebih ganazz lagi.. seperti memanah, berkuda, rugby dan lumba kereta... erkkkk.. tetapi untuk mengelakkan kaum bapa rasa tercabar.. kami memilih bola jaring dan badminton sajer la. tapi masa tu tiada tempat untuk kami bermain.



Lalu.... kami menubuhkan Persatuan Sukan Wanita Saujana Rawang. Dan satu mesyuarat telah diaturkan untuk membuat pemilihan AJK. Hasil dari mesyuarat tersebut maka termaktublah seperti berikut :



Pengerusi : Puan Nora
Naib Pengerusi : Puan Liza
Bendahari : Puan Ila
Setiausaha (yang menurut perentah) : Mestilah Puan Rohie yang jelita tu...



Selepas ajer miting ni, aku mmg salute team ni. kerja terus berjalan seiring dengan kerancakan kami bergosip... jangan main2 tau. dalam masa 7 hari ajer, kami mendapat kebenaran dari GLOMAC untuk menggunakan tapak tadika sebagai port sukan kami. dan kami dapat menyiapkan padang nettball dan badminton... team ni siap ayat supplier tiang sampai dapat diskaun berbaloi baloi.. kalau kaum bapak sure tak dapat nih.



jadi apa lagi... training terus dilakukan setiap petang dan hujung minggu. kami berlatih, dan berlatih dan berlatih dan bergosip dan bergosip dan makan dan makan dan makan... dan enjoy...




kesepakatan sebelum perlawanan dimulakan..... jangan tak cayer..




Still bersepakat selepas abis berguling dalam becak... macam ke bendang pun ader... Menang kalah belakang kirala.. nama pun training kan.



Akan tetapi... dalam pada kami bersemangat tu... lihatlah gambar di bawah ini. adakalanya kami cuma dapat bermain 3 pemain sebelah sajer... Kenapa...? ? ? ?


Tak perlu dijelaskan kenapa. Cuma kami menyeru dan mengharapkan agar lebih ramai kaum ibu dapat menyertai kami bersukan dan beriadah dan berukhwah di sebelah petang dan hujung minggu. Bawalah anak2 anda sekali. Tiada salahnya. Gunakanlah platform bersukan ini untuk merapatkan lagi ikatan kejiranan kita. Bukankah lebih banyak positif dari negatifnya. dalam kehidupan bertaman seperti ini, jiran2 adalah saudara paling dekat kita.. tak kisahlah atas urusan apa sekalipun. Insyaallah.





Terima kasih kepada yang sungguh sporting dan hot menyokong selama ini. Termasuklah kaum bapak yang memberikan keizinan kepada isteri2 mereka. Ada yang tolong pacakkan tiang... Ada yang siap tolong hantar ke padang you.. Kelas untuk dua2 Ana... Kepada yang masih malu2 tu.. mehla joint kami. Aku percaya APA YANG PENTING.. KERJASAMA!!...







Peace
Rohiez


.............................................

Saturday, March 13, 2010

Salam .. untuk semua...jadual untuk permainan bola jaring telah ditukar!!!!
Iaitu seperti berikut:
Sabtu Pagi Pukul ------ 7.45pagi
Ahad petang pukul ------- 5.30petang

TOLONG AMBIL PERHATIAN DAN DATANG PADA SETIAP LATIHAN YANG DIJALANKAN!!!! DUA MINGGU DARI SEKARANG PERLAWANAN AKAN DIADAKAN..!!!! TOLONG BERI KERJASAMA UNTUK MENJAYAKAN AKTIVITI YANG TELAH DIRANCANGKAN.

Monday, March 8, 2010

Aktiviti mingguan penduduk taman....


Berikut adalah aktiviti mingguan penduduk Taman Saujana Rawang.....
apa lagi main bola jaring la.... tapi ni gaya je lebih






so, sesapa yang ada bakat sila daftar diri kepada Puan Ila atau Puan Ita....



bukan setakat bola jaring, konda- kondi, tali skipping, congkak turut disediakan dgn syarat bawa dari rumah la ....


namun begitu, aktiviti yang paling meriah adalah aktivity makan2, minum2 dan borak.





kepada sesiapa yang nak merasai hidup dalam taman, sila lah hadirkan diri setiap Sabtu dan Ahad di padang bola jaring Saujana Rawang.


segala pertanyaan dan maklumat sila emailkan ke


tmnsaujanarawang@gmail.com