NOTIS

Assalamualaikum Wbr. Dengan ini di isytiharkan bahawa bermula 12hb Disember 2010....blog ini telah menjadi Blog Rasmi Persatuan Penduduk Saujana Rawang (PPSR) dan bukan lagi blog bola jaring bagi kaum ibu. Segala aktiviti bola jaring dari kaum ibu telah diserapkan ke dalam aktiviti Persatuan Penduduk Saujana Rawang. (PPSR). Bermula saat ini....Penduduk Saujana Rawang perlu menjadikan blog ini sebagai medium untuk mengetahui segala perkembangan terkini dan sebagai ruang menyampaikan informasi secara rasmi dari Persatuan kepada penduduk Saujana Rawang. Harap Maklum

About Me

My photo
Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Saujana Rawang adalah sebuah penempatan terancang yang akan dinaiktaraf sebagai bandar oleh pemaju bersebelahan dengan Bandar Country Homes di Rawang. Mulai 29hb Disember 2010, segala informasi yang dimuat turun sebagai Entry di blog ini HANYA diperolehi dari Setiausaha Persatuan Penduduk Taman Saujana Rawang sahaja. Harap maklum.

Followers

Saf Kepimpinan Dan AJK-AJK Persatuan Penduduk 2010-2012

Assalamualaikum Wbr.

Di sebelah kiri adalah gambar Pimpinan-Pimpinan dan juga AJK-AJK PPSR mengikut Portfolio masing-masing bagi memudahkan penduduk berurusan.

Tuesday, June 29, 2010

SEKITAR LATIHAN MINGGU LALU

Berikut adalah gambar-gambar yang sempat di ambil masa latihan minggu lepas..




Tu sorang lagi tak abis-abis dgn handpon..pantang bunyi...

Sue boleh jadi model iklan ubat gig sue...senyum melebar...memanjang senyum melebar jerk ko ni.

Ni apahal ni Rohiez..lain macam jerk ko posing...buat besabau....yer..


Kesian Kak Bee Rohiez ko makan tak bagi dia sikit..penat Kak Bee buat muka kesian tu...Kejam tul ko Rohiez.


Adoiaii.... pantang rehat, pasti ada benda nak di kunyah.. Buah salak lagi tu...


Apa-apa posing dulu..meyh!!!


Kak Liza memikul tugas yang berat mengawal PINK PINKY..nampak je cam tu uiii ligat tu,,


CENTER kuning ni..sapa larat jaga lah dia..macam lipas kudung...Pancit jaga dia sorang je..


Masa ni kumpulan telah di bahagi dua.Masing-masing pakai bib dan bincang strategi.


. Waktu ni Ana main peranan sebagai jurulatih yg tk bertauliah...main baling-baling bola gitu..

SENARAI NAMA PEMAIN TEAM A DAN TEAM B TAMAN SAUJANA RAWANG

 Salam semua Pengunjung Blog. Minggu lepas Team Saujana Rawang telah mengadakan latihan pemanas badan bagi persediaan menghadapi perlawanan pada 4hb July nanti.. Dan beberapa nama telah dipilih bagi mewakili kumpulan masing-masing.Berikut adalah senarai nama-nama pemain yg telah terpilih bagi mewakili TEAM SAUJANA RAWANG..:

TEAM A

NORA                 GS
IDAH                   GA
ITA                      GK
ILA                      GD
KAK LIZA           WA
KAK BEE            WD
MEK NA               C


TEAM B
                      
HALIJAH              GS
SUE                        GA
ANA NUAR           WA
ROHIEZ                 WD
LIZA C                   GK
ZANA                      GD
ANA FAIZAL           C


Bagi simpanan untuk kedua team adalah:

INA SHAH
SHILA
ANA ALONG
UMMI



Sunday, June 27, 2010

FRIENDLY MATCH PERTAMA TEAM NETBALL...YEAHHH!

....................................
Masih lagi segar dalam ingatan saya, tanggal 20hb februari kira2 pukul 10.00 pagi mesyuarat pertama Persatuan Sukan Wanita Taman Saujana Rawang diadakan. Hari itu perlantikan dan perbincangan pertama diadakan. Walaupun ramai yang tidak dapat menghadirkan diri, namun semangat sungguh kami dengan perjumpaan tersebut. Memang panas lagi ingatan, pada petang hari sebelum mesyuarat tersebut, geng2 hot mama bersama2 membuat kuih karipap untuk jamuan. bermacam2 jenis pintalan yang terhasil... maklumlah semuanya 'berseni'.. hahaha,

Dalam tempoh seminggu saja, surat untuk GLOMAC dikeluarkan, padang netball telah disiapkan, peralatan sukan telah dibeli... balerrr....  Dan latihan demi latihan dimulakan. macam2 skill bermain keluar di tengah padang. Ada aksi kungfu, lompat katak, aksi cakaran harimau..(pehhhh ), tarian zapin, terbang helang... ferrrhhh.  dan tu tak termasuk lagi aksi dukungan anak dalam tangisan... (alaaaa.... tengah2 main anak menangislah tu... ).  Namun, latihan berhenti seketika untuk menghormati majlis bacaan Yasin, kini kami kembali menghangatkan padang yang gersang tanpa kehadiran kami.... wahhhh.

Dan kini, satu lagi perkembangan positif apabila team TSR akan mengadakan friendly pertama dengan team dari luar. Insyaallah pada 4hb Julai ini. Semua dijemput menghadirkan diri ke perlawanan ini walaupun tidak bermain sebagai tanda sokongan. Venue perlawanan akan diupdatekan nanti.  Kumpulan pom pom 'boy' juga diharapkan dari para bapak yang HOT..... hahahaha. kasi gegarrrr...

Tapi bila cakap pasal friendly match ni, apatahlagi first time mahu tak gelabah jiwa.. kali pertama nak test market. Semua risau dengan prestasi, dengan skill, dengan law, dengan semangat, dengan... ishhh macam2 dengan lagilah. Tapi.. team luar tu pun mesti fikir benda yang sama jugak. mesti dorang fikir kita ni dahsat, bahgus, tehrer, hehbat.. dan ... tambah sendirilah yer.... hahaha

Insyaallah kita akan menjuarai.... jangan risau. (TAPI juara kategori apa tu.. kita find out di hari pertandinganlah yer...hehe). kepada semua players, selamat berlatih, selamat berjuang dan selamat bermain dengan penuh profesional dan cool... Kepada players yang tidak tersenarai pada perlawanan pertama ni janganlah berkecik ati, dun worry, coz ini adalah friendly pertama, hanyalah permulaan ... lepas ni akan banyak lagi friendly mendatang... so kita serangggggggg .......

Chaiyok chaiyokkkkk......

Rohiez
...............................................................

MAJLIS BACAAN YASIN YANG DIRINDUI

................
Rasanya baru saja semalam kita berkumpul bersama-sama untuk menjayakan majlis bacaan Yasin. Tapi kini malam2 indah itu sudah pun berlalu. Manis sungguh rasanya bertemu setiap malam sambil menghayati surah Yasin yang mulia dan bertanya khabar dan bantu membantu bersedekah dan menyediakan makanan. Subhanallah.... bukankah itu satu kemuliaan.

Hampir 40 malam telah berjaya dihabiskan.  Ada malam yang indah berbintang, ada malam yang mendung awannya dan ada juga malam yang basah dengan rahmat Allah. Namun apa yang paling indah ialah malam2 itu dipenuhi dengan jiwa yang suci dan ikhlas mengalunkan bacaan Yasin. 

Majlis bacaan Yasin itu bukan sahaja menjadi lambang kekuatan hubungan dan penyatuan hati sesama penduduk, bahkan juga menjadi acara yang memberikan 'rahmat disebalik kejadian'. Itulah kuasa Allah. banyak perubahan berlaku. Saya percaya setiap orang merasainya dengan cara yang berbeza. namun bagi saya sendiri, hikmahnya terlalu besar yang tidak dapat diungkap dengan kata2. Namun, biarlah saya menyimpannya sendiri dalam terus mengharungi liku2 hidup bersama keluarga di saujana rawang ini.

Saya berdoa, semoga dimasa2 akan datang kita akan teruskan lagi majlis ilmu seperti ini. semoga dimasa2 akan datang juga, hubungan yang akrab ini terus berkekalan dan semoga dimasa2 akan datang juga kita akan terus hidup sebagai insan, jiran dan saudara paling dekat antara satu sama lain. ada masanya kita akan ketawa bersama, ada masanya kita akan menangis bersama, yang baik jadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan. Kerana kita hanyalah manusia biasa yang tidak sempurna sifatnya.

Semoga kita semua terus dirahmati Allah dunia dan akhirat. Amin.

Rohiez


..............................................................

Monday, June 21, 2010

T SHIRT UNTUK PERSATUAN WANITA

Salam buat semua pengunjung Blog Taman Saujana Rawang. InsyaAllah kalau tiada aral melintang Saujana Rawang Team akan menyertai perlawanan Bola jaring menentang Pasukan dari Batu 16 Rawang. Perlawanan dijangka akan diadakan 2 minggu dari sekarang. Team Saujana Rawang  bercadang ingin menempah T-Shirt sukan. Kepada sesiapa yg berminat ingin memiliki T-Shirt sukan tersebut boleh lah membuat tempahan dan pembayaran sebelum JUMAAT INI. Hanya RM 20. Tidak kira samada anda menyertai perlawanan atau tidak T-Shirt ini juga boleh digunakan untuk sebarang acara  atau aktiviti yang dijalan Oleh Taman Saujana Rawang. T-Shirt ini hanya untuk kaum wanita sahaja. Sesiapa yang berminat Bolehlah menghubungi :
                                                          NORA   : 017-3607323
                                                           ILA      :  012-3569245
                                                         

~ROSE~
                                                          

Friday, June 11, 2010

Hari Sukaneka Penduduk Saujana Rawang - 11hb Julai 2010

Assalamualaikum Wbr.

Persatuan Penduduk Taman Saujana Rawang akan menganjurkan Hari Sukaneka yang akan diadakan pada tarikh dan masa seperti berikut:

Tarikh         :    11hb Julai 2010
Tempat       :    Taman Saujana Rawang (Tempat di Tanah Lapang sebelah Tapak Surau)
Masa          :    7:00 pagi

Untuk menjayakan Hari Sukaneka ini, Persatuan Penduduk memohon jasa baik penduduk TSR memberi sumbangan wang ringgit sebanyak RM20.00 satu keluarga.  Kehadiran tuan puan sangat dialu-alukan bagi memeriahkan majlis ini.   Sukaneka ini meliputi sukaneka bagi kanak-kanak dan juga kaum bapa dan ibu.

Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungu AJK Persatuan seperti dibawah:

En. Azrizan (Calok) No. 12 Rumah Zanti     -HP - 013-6783822
En. Am (Penghulu)                                       -HP - 013-6774868
Puan Nora                                                   -HP - 014-2267551
En. Faizal                                                     -HP - 012-3708935


Itinery Program

7:00 pagi -   Pendaftaran bagi Cabutan Bertuah
7.30 pagi -   Senamrobik
8.00 pagi -   Sukaneka
1.00 ptg   -   Penutup

Acara

Acara Sukaneka bagi semua peringkat umur.

1.   Kanak-Kanak 6 tahun ke bawah
      a.  Mewarna
      b.  Kutip gula-gula

2.   Kanak-Kanak 12 tahun ke bawah.
      a.  Isi air dalam botol
      b.  Bawa bola pingpong dalam sudu
      c.  Kerusi berirama.
      d.  Pecah Belon
      e.  Cari Duit dalma tepung.

3.   Kaum ibu dan bapa (suami isteri) / Dewasa
      a.  Tarik Tali - Lelaki / Wanita
      b.  Baling Telur - berpasangan
      c.  Timbang bulu ayam - Lelaki
      d.  Lari berpasang - pasangan (suami isteri)
      e.  Susun batu bata - berpasangan
      f.   Kerusi berirama - Lelaki / Wanita
      g.  Benang masuk dalam jarum - berpasangan.

Kehadiran tuan puan menyerikan lagi majlis dan menambah perpaduan di antara Penduduk.

Wassalam

Aminuddin Mohd Diah
Timb. YDP
Taman Saujana Rawang

Wednesday, June 9, 2010

JOM MAIN NETBALL RAMAI-RAMAI

Salam buat semua pengunjung. Rasanya dah lama tak main netball.  Rumput pun dah mula menampilkan diri kat padang tu. So ayuh!!!!! kawan-kawan mari kita meriahkan padang netball dengan aktiviti bermain netball dan badminton. Kepada yang baru lagi dan ingin menyertai sila kan kehadiran anda di alu-alukan bagi mengeratkan lagi silaturahim  antara kita. Ayuh !!!! Sabtu dan Ahad setiap jam 5.30 petang kita jumpa di padang Netball.

~ROSE~.

Tuesday, June 8, 2010

Jadual Bacaan Yassin TSR

Assalamualaikum wbr...

Bacaan Yassin rumah ke rumah berehat seketika kerana agak ramai yang pulang ke kpg halaman sempena cuti sekolah.

Walaubagaimanapun bacaan yassin di sambung semula pada hari berikut :

Malam 28 : Isnin      07hb Jun 2010 - Rumah AnaNuar
Rehat        : Selasa   08hb Jun 2010 -  Tiada
Rehat        : Rabu     09hb Jun 2010 - Tiada
Malam 29 : Khamis 10hb Jun 2010 - Rumah kakZah dan Abg Mamu
Malam 30 : Jumaat  11hb Jun 2010 - Rumah Sdr Razak & Normah
Malam 31 : Sabtu    12hb Jun 2010 - Terbuka
Malam 32 : Ahad     13hb Jun 2010 - Terbuka

TSR : Deensasa

Kehebatan Sedekah

Kisah Dari Indonesia....

___________________

Bismillahirohmanirrohiim

Berkat rahmat Allah Yang Mahakuasa, saya dipertemukan dengan hamba-Nya yang satu ini. Beliau adalah seorang leader yang selalu mengayomi, memberikan bimbingan, semangat, inspirasi, ide dan gagasan segar. Beliau seorang pemimpin yang mampu menggerakkan ratusan hingga ribuan anak buahnya. Beliau seorang guru yang memiliki lautan ilmu, yang selalu siap ditimba oleh anak-anaknya dan bagai tiada pernah habis.

Saat ini beliau memiliki berbagai macam bidang usaha, di antaranya sebagai supplier dan distribusi alat dan produk kesehatan, puluhan hektar tambak, puluhan hektar ladang, berpuluh rumah kos, ruko, stand penjualan di mall, apartemen dan lain-lain. Pernah saya mencoba menghitung, penghasilan beliau bisa mencapai Rp 1 Milyar per bulannya. Sebuah pencapaian luar biasa bagi saya dan kebanyakan orang lain.

Pertemuan antara saya dan beliau yang saya ceritakan di bawah ini terjadi beberapa tahun yang lalu, di saat penghasilan beliau masih berkisar Rp 200 juta per bulan. Bagi saya, angka ini pun sudah bukan main dahsyatnya. Sengaja saya tidak menyebutkan namanya, karena cerita ini saya publish belum mendapatkan ijin dari beliau. Kita ambil wisdomnya saja ya.

Suatu hari, terjadilah dialog antara saya dengan beliau di serambi sebuah hotel di Bandung . Saya ingat, beliau berpesan bahwa beliau senang ditanya. Kalau ditanya, maka akan dijelaskan panjang lebar. Tapi kalau kita diam, maka beliau pun akan "tidur". Jadilah saya berpikir untuk selalu mengajaknya ngobrol. Bertanya apa saja yang bisa saya tanyakan.

Sampai akhirnya saya bertanya secara asal, "Pak, Anda saat ini kan bisa dibilang sukses. Paling tidak, lebih sukses daripada orang lain. Lalu menurut Anda, apa yang menjadi rahasia kesuksesan Anda?"

Tak dinyana beliau menjawab pertanyaan ini dengan serius.

"Ada empat hal yang harus Anda perhatikan," begitu beliau memulai penjelasannya.

RAHSIA PERTAMA

"Pertama. Jangan lupakan orang tuamu, khususnya ibumu. Karena ibu adalah orang yang melahirkan kita ke muka bumi ini. Mulai dari mengandung 9 bulan lebih, itu sangat berat. Ibu melahirkan kita dengan susah payah, sakit sekali, nyawa taruhannya. Surga di bawah telapak kaki ibu. Ibu bagaikan pengeran katon (Tuhan yang kelihatan).

Banyak orang sekarang yang salah. Para guru dan kyai dicium tangannya, sementara kepada ibunya tidak pernah. Para guru dan kyai dipuja dan dielukan, diberi sumbangan materi jutaan rupiah, dibuatkan rumah; namun ibunya sendiri di rumah dibiarkan atau diberi materi tapi sedikit sekali. Banyak orang yang memberangkatkan haji guru atau kyainya, padahal ibunya sendiri belum dihajikan. Itu terbalik.

Pesan Nabi : Ibumu, ibumu, ibumu... baru kemudian ayahmu dan gurumu.

Ridho Allah tergantung pada ridho kedua orang tua. Kumpulkan seribu ulama untuk berdoa. Maka doa ibumu jauh lebih mustajabah."

Beliau mengambil napas sejenak.

RAHSIA KEDUA

"Kemudian yang kedua," beliau melanjutkan. "Banyaklah memberi. Banyaklah bersedekah. Allah berjanji membalas setiap uang yang kita keluarkan itu dengan berlipat ganda. Sedekah mampu mengalahkan angin. Sedekah bisa mengalahkan besi. Sedekah membersihkan harta dan hati kita. Sedekah melepaskan kita dari marabahaya. Allah mungkin membalas sedekah kita dengan rejeki yang banyak, kesehatan, terhindarkan kita dari bahaya, keluarga yang baik, ilmu, kesempatan, dan lain-lain.

Jangan sepelekan bila ada pengemis datang meminta-minta kepadamu. Karena saat itulah sebenarnya Anda dibukakan pintu rejeki. Beri pengemis itu dengan pemberian yang baik dan sikap yang baik. Kalau punya uang kertas, lebih baik memberinya dengan uang kertas, bukan uang logam. Pilihkan lembar uang kertas yang masih bagus, bukan yang sudah lecek. Pegang dengan dua tangan, lalu ulurkan dengan sikap hormat kalau perlu sambil menunduk (menghormat) . Pengemis yang Anda beri dengan cara seperti itu, akan terketuk hatinya, 'Belum pernah ada orang yang memberi dan menghargaiku seperti ini.' Maka terucap atau tidak, dia akan mendoakan Anda dengan kelimpahan rejeki, kesehatan dan kebahagiaan.

Banyak orang yang keliru dengan menolak pengemis yang mendatanginya, bahkan ada pula yang menghardiknya. Perbuatan itu sama saja dengan menutup pintu rejekinya sendiri.

Dalam kesempatan lain, ketika saya berjalan-jalan dengan beliau, beliau jelas mempraktekkan apa yang diucapkannya itu. Memberi pengemis dengan selembar uang ribuan yang masih bagus dan memberikannya dengan dua tangan sambil sedikit membungkuk hormat. Saya lihat pengemis itu memang berbinar dan betapa berterima kasihnya.

RAHSIA KETIGA

"Allah berjanji memberikan rejeki kepada kita dari jalan yang tidak disangka-sangka, " begitu beliau mengawali penjelasannya untuk rahasia ketiganya. "Tapi sedikit orang yang tahu, bagaimana caranya supaya itu cepat terjadi? Kebanyakan orang hanya menunggu. Padahal itu ada jalannya."

"Benar di Al Quran ada satu ayat yang kira-kira artinya : Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah niscaya diadakan-Nya jalan keluar baginya dan memberinya rejeki dari jalan/pintu yang tidak diduga-duga" , saya menimpali (QS Ath Thalaq 2-3).

"Nah, ingin tahu caranya bagaimana agar kita mendapatkan rejeki yang tidak diduga-duga? ," tanya beliau.

"Ya, bagaimana caranya?" jawab saya. Saya pikir cukup dengan bertaqwa, menjalankan perintah-Nya dan menjauhi larangan-Nya, maka Allah akan mengirim rejeki itu datang untuk kita.

"Banyaklah menolong orang. Kalau ada orang yang butuh pertolongan, kalau ketemu orang yang kesulitan, langsung Anda bantu!" jawaban beliau ini membuat saya berpikir keras. "Saat seperti itulah, Anda menjadi rejeki yang tidak disangka-sangka bagi orang itu. Maka tentu balasannya adalah Allah akan memberikan kepadamu rejeki yang tidak disangka-sangka pula."

"Walau pun itu orang kaya?" tanya saya.

"Ya, walau itu orang kaya, suatu saat dia pun butuh bantuan. Mungkin dompetnya hilang, mungkin ban mobilnya bocor, atau apa saja. Maka jika Anda temui itu dan Anda bisa menolongnya, segera bantulah."

"Walau itu orang yang berpura-pura? Sekarang kan banyak orang jalan kaki, datang ke rumah kita, pura-pura minta sumbangan rumah ibadah, atau pura-pura belum makan, tapi ternyata cuma bohongan. Sumbangan yang katanya untuk rumah ibadah, sebenarnya dia makan sendiri," saya bertanya lagi.

"Ya walau orang itu cuma berpura-pura seperti itu," jawab beliau. "Kalau Anda tanya, sebenarnya dia pun tidak suka melakukan kebohongan itu. Dia itu sudah frustasi karena tidak bisa bekerja atau tidak punya pekerjaan yang benar. Dia itu butuh makan, namun sudah buntu pikirannya. Akhirnya itulah yang bisa dia lakukan. Soal itu nanti, serahkan pada Allah. Allah yang menghakimi perbuatannya, dan Allah yang membalas niat dan pemberian Anda."

RAHSIA KEEMPAT

Wah, makin menarik, nih. Saya manggut-manggut. Sebenarnya saya tidak menyangka kalau pertanyaan asal-asalan saya tadi berbuah jawaban yang begitu serius dan panjang. Sekarang tinggal satu rahasia lagi, dari empat rahasia seperti yang dikatakan beliau sebelumnya.

"Yang keempat nih, Mas," beliau memulai. "Jangan mempermainkan wanita".

mm... ini membuat saya berpikir keras. Apa maksudnya. Apakah kita membuat janji dengan teman wanita, lalu tidak kita tepati? Atau jangan biarkan wanita menunggu? Seperti di film-film saja.

"Maksudnya begini. Anda kan punya istri, atau suami. Itu adalah pasangan hidup Anda, baik di saat susah maupun senang. Ketika Anda pergi meninggalkan rumah untuk mencari nafkah, dia di rumah menunggu dan berdoa untuk keselamatan dan kesuksesan Anda. Dia ikut besama Anda di kala Anda susah, penghasilan yang pas-pasan, makan dan pakaian seadanya, dia mendampingi Anda dan mendukung segala usaha Anda untuk berhasil."

"Lalu?" saya tak sabar untuk tahu kelanjutan maksudnya.

"Banyak orang yang kemudian ketika sukses, uangnya banyak, punya jabatan, lalu menikah lagi. Atau mulai bermain wanita (atau bermain pria, bagi yang perempuan). Baik menikah lagi secara terang-terangan, apalagi diam-diam, itu menyakiti hati pasangan hidup Anda. Ingat, pasangan hidup yang dulu mendampingi Anda di kala susah, mendukung dan berdoa untuk kesuksesan Anda. Namun ketika Anda mendapatkan sukses itu, Anda meninggalkannya. Atau Anda menduakannya. "

Oh... pelajaran monogami nih, pikir saya dalam hati.

"Banyak orang yang lupa hal itu. Begitu sudah jadi orang besar, uangnya banyak, lalu cari istri lagi. Menikah lagi. Rumah tangganya jadi kacau. Ketika merasa ditinggalkan, pasangan hidupnya menjadi tidak rela. Akhirnya uangnya habis untuk biaya sana-sini. Banyak orang yang jatuh karena hal seperti ini. Dia lupa bahwa pasangan hidupnya itu sebenarnya ikut punya andil dalam kesuksesan dirinya," beliau melanjutkan.

Hal ini saya buktikan sendiri, setiap saya datang ke rumahnya yang di Waru Sidoarjo, saya menjumpai beliau punya 1 istri, 2 anak laki-laki dan 1 anak perempuan.

Perbincangan ini ditutup ketika kemudian ada tamu yang datang....

KEDAHSYATAN SEDEKAH

Sedekah adalah penolak bala, penyubur pahala, dan melipatgandakan rezeki; sebutir benih menumbuhkan tujuh bulir, yang pada tiap-tiap bulir itu terjurai seratus biji. Artinya, Allah yang Mahakaya akan membalasnya hingga tujuh ratus kali lipat. Masya Allah!

Sahabat, betapa dahsyatnya sedekah yang dikeluarkan di jalan Allah yang disertai dengan hati ikhlas, sampai-sampai Rasul sendiri membuat perbandingan. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik, Rasulullah SAW bersabda, "Allah SWT menciptakan bumi, maka bumi pun bergetar. Lalu Allah pun menciptakan gunung dengan kekuatan yang telah diberikan kepadanya, ternyata bumi pun terdiam. Para malaikat terheran-heran akan penciptaan gunung tersebut.

Kemudian mereka bertanya, 'Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat dari pada gunung?'.

Allah menjawab, ' Ada , yaitu besi'.

Para malaikat pun kembali bertanya, 'Ya Rabbi adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat dari besi?'.

Allah menjawab, ' Ada , yaitu api'.

Bertanya kembali para malaikat, 'Ya Rabbi adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat dari api?'.

Allah menjawab, ' Ada , yaitu air'.

'Ya Rabbi adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat dari air?' tanya para malaikat.

Allah pun menjawab, ' Ada , yaitu angin'.

Akhirnya para malaikat bertanya lagi, 'Ya Allah adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih dari semua itu?'.

Allah yang Mahakaya menjawab, ' Ada , yaitu amal anak Adam yang mengeluarkan sedekah dengan tangan kanannya sementara tangan kirinya tidak mengetahuinya' ."

Subhanallah. ...
--------
TSR : Ros

Sunday, June 6, 2010

Kehebatan Surah Yassin


MasyaAllah.... kehebatan Allah swt

Assalamualaikum Wbr.
Doktor Saksikan Kehebatan Surah Yaa Siin.

Seorang bekas pelajar UITM Perlis yang kini sedang bertugas di KUIS telah menyampaikan satu kisah luarbiasa dan menarik mengenai keajaiban Al Quran khususnya Surah Yaa Sin, kepada kakitangan Ingress, dalam satu program ceramah agama bulanan syarikat tersebut.

Kisah ini telah benar-benar memberikan kesan yang mendalam kepada jiwanya mengenai mukjizat AlQuran khususnya disaksikan sendiri oleh seorang yang bukan Islam.

Pada suatu hari sekitar tahun 2004, salah seorang kawan beliau telah terlibat dalam kemalangan jalanraya yang dikategorikan sebagai amat serius. Salah satu tulang kerangkanya yang patah hampir mencucuk jantung dan yang satu lagi telah menembusi paru-parunya dan menyebabkan pendarahan.

Tempurung kepalanya kemek dan pecah. Bunyi tarikan nafasnya hampir sama seperti seekor lembu yang telah disembelih dan sedang putus nyawanya. Oleh kerana keadaan beliau sangat teruk maka beliau telah dimasukkan ke Wad ICU. Dalam keadaan seperti itu maka tidak ramailah kawan yang boleh ziarah dengan serentak secara beramai-ramai.

Usaha untuk membantu diteruskan. Doktor terus memberikan rawatan rapi seperti bantuan pernafasan dan sebagainya. Bacaan electrocardiogram (ECG) agak rendah sekitar 45 - 50 sahaja. Pada zahirnya, mangsa ini agak sukar untuk hidup. Walaupun ia akan pulih, mungkin percakapannya tidak lagi seperti keadaan sebelum kemalangan. Setelah semua usaha dibuat, maka sebagai orang Islam kepada Allahlah diserahkan segala-galanya. Ikhtiar berdoa dilakukan. Bacaan Surah Yaa Siin dimulakan secara beramai-ramai diluar bilik ICU.

Sedang mereka membaca Yaa Siin, dan belumpun selesai, tiba-tiba doktor Karam Singh yang bertugas pada hari itu, dengan tergesa-gesa meminta kumpulan yang membaca Yaa Siin ini masuk ke bilik, walaupun melebihi 2 orang.

Dalam hati mereka, tertanya-tanya apakah maksudnya tindakan doktor tersebut. Di atas katil mangsa masih terbaring seperti biasa dan tiada pula tanda yang menunjukkan ia menemui ajalnya. Dalam fikiran yang penuh tandatanya, bacaan diteruskan.

Setelah selesai membaca surah Yaa Siin dan masih lagi berada di sisi katil mangsa, bekas pelajar ini cuba mengajukan soalannya kepada doktor, "Kenapa doktor suruh kami masuk dan teruskan membaca Al Quran?"

"Semasa awak membaca awak punya holy book diluar tadi, dan ketika pintu terbuka untuk bagi orang masuk, saya lihat bacaan ECGnya naik sampai lebihkurang 70. Ini bukan satu kali, tetapi berlaku setiap kali pintu terbuka, apabila tutup dia turun semula. Masa pintu itu buka, suara awak dengar sampai kedalam, dan ada reaksi positif pada pesakit." Tegas doktor berkenaan.

Subhanallah, rupanya suara bacaan surah Yaa Sin tadi memberi kesan secara langsung kepada pesakit tersebut. Inilah kebesaran Allah Subhanahu wa Taala. Allah berkuasa melakukan apa sahaja yang Ia kehendaki. Mudah-mudahan doktor yang merawat peasakit tersebut mendapat petunjuk dan hidayah daripada Allah swt untuk menganuti agama Islam.

يَا أَيُّهَا النَّاسُ قَدْ جَاءتْكُم مَّوْعِظَةٌ مِّن رَّبِّكُمْ وَشِفَاء لِّمَا فِي الصُّدُورِ وَهُدًى وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَ

"Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari Tuhanmu dan penyembuh bagi penyakit-penyakit (yang berada) dalam dada dan petunjuk serta rahmat bagi orang-orang yang beriman." - Surah Yunus ayat 57.

__._,_.___

TSR:  Jadi ambillah peluang membuat bacaan Yassin rumah ke rumah yang sedang diadakan selama 44 hari di Taman Saujana Rawang tiap-tiap malam.   Tiada paksaan bagi sesiapa yang ingin mengadakan di rumah mereka.
Kelebihannya ialah.
1.  Jika diadakan sekarang....Crowd InsyaAllah memang ramai.....kerana peserta dan jiran-jiran di TSR yang terlibat tahu bahawa bacaan Yassin dibuat tiap-tiap malam dan mereka datang untuk support dan memeriahkan lagi majlis.
2. Dapat menyedekahkan bacaan Yassin dan Tahlil kepada Ibu dan Ayah juga saudara mara yang telah pergi mendahului kita.
3.  Akan kenal rapat dengan jiran-jiran yang ada...mengeratkan silaturahim dan hubungan sesama jiran.
4.  Segala informasi biasanya diketahui dan disampaikan dimajlis ini.
5.  Tak perlu susah-susah nak cari orang bagi mengetuai bacaan Yassin.
6.  Tak perlu risau pasal penyediaan makanan....kerana mereka akan adakan pot luck, iaitu tiap2 seorang digalakkan membawa satu jenis makanan kepada tuan rumah yg bersedia menggunakan rumahnya jika tiada orang yg volunteer baca yassin dihari seterusnya.

Sekiranya diadakan bacaan yassin selepas ini.(selepas program ini)..pun bagus juga.....cuma
1.  Crowdnya mungkin tidak seramai ini.
2.  Berkemungkinan menghadapi masalah dalam menjemput orang kerana informasi yg disampaikan agak terbatas...disebabkan masing-masing duduk tidak setempat dan merata dan mereka pun dah set in mind.....program baca Yassin 44 hari dah selesai dan mula sibuk dengan aktiviti sendiri.
3.  Sukar untuk mengumpulkan kaki-kaki(taiko)  program bacaan yassin 44 hari.

4.  Juga sukar untuk mencari mereka yg boleh mengetuai bacaan Yassin kerana jumlahnya tak ramai yang mahu tampil ke hadapan.

Ros

Friday, June 4, 2010

PERLAWANAN BOWLING SESAMA PENDUDUK SAUJANA RAWANG.

Assalamualaikum,

Pertandingan bowling sesama penduduk Saujana Rawang telah dianjurkan buat julung-julung kalinya oleh Sdr Chalok dan committeenya yang merupakan salah seorang AJK Persatuan Penduduk Saujana Rawang. Pertandingan ini telah mendapat sambutan yang diluar jangkaan dengan penyertaan 20 pasangan suami isteri.

Ini adalah pertandingan kumpulan Suami Isteri. Pasangan suami isteri yang menyertai pertandingan ini akan diberi peluang untuk mencabut undi bagi menentukan pasangannya dengan satu pasangan yang lain bagi mewakili kumpulan masing-masing. Ini bererti satu kumpulan mewakili 2 pasangan suami isteri. Terdapat 10 kumpulan yang setiap satunya mewakili 2 pasangan suami isteri.

Pertandingan ini telah diadakan pada 29hb Mei 2010 bertempat di Kelab Bukit Beruntung. Di bawah adalah gambar-gambar yang sempat diambil unutuk tatapan semua.

Sdr. Aminuddin selaku Timb YDP Persatuan Penduduk menyampaikan hadiah bagi tempat ketiga kepada kumpulan ini yang salah satu daripadanya adalah Sdr Chalok (sedang memegang kertas perlawanan).

Opss !! Gambar Tersenget Pulak...sabotaj ni hehehe...Ini Sdr Khairul Juara Individu lelaki yang membuat jatuhan Pin terbanyak. Beliau merupakan wakil bowling UIA sebelum ini. Haaa...jemput lagi juara......memang juaralah...hehehe

Hadiah tercorot pun ada.....?? Hadiah bagi jatuhan pin tercorot individu wanita jatuh kepada...........hehehehe


Saudara Al yang merupakan juara individu lelaki dengan jatuhan pin tercorot.......hehehehe Tercorot pun tercorotlah...janji dapat hadiah.

Kelihatan YDP Penduduk Saujana Rawang, Sdr Kamaruzaman sedang memilih bola bagi lontaran kedua. Tinggal satu pin ajer tuu....




Isteri pasangan masing-masing kelihatan kelenguhan..... sementara menunggu pengumuman dari urusetia majlis bagi mengesahkan lagi kumpulan masing-masing yang tidak ada harapan untuk menang. kah kah kah...!!! Takpe memang adat laa...kan. Ada kalah ada menang.

Kelihatan anak-anak turut serta memeriahkan lagi pertandingan ini.

Pertandingan sedang rancak bermula dan kelihatan Timb. YDP sedang membuat lontaran. Spare tuuu..!!!

Seorang dari isteri pasangan memerhati bola yang dilontarkan dengan penuh pengharapan.... Strike !!! hehehehe

Suami-Suami Mithali...bergambar bersama sebagai kenang-kenangan sebelum pertandingan.

Isteri-Isteri juga tidak ketinggalan bergambar sebelum perlawanan. Semangat tengah berkobar-kobar tuu...

Apa pun keputusan perlawanan ini...Ianya telah mengerat dan merapatkan lagi hubungan sesama penduduk dan jiran tetangga di Saujana Rawang. Tambahan pula disebelah malamnya diadakan Majlis Bacaan Yassin dan Tahlil selama 44 hari- non stop yang dibuka kepada mana-mana penduduk yang ingin menyertainya .
Syabas dan Tahniah diucapkan kepada pemenang semoga bertemu lagi di perlawanan yang akan datang. See you at Sunway Pyramid.

Ita.