................
Rasanya baru saja semalam kita berkumpul bersama-sama untuk menjayakan majlis bacaan Yasin. Tapi kini malam2 indah itu sudah pun berlalu. Manis sungguh rasanya bertemu setiap malam sambil menghayati surah Yasin yang mulia dan bertanya khabar dan bantu membantu bersedekah dan menyediakan makanan. Subhanallah.... bukankah itu satu kemuliaan.
Hampir 40 malam telah berjaya dihabiskan. Ada malam yang indah berbintang, ada malam yang mendung awannya dan ada juga malam yang basah dengan rahmat Allah. Namun apa yang paling indah ialah malam2 itu dipenuhi dengan jiwa yang suci dan ikhlas mengalunkan bacaan Yasin.
Majlis bacaan Yasin itu bukan sahaja menjadi lambang kekuatan hubungan dan penyatuan hati sesama penduduk, bahkan juga menjadi acara yang memberikan 'rahmat disebalik kejadian'. Itulah kuasa Allah. banyak perubahan berlaku. Saya percaya setiap orang merasainya dengan cara yang berbeza. namun bagi saya sendiri, hikmahnya terlalu besar yang tidak dapat diungkap dengan kata2. Namun, biarlah saya menyimpannya sendiri dalam terus mengharungi liku2 hidup bersama keluarga di saujana rawang ini.
Saya berdoa, semoga dimasa2 akan datang kita akan teruskan lagi majlis ilmu seperti ini. semoga dimasa2 akan datang juga, hubungan yang akrab ini terus berkekalan dan semoga dimasa2 akan datang juga kita akan terus hidup sebagai insan, jiran dan saudara paling dekat antara satu sama lain. ada masanya kita akan ketawa bersama, ada masanya kita akan menangis bersama, yang baik jadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan. Kerana kita hanyalah manusia biasa yang tidak sempurna sifatnya.
Semoga kita semua terus dirahmati Allah dunia dan akhirat. Amin.
Rohiez
..............................................................
NOTIS
Assalamualaikum Wbr. Dengan ini di isytiharkan bahawa bermula 12hb Disember 2010....blog ini telah menjadi Blog Rasmi Persatuan Penduduk Saujana Rawang (PPSR) dan bukan lagi blog bola jaring bagi kaum ibu. Segala aktiviti bola jaring dari kaum ibu telah diserapkan ke dalam aktiviti Persatuan Penduduk Saujana Rawang. (PPSR). Bermula saat ini....Penduduk Saujana Rawang perlu menjadikan blog ini sebagai medium untuk mengetahui segala perkembangan terkini dan sebagai ruang menyampaikan informasi secara rasmi dari Persatuan kepada penduduk Saujana Rawang. Harap Maklum
About Me
- Saujana Rawang,
- Selangor Darul Ehsan, Malaysia
- Saujana Rawang adalah sebuah penempatan terancang yang akan dinaiktaraf sebagai bandar oleh pemaju bersebelahan dengan Bandar Country Homes di Rawang. Mulai 29hb Disember 2010, segala informasi yang dimuat turun sebagai Entry di blog ini HANYA diperolehi dari Setiausaha Persatuan Penduduk Taman Saujana Rawang sahaja. Harap maklum.
Followers
Saf Kepimpinan Dan AJK-AJK Persatuan Penduduk 2010-2012
Assalamualaikum Wbr.
Di sebelah kiri adalah gambar Pimpinan-Pimpinan dan juga AJK-AJK PPSR mengikut Portfolio masing-masing bagi memudahkan penduduk berurusan.
Di sebelah kiri adalah gambar Pimpinan-Pimpinan dan juga AJK-AJK PPSR mengikut Portfolio masing-masing bagi memudahkan penduduk berurusan.
Sunday, June 27, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment