NOTIS

Assalamualaikum Wbr. Dengan ini di isytiharkan bahawa bermula 12hb Disember 2010....blog ini telah menjadi Blog Rasmi Persatuan Penduduk Saujana Rawang (PPSR) dan bukan lagi blog bola jaring bagi kaum ibu. Segala aktiviti bola jaring dari kaum ibu telah diserapkan ke dalam aktiviti Persatuan Penduduk Saujana Rawang. (PPSR). Bermula saat ini....Penduduk Saujana Rawang perlu menjadikan blog ini sebagai medium untuk mengetahui segala perkembangan terkini dan sebagai ruang menyampaikan informasi secara rasmi dari Persatuan kepada penduduk Saujana Rawang. Harap Maklum

About Me

My photo
Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Saujana Rawang adalah sebuah penempatan terancang yang akan dinaiktaraf sebagai bandar oleh pemaju bersebelahan dengan Bandar Country Homes di Rawang. Mulai 29hb Disember 2010, segala informasi yang dimuat turun sebagai Entry di blog ini HANYA diperolehi dari Setiausaha Persatuan Penduduk Taman Saujana Rawang sahaja. Harap maklum.

Followers

Saf Kepimpinan Dan AJK-AJK Persatuan Penduduk 2010-2012

Assalamualaikum Wbr.

Di sebelah kiri adalah gambar Pimpinan-Pimpinan dan juga AJK-AJK PPSR mengikut Portfolio masing-masing bagi memudahkan penduduk berurusan.

Saturday, April 17, 2010

Jenayah Semakin Menjadi-Jadi, Waspada Kaum Wanita

Klik pada button "Play" di tengah-tengah.

Salam,

Jenayah di Malaysia semakin menjadi-jadi. Kejadian samun, rogol dan bunuh makin berleluasa. Sekarang ini kejadian jenayah tidal lagi dilakukan secara sembunyi-sembunyi tetapi secara terang-terangan lebih-lebih lagi di siang hari dan di depan rumah sendiri.

Beberapa kejadian samun dan bunuh yang berlaku baru-baru ini dilakukan di kawasan yang menjadi tempat kunjungan orang ramai. Kejadian demi kejadian ini amat menakutkan dan menjadi igauan setiap penduduk di Malaysia ini.

Sila lihat video ini yang berlaku 2 hari lalu di Kuala Lumpur. Tidak mustahil perkara ini akan berulang di tempat kita. Sediakan payung sebelum hujan.

Pagar di depan rumah bukan sahaja berfungsi hanya untuk kelihatan cantik tetapi boleh berfungsi bagi menghalang pencuri atau perompak dari memasukinya dan melindungi tuanrumah. Lihat video ini..bagaiman peragut sial ini begitu mudah melompat ke dalam pagar rumah mangsa.

Semoga penduduk kawasan rumah kita selamat dari segala anasir yang jahat ini.

Written By Rose.

1 comment:

Rohie Husain said...

sial betul peragut nih... apa kejadahnyer jahat mcm tu... tapi kabarnya makcik ni pegi joging pakai barang kemas... so, be carefull dgn perhiasan kat badan jugakla.. jgn terlalu obvious lagi2 klu kluar sorang2.. sama2 beringat lah ni..