NOTIS

Assalamualaikum Wbr. Dengan ini di isytiharkan bahawa bermula 12hb Disember 2010....blog ini telah menjadi Blog Rasmi Persatuan Penduduk Saujana Rawang (PPSR) dan bukan lagi blog bola jaring bagi kaum ibu. Segala aktiviti bola jaring dari kaum ibu telah diserapkan ke dalam aktiviti Persatuan Penduduk Saujana Rawang. (PPSR). Bermula saat ini....Penduduk Saujana Rawang perlu menjadikan blog ini sebagai medium untuk mengetahui segala perkembangan terkini dan sebagai ruang menyampaikan informasi secara rasmi dari Persatuan kepada penduduk Saujana Rawang. Harap Maklum

About Me

My photo
Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Saujana Rawang adalah sebuah penempatan terancang yang akan dinaiktaraf sebagai bandar oleh pemaju bersebelahan dengan Bandar Country Homes di Rawang. Mulai 29hb Disember 2010, segala informasi yang dimuat turun sebagai Entry di blog ini HANYA diperolehi dari Setiausaha Persatuan Penduduk Taman Saujana Rawang sahaja. Harap maklum.

Followers

Saf Kepimpinan Dan AJK-AJK Persatuan Penduduk 2010-2012

Assalamualaikum Wbr.

Di sebelah kiri adalah gambar Pimpinan-Pimpinan dan juga AJK-AJK PPSR mengikut Portfolio masing-masing bagi memudahkan penduduk berurusan.

Wednesday, December 29, 2010

Program Gotong Royong Saujana Rawang - 16hb Januari 2011

Assalamualaikum Wbr. 

Peralatan Gotong Royong

Penduduk Saujana Rawang yang dikasihi sekalian,

Adalah dimaklumkan bahawa Ahli Jawatankuasa Kebajikan, Persatuan Penduduk Saujana Rawang (PPSR) akan mengadakan program gotong royong beramai-ramai serta mesra penduduk seperti berikut :-

Tarikh     :     16hb Januari 2011
Masa      :      8:00 pagi
Tempat   :      Berkumpul di Jalan 2/1A (Tapak Surau Saujana Rawang)

Program ini dianjurkan bagi tujuan menjaga kebersihan kawasan serta mengeratkan lagi silaturahim antara Penduduk Saujana Rawang.  Oleh yang demikian, AJK Kebajikan menjemput semua penduduk untuk hadir pada hari dan waktu yang dinyatakan di atas bagi memeriahkan lagi program yang akan diadakan.

Sila bawa bersama barang-barang keperluan seperti cangkul, parang, sabit, pencakar dan lain-lain (jika ada) bagi melancarkan lagi program gotong royong itu nanti.

Sebarang pertanyaan dan cadangan, sila hubungi Sdr Sefor Rahman Abd Rahman (Mamu) di nombor 012-232 5929 atau Sdr Zulkiflee Harun di nombor 014-266 7551 

Kerjasama dari pihak Penduduk didahului dengan ucapan Terima Kasih.

Yang Benar


Zulkiflee Harun
Setiausaha

Persatuan Penduduk Saujana Rawang

.s.k   :   i)   Pengerusi / Yang Dipertua / YDP
            ii)  Timbalan Pengerusi / Timbalan YDP
           iii)  AJK Kebajikan

Ditaip semula di blog ini oleh
Aminuddin MD
Bagi Pihak PPSR

Penduduk Dijemput Ke Majlis Tahlil Dan Doa Selamat - 1hb Jan 2011

Assalamualaikum wbr.


Tuan puan yang dikasihi dan dirahmati Allah sekelian.

Sukacita dimaklumkan bahawa Penduduk Saujana Rawang adalah dijemput ke Majlis Tahlil dan Doa Selamat di rumah Saudara Khairul Anuwar di alamat yang berikut :-

Majlis Tahlil Dan Doa Selamat


Tuan Rumah :   Sdr Khairul Anuwar
Tarikh : Sabtu,  01hb Januari 2010
Tahlil Dan Doa Selamat : 10:00pagi
Jamuan Makan  : 12tgh - 4ptg.


Alamat :     No. 3, Jalan SR2/1C,
                   Taman Saujana Rawang,
                   Rawang, Selangor.

Tuan puan adalah dijemput ke majlis ini.   Semoga kehadiran tuan puan dapat menyerikan lagi majlis ini.

Bagi Pihak Persatuan Penduduk.
Aminuddin MD

Sunday, December 26, 2010

Contoh Resit Wakaf Pembinaan Surau Saujana Rawang.

Assalamualaikum Wbr.

Contoh Keratan Resit Amal Jariah Wakaf Pembinaan Surau Saujana Rawang.

Sebagai menunjukkan komitmen PPSR & Badan Bertindak Surau bagi mendirikan surau di Tapak Amana Jalan SR2/1A, maka Resit Amal Jariah "Wakaf Pembinaan Surau Saujana Rawang" ini akan dikeluarkan tidak lama lagi.

Resit ini akan diberikan kepada penduduk Saujana Rawang sahaja sebagai permulaan untuk penduduk menginfakan sejumlah harta yang berbentuk wang ringgit bagi menjayakan pembinaan surau kita ini.

Al-Quran > Surah Al- Baqarah> Ayat 245

Siapakah orangnya yang (mahu) memberikan pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (yang ikhlas) supaya Allah melipatgandakan balasannya dengan berganda-ganda banyaknya? Dan (ingatlah), Allah jualah Yang menyempit dan Yang meluaskan (pemberian rezeki) dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan.


Al-Quran > Surah Al- Baqarah> Ayat 261

Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.


Bersamalah kita menghulurkan derma/sumbangan/infaq kepada Tabung Akhirat yang mana... Allah jua sahajalah yang mampu membalas kebaikan tuan/puan.

Panglima7.
Moderator
Marilah kita beramai-ramai menderma seikhlas yang mungkin.

Thursday, December 23, 2010

KERANA BULU MATA....ENGKAU MASUK KE SYURGA

KERANA BULU MATA....ENGKAU MASUK KE SYURGA

Assalamualaikum Wbr...



Diceritakan di hari pembalasan kelak, ada seorang hamba Allah sedang diadili. Dia dituduh bersalah kerana mensia-siakan hidupnya di dunia utk berbuat maksiat. Namun begitu dia berkeras membantah,
“Tidak demi langit dan bumi,sungguh tidak benar. saya tak pernah malakukan perkara itu…”
“Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau betul² telah menjerumuskan dirimu sendiri ke dalam dosa”
Orang itu menoleh ke kiri dan ke kanan, lalu merenung segenap penjuru ruang yg ada. Kemudian dia pun menyanggah, “mana saksi2 yg engkau maksudkan? disini tiada sesiapa melainkan aku dan suaramu sahaja.”

Jawab malaikat, “Inilah saksi-saksimu…”

Tiba-tiba mata berbicara,“Saya yang memandang,”
disusuli dengan telinga,“Saya yang mendengar perkara itu”
Hidung pun tidak ketinggalan,“Saya yang mencium”
Bibir pun mengaku dengan slumbernye,“Saya yang merayu”
Lidah menambah dengan berani,“Saya yang menjilat dan menghisap”
Tangan tanpa malu meneruskan,“Saya yang meraba dan meramas”
Kaki pula menyusul,“Saya yang berjalan dan berlari semasa itu”

“Nah kalau dibiarkan kesemua anggota tubuhmu akan memberikan kesaksian tentang perbuatan aibmu,” ujar malaikat. Orang tersebut x dapat membuka sanggahnya lagi. Ia berputus asa dan amat berduka kerana sebentar lagi ia akan dihumban ke dalam neraka jahannam.. Padahal ia amat berharap agar segala perbuatan jahatnya dapat diselindungi. Tatkala dia sedang dilanda kesedihan, tiba-tiba terdengar satu suara yg amat lembut dari sehelai bulu mata berbunyi, ” Saya pun ingin mengangkat sumpah untuk menjadi saksi dalam perkara ini.”

Malaikat menjawab dengan tenang,“Silakan wahai bulu mata”

“Terus terang sahaja, menjelang ajalnya pada satu malam yang hening, aku pernah dibasahi dengan juraian air mata penyesalan mengenangkan segala perbuatan keji yang telah dilakukan. Bukankah rasulnya telah berjanji, apabila ada seora ng hamba yang ingin bertaubat, walaupun sehelai bulu mata sahaja yg dibasahi dengan air mata, demikian itu diharamkan dirinya dari ancaman api neraka? Maka, saya sehelai bulu mata, berani tampil sebagai saksi bahawa dia telah bertaubat sampai membasahi saya dengan air mata penyesalan.”
Dengan kesaksian bulu mata itu, orang tersebut dibebaskan dari neraka dan segera dihantar ke syurga:

“Lihatlah hamba Allah ini masuk syurga kerana pertolongan bulu mata..”

Panglima7
Kiriman sahabat.

Sunday, December 19, 2010

Pelan Pembinaan Surau Taman Saujana Rawang.

Assalamualaikum Wbr.

Ini adalah pelan Bangunan Surau di Taman Saujana Rawang.


Peta pelan bangunan Surau seperti diilhamkan oleh PPSR.

Sketch map pelan surau di atas kertas.  Klik untuk besar.  Yang menyediakan ruang ibadah jemaah lelaki dan perempuan. Juga kelihatan di belakang bangunan solat adalah tempat wudhuk dan tandas untuk lelaki dan wanita juga ruang untuk memasak dan bilik stor.

Pelan Rekabentuk Surau dari pandangan depan dan belakang.

Memandangkan pihak pemaju mengurniakan tanah berong kepada Penduduk untuk dijadikan tapak surau, maka rekabentuknya adalah seperti di atas.   Pelan bangunan surau ini merupakan surau satu tingkat berukuran 40 x 40 kaki persegi.   Mengikut makluman ianya muat untuk 250 orang jemaah dan harga pembinaan dijangka mencecah RM100K.

Panglima7
Pada pandangan hamba, jumlah rumah yang ada di Taman Saujana Rawang adalah sebanyak 300 buah rumah.  Rumah ini termasuklah rumah Zanty dan Amana dari jalan 1/1D, 2/1A, 2/1B, 2/1C dan 2/1D.
Ini tidak termasuk lagi rumah Eva yang tidak diketahui berapa jumlahnya lagi dan masih dalam proses pembinaan sekarang ini.

Memandangkan kita mempunyai penduduk yang ramai maka hamba berpendapat.....ruang surau di atas adalah kecil dan sempit dan tidak mencukupi bagi menampung bilangan jemaah dalam satu-satu masa.  Memang betul...bukan semua penduduk pergi surau untuk bersolat....tetapi  Luas binaan adalah 40 x 40 kaki persegi.  5 kaki di kiri dan kanan juga belakang adalah ruang legar atau kaki lima.  jadi ruang solat sudah mengecil...hanya 30 kaki persegi x 30 kaki persegi shj.  Itu tidak termasuk lagi ruang untuk solat muslimah, almari dan rak-rak kitab Al-Quran, sejadah dan juga telekung yang memakan ruang yang ada.  Sekarang ini mungkin kita akan rasa surau ini besar....tetapi percayalah.....bila datang bulan Ramadhan...barulah kita tahu samada surau kita ini cukup besar untuk penduduk..siap dgn morehnya sekali.  Bagaimana kita ingin mengajak penduduk ke surau jika surau kita sempit dan tak cukup besar untuk menampung jemaah yang ada.

Besar kemungkinan ianya tidak dapat menampung jumlah jemaah dari kalangan penduduk dalam jangka masa panjang.   Tidak salah dan tidak rugi jika kita membina surau sedikit besar dari pelan di atas untuk jangka masa panjang dan tidak salah jika boleh kita dapatkan quotation surau dua tingkat yang mungkin mencecah RM250K.  Bukankah ianya lebih selesa untuk orang dewasa dan kanak-kanak.  Surau bukan hanya untuk bersolat semata-mata tetapi mencakupi aktiviti-aktiviti kemasyarakatan, ceramah agama dan boleh digunakan sebagai balairaya untuk orang ramai dan kenduri kendara dan juga majlis pernikahan dan perkahwinan.  Kalau boleh elakkanlah sikap membina surau...Asal ada surau ajer dah ok, Renovation hanya akan dibuat  setelah siapnya surau...di masa akan datang kosnya akan lebih mahal dari harga sekarang.  Kalau boleh buatlah lagi satu atau dua quotations lagi supaya PPSR ada pilihan.  Kalau satu sahaja quotation...tiada pilihan lah untuk penduduk.

Jikalau kos menjadi halangan......derma dan wakaf bukan sahaja dari kalangan penduduk taman tetapi juga melalui agensi kerajaan dan juga orang ramai juga perseorangan yang ingin menginfakan hartanya untuk tabung akhirat.  Harga rumah kita pun lebih mahal dari harga surau.

Jangan rumah dah siap... baru pahat nak berbunyi.  Nak bunyi...bunyikan sekarang.

Sekadar pandangan ikhlas.
Yang baik datangnya dari Allah dan yang buruk datangnya dari saya sendiri.

Akhirnya Pembinaan Sementara Surau Di Taman Saujana Rawang Dimulakan

Assalamuaalaikum Wbr.

Inilah dia Plan Pembinaan Tapak Surau. Dalam Perancangan PPSR.

Berita Baik untuk Penduduk Taman Saujana Rawang.  Setelah Persatuan Penduduk Saujana Rawang (PPSR) bermesyuarat beberapa kali...akhirnya PPSR membuat kata putus untuk mendirikan dahulu "Surau Sementara" bagi kegunaan penduduk di samping menunggu dan melengkapkan dokumen-dokumen penting  dan proses kelulusan dari Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) serta pihak berwajib yang biasanya memakan masa yang lama untuk menjawab dan seterusnya membina bangunan Surau yang kekal.

Kutipan bagi Wakaf Pembinaan Surau Taman Saujana Rawang yang kekal akan dilancarkan bila segala resit kutipan telah siap disediakan.   Buat sementara waktu ini PPSR akan mendirikan surau sementara menunggu proses dari MAIS.  Bagi mendirikan surau sementara ini juga memerlukan dana.  Mana-mana pihak atau penduduk yang ingin menyalurkan sumbangan berupa simen, papan, atap, speaker, lampu, khemah dan lain-lain lagi boleh menghubungi AJK PPSR seperti di bawah.

AJK Bertindak Surau :
1.   Sdr Shah Nor   -   012-2870393
2.   Sdr Soleh         -   019-2542829
3.   Sdr Zulkifli       -   014-2267551
4.   Sdr Irham         -   013-6774868

Di bawah adalah gambar permulaan sesi gotong royong membersihkan tapak surau Taman Saujana Rawang bagi mendirikan Surau sementara.

Inilah Tapak Surau Taman Saujana Rawang (Pandangan Tepi)

Pandangan dari Hadapan Tapak Surau

Pandangan dari belakang Tapak Surau

Kerja-Kerja Pengukuran dan tanda serta arah kiblat mengikut spesifikasi untuk binaan surau sementara sedang dijalankan.

Kerja-Kerja Pembersihan bagi menyemen tapak ini nanti

Tapak sudah diratakan.

Sudah boleh disimen dan didirikan binaan sementara.  Kerja-kerja mungkin dijalankan pada hari cuti dan Sabtu Ahad jika berkelapangan.

 Semak-semak sudah dibersihkan dan dibakar

Daripada
Panglima7

Friday, December 17, 2010

Seorang Ahli Ibadah Bernama Isam Bin Yusuf

Assalamualaikum Wbr..

Dalam suasana hidup dan mati juga kecemasan akibat perang....solat tidak ditinggalkan.  Bagaimana dengan kita yang aman....hanya syaitan yang perlu dilawan. (gambar hiasan)


"Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk solatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk.

Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam dan bertanya, "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?" Hatim berkata, "Apabila masuk waktu solat, aku berwudhu' zahir dan batin." Isam bertanya, "Bagaimana wudhu' zahir dan batin itu?" Hatim berkata, "Wudhu' zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wudhu' dengan air".

Sementara wudhu' batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :-

> * Bertaubat
> * Menyesali dosa yang telah dilakukan
> * Tidak tergila-gilakan dunia
> * Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya')
> * Tinggalkan sifat berbangga
> * Tinggalkan sifat khianat dan menipu
> * Meninggalkan sifat dengki.
Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan:

> 1.aku sedang berhadapan dengan Allah,
> 2..Syurga di sebelah kananku,
> 3.Neraka di sebelah kiriku,
> 4.Malaikat Maut berada di belakangku, dan
> 5.aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Siratal mustaqim' dan menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik."

"Setiap bacaan dan doa didalam solat, aku faham maknanya kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun."

Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.

Panglima7
Kiriman Sahabat.

Wednesday, December 15, 2010

Langit Dan Bumi

Assalamualaikum Wbr..


Langit & Bumi

                            Adapun terjadinya peristiwa Israk dan Mikraj adalah kerana bumi merasa bangga dengan langit. Berkata dia kepada langit, "Hai langit, aku lebih baik dari kamu kerana Allah s.w.t. telah menghiaskan aku dengan berbagai-bagai negara, beberapa laut, sungai-sungai, tanam-anaman, beberapa gunung dan lain-lain." Berkata langit, "Hai bumi, aku juga lebih elok dari kamu kerana matahari, bulan, bintang-bintang, beberapa falah, buruj, 'arasy, kursi dan syurga ada padaku."
Berkata bumi, "Hai langit, ditempatku ada rumah yang dikunjungi dan untuk bertawaf para nabi, para utusan dan arwah para wali dan solihin (orang-orang yang baik)."

                            Bumi berkata lagi, "Hai langit, sesungguhnya pemimpin para nabi dan utusan bahkan sebagai penutup para nabi dan kekasih Allah s.w.t. seru sekalian alam, seutama-utamanya segala yang wujud serta kepadanya penghormatan yang paling sempurna itu tinggal di tempatku. Dan dia menjalankan syari'atnya juga di tempatku." Langit tidak dapat berkata apa-apa, apabila bumi berkata demikian. Langit mendiamkan diri dan dia mengadap Allah s.w.t. dengan berkata, "Ya AllahEngkau telah mengabulkan permintaan orang yang tertimpa bahaya, apabila mereka berdoa kepada Engkau. Aku tidak dapat menjawab soalan bumi, oleh itu aku minta kepada-Mu ya Allah supaya Muhammad Engkau dinaikkan kepadaku (langit) sehingga aku menjadi mulia dengan kebagusannya dan berbangga."

                        Lalu Allah s.w.t. mengabulkan permintaan langit, kemudian Allah s.w.t. memberi wahyu kepada Jibrail A.S pada malam tanggal 27 Rejab, "Janganlah engkau (Jibrail) bertasbih pada malam ini dan engkau 'Izrail jangan engkau mencabut nyawa pada malam ini."
Jibrail a.s.bertanya, " Ya Allah, apakah kiamat telah sampai?"
Allah s.w.t. berfirman, maksudnya, "Tidak, wahai Jibrail. Tetapi pergilah engkau ke Syurga dan ambillah buraq dan terus pergi kepada Muhammad dengan buraq itu." Kemudian Jibrail a.s. pun pergi dan dia melihat 40,000 buraq sedang bersenang-lenang di taman Syurga dan di wajah masing-masing terdapat nama Muhammad. Di antara 40,000 buraq itu, Jibrail a.s.terpandang pada seekor buraq yang sedang menangis bercucuran air matanya. Jibrail a.s. menghampiri buraq itu lalu bertanya, "Mengapa engkau menangis, ya buraq?"

                           Berkata buraq, "Ya Jibrail, sesungguhnya aku telah mendengar nama Muhammad sejak 40 tahun, maka pemilik nama itu telah tertanam dalam hatiku dan aku sesudah itu menjadi rindu kepadanya dan aku tidak mahu makan dan minum lagi. Aku laksana dibakar oleh api kerinduan." Berkata Jibrail a.s., "Aku akan menyampaikan engkau kepada orang yang engkau rindukan itu." Kemudian Jibrail a.s.memakaikan pelana dan kekang kepada buraq itu dan membawanya kepada Nabi Muhammad s.a.w. Wallahu'alam.

Buraq yang diceritakan inilah yang membawa Rasulullah s.a.w. dalam perjalanan Israk dan Mikraj.

Panglima7
Credit - Kisah & Teladan.

Tuesday, December 14, 2010

Setiap Penduduk PPSR Wajib Pamer Pelekat Kereta & Motor

Assalamualaikum Wbr...

Sticker Kereta dan Motor Penduduk 

Adalah dimaklumkan bahawa Persatuan Penduduk Saujana Rawang (PPSR) telah mengeluarkan Pelekat Kereta dan Motor kepada Penduduk untuk mendapatkannya 2 bulan yang lalu..  Penggunaan pelekat Kereta Motor ini sangat penting bagi penduduk mengenali kereta satu sama lain di samping bagi memantau keselamatan penduduk dan rumah di Saujana Rawang dari dicerobohi oleh anasir-anasir yang tidak diingini.

Melalui pengedaran pelekat ini.....hanya separuh dari Penduduk di Saujana Rawang telah menempah, membeli dan menampal di kenderaan masing-masing....manakala separuh lagi penduduk.... terutamanya di Jalan 1/1D Rumah Zanti masih tidak memberi reaksi terhadap Surat dari Persatuan Penduduk ini.

Harus diingat......Memasang pelekat kereta menggunakan Logo Saujana Rawang seperti gambar diatas  adalah wajib bagi setiap penduduk tanpa terkecuali seorang pun  dan ini telah dibentangkan di dalam Mesyuarat Persatuan Penduduk yang lalu. 

AJK PPSR dan para sukarelawan, InsyaAllah akan membuat kunjungan ke rumah penduduk yang masih belum menempah Pelekat Kereta Motor bagi mendengar dan mengetahui masalah sebenar mereka.... Ini akan dilakukan dalam masa terdekat.

Pada penduduk yang masih belum berbuat demikian....mohon kerjasama....demi keselamatan bersama dan keselamatan semua...silalah bertemu dengan Saudara Zul, Setiausaha Persatuan Penduduk untuk tempahan pelekat secepat mungkin.

Administrator
Panglima7

Tuesday, December 7, 2010

Saf-Saf Kepimpinan AJK Penaja Penduduk Saujana Rawang Sesi 2010-2012

Assalamualaikum Wbr.

Inilah dia gambar yang sempat diambil semasa Mesyuarat Agung Penaja Persatuan Penduduk Taman Saujana Rawang yang telah diadakan baru-baru ini.  Sila lihat haribulannya pada posting yang lepas.

dari kini, Setiausaha : Sdr Zulkifli, Sdr. Shah Nor, Sdr. Kamaruzaman, Mejar (B) Alias, Sdr. Mamu@Sefor, Sdr Chalok@Azizan, Sdr Fitri dan Timb. Setiausaha : Sdr Irham. 

YDP : Sdr Kamaruzaman terpilih lagi walaupun ditolak berkali-kali oleh beliau.....tetapi Penduduk TSR yg hadir...90% masih memerlukan khidmat beliau bagi sessi 2010-hinggalah yang akan datang......sedang berucap 

Mamu - "Teh Tarik satu !!!".......daging kari mamak.....kejap lagi siap...!!! hahaha  Lawak laa..

Semua sedang tekun mendengar taklimat dari YDP yang terpilih lagi. Syabas diucapkan. Berikan sokongan ikhlas anda kepada beliau.


Ahli Jawatankuasa Baru sesi 2010.  Dari Kiri ; AJK Hal Ehwal Kaum - Norain, (En. Ah Heng -tiada dlm gambar) AJK Muslimat : Pn. Rosita Jalil, Penolong Bendahari : Pn. Nora Ariffin, Bendahari : Pn. Mainor Zalila, Timb YDP : Sdr Shah Nor, YDP : Sdr Kamaruzaman, AJK Infrastruktur : Mejar (B) Alias, AJK Kebajikan : Sdr Mamu @ Sefor, AJK Sukan &  Rekreasi : Sdr Chalok@Azizan, Belakang speaker berbaju kuning AJK Wakil Lorong 2/1C dan D: Sdr Fitri, AJK Keselamatan : Sdr Solehuddin  

Berilah sokongan padu kepada AJK AJK baru yang tuan puan pilih ini.  Ini adalah pilihan tuan puan.  Mereka  berkhidmat tanpa gaji dan bayaran seperti ADUN atau YB-YB dari parti politik yang lain.  Segala keringat yang keluar dari tubuh badan mereka, segala wang, barang-barang, masa dan pengorbanan mereka ini bermesyuarat sampai malam.....semuanya sebagai amal jariah hidup di dunia ini. Semoga Allah jua lah yang membalas kebaikkan mereka bagi memakmurkan Taman Saujana Rawang ini.

Janganlah kita komen dan cerca mereka di facebook seperti yang berlaku pada AJK Sessi 2008-2010 dengan berselindung disebalik komen-komen yang positif kononnya tetapi menguris hati AJK-AJK yang membacanya.  Hanya orang yang pengecut sahaja yang berbuat komen yang sedemikian.

Jikalau ada idea yang baik...kongsikan bersama dengan mereka...bukan tunjuk hebat di facebook dan mengumpat sana dan sini tetapi tidak mahu bergaul dengan masyarakat.  Jikalau benar-benar ikhlas marilah bekerja bersama-sama dengan mereka.  Kecil tapak tangan....Stadium Shah Alam kami tadahkan.

AJK-AJK Sessi 2008-2010 yang gugur ialah

1.   Penasihat Persatuan : Sdr Arif
2.   Timbalan YDP : Sdr. Aminuddin Mohd Diah
3.   Setiausaha : Sdr Faizal
4.   Timbalan Setiausaha : Sdr Zamri
5.   Bendahari : Hj Adnan
6.   AJK Keselamatan : Mudzaffar
7.   AJK Muslimat : Semua Isteri AJK membantu (ribuan terimakasih yang tidak terhingga. Moga Allah sahaja yang membalasnya)
8.   AJK Infrastruktur :   Tidak aktif
9.   AJK Agama : Hj Zainal
10. AJK Antara Kaum :  Tidak aktif.

AJK- AJK Sessi 2008-2010 yang dikekalkan menerajui Kepimpinan TSR Sessi 2010-2012 dan bertukar Portfolio ialah

1.   YDP :   Sdr. Kamaruzaman - Kekal
2.   AJK Kebajikan :  Sdr Irham - dipilih sebagai Timb Setiausaha
3.   AJK Sukan : Sdr Chalok@Azizan - Kekal

AJK-AJK baru yang dipilih bagi menerajui TSR Sessi 2010-2012

1.  Timbalan YDP              : Sdr Shah Nor Bin Ahmad
2.  Setiausaha                   : En Zulkefli Harun
3.  Bendahari                    : Pn Mainor Zalila 
4.  Timb Bendahari           :  Pn Nora Ariffin
5.  AJK Infrastruktur          : Mejar (B) Alias
6.  AJK Keselamatan        : Sdr Soleh
7.  AJK Kebajikan             : Sdr Mamu@Sefor
8.  AJK Muslimat               : Pn. Rosita Jalil
9.  AJK Antara Kaum        : Norain
10. AJK Antara Kaum       : En, Ah Heng


Wassalam
Deensasa Panglima7
Adakah sama.... perbandingan "orang yang duduk dengan orang yang berdiri" ???  Fikirkan.
Selamat Bertugas.....

Saturday, December 4, 2010

INFO

hp ilang??ni ader cara best!!

Jangan berikan peluang kepada mereka yang mencuri telefon bimbit anda daripada menggunakannya. Jadikan ia tidak berguna supaya ia tidak lagi boleh dijual kepada orang lain.

Caranya mudah. Setiap telefon bimbit
 mempunyai nombor siri IMEI yang tersendiri. Anda hanya perlu mengetahuinya dan menyimpan catatannya.

Untuk memeriksa nombor siri IMEI ini,
 tekan simbol dan nombor berikut :-
* # 0 6 #

tanpa ruang kosong.
(star hash kosong enam hash)

Nombor yang ditayangkan adalah 15 digit nombor yang unik bagi setiap telepon bimbit. Catatkan dan simpan ditempat yang boleh didapatkan semula. Sekiranya telefon bimbit anda hilang,
anda boleh melaporkan kehilangan
 telefon bimbit anda kepada pemberi khidmat telefon bimbit seperti TM, Maxis atau Digi. Berikan nombor ini kepada mereka supaya ia boleh disenarai hitamkan. Sekiranya pencuri menukarkan kad SIM, ia masih tidak dapat digunakan kerana telefon
bimbit
sudah dihalang penggunaan.
 
Walaupun anda mungkin tidak lagi mendapat telefon bimbit anda, dengan menjadikan ia tidak berguna sudah cukup memuaskan hati. sekiranya setiap daripada kita mencatatkan nombor siri IMEI dan melaporkan nombor siri ini apabila kehilangan telefon bimbit. Kes-kes kehilangan dapat dikurangkan kerana tiada guna mencuri telefon bimbit jika tidak boleh dijual dan digunakan.

Lakukan sekarang dan sebarkan kepada
 orang lain alang-alang dah hilang biar padan muka
org yang curi tu pun tak leh guna
 juga 

Thursday, November 25, 2010

MESYUARAT AGUNG PENAJA TAHUNAN

Salam kepada semua pengunjung Blog TSR. pada 21hb Oktober 2010 bersamaam pada hari Ahad yang lepas TSR telah mengadakan Mesyuarat  Agung Penaja Tahunan Kali Pertama, yang telah di pengerusi kan oleh Saudara Kamarulzaman. Beberapa muka baru telah dilantik bagi menghidupkan lagi persatuan Penduduk Taman Saujana Rawang menjadi lebih aktif dengan idea-idea yang baru. Kombinasi pelantikan kali ini tidak melupakan pada mereka yang veteran . Ada idea  dari orang muda dan orang lama. Tidak  kisahlah apa idea mereka yang penting PPTSR ini hidup tidak terkubur.. Dibawah ini adalah nama-nama yang telah diberi kepercayaan oleh penduduk untuk menjalankan tugas mereka masing-masing.


Pengerusi Tetap          :  En Kamarulzaman

Yang Di Pertua YDP   : En  Kamarulzaman

Timbalan YDP             : En Shah Nor Bin Ahmad

Setiausaha                   : En Zulkefli Harun

Timbalan Setausaha   : En Irham

Bendahari                   : Pn Mainor Zalila

Timbalan Bendahari  : Pn Nora Ariffin

Ahli jawatankuasa

1. Major Alias  (B)

2. En Fitri

3. En Azizan

4. En Sefol

5. En Soleh

6. Pn Rosita Jalil

Ahli jawatankuasa antara kaum

1. En Ah Heng

2. Norain

Diharapkan semua penduduk dapat memberikan kerjasama kepada mereka. InsyaAllah banyak program akan diadakan tahun hadapan. Ada gambar yang telah sempat dirakamkan pada hari tersebut. Maaf ada sedikit masalah untuk diuploadkan InsyaAllah akan diusahakan juga.

Wassalam

Sunday, November 21, 2010

TAKZIAH

TAKZIAH ,
          
 Untuk keluarga Zambri dan Anita  keatas pemergian baby yang baru lahir 2 hari yang lalu..Tabahkan hati kuatkan Iman dalam menempuh segala ujian dari NYA. Allah lebih menyayanginya .Majlis bacaan Yassin akan diadakan pada hari ini dan esok. Dijemput hadir ke majlis tersebut dirumah beliau........
          
 Alfatihah....

Saturday, November 20, 2010

AIDULADHA

Salam Aiduladha buat semua pengunjung Taman Saujana Rawang.Pertama kali tahun ini, TSR telah mengorbankan seekor lembu, terima kasih tak terhingga kepada majikan Abang Mamu kerana sudi menaja lembu tersebut. Kepada semua yang terlibat dalam penyembelihan tersebut diucapkan berbanyak terima kasih diatas kerjasama yang anda berikan . Hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya.. Berikut adalah gambar-gambar yang sempat di rakamkan pada hari tersebut..






SEMPAT PERGI RAYA KAT RUMAH ILA MAKAN LAKSA SEDAP LAKSANYA






Wednesday, November 10, 2010

RENUNGAN BERSAMA..

SEMINIT SAJA

Betapa besarnya nilai wang kertas bernilai RM1 apabila dibawa ke masjid
untuk disedekahkan; tetapi betapa kecilnya kalau dibawa ke Mall untuk dibelanjakan!

Betapa lamanya melayani Allah selama lima belas minit namun
betapa singkatnya kalau kita melihat filem.

betapa sulitnya untuk mencari kata-kata ketika berdoa (spontan) namun
betapa mudahnya kalau mengata atau mengumpat
tanpa harus berfikir panjang-panjang.

Betapa asyiknya apabila pertandingan bola dipanjangkan waktunya namun
kita mengeluh ketika khutbah di masjid lebih lama sedikit daripada biasa.

Betapa sulitnya untuk membaca satu helai Al-qur'an tapi
betapa mudahnya membaca 100 halaman dari novel atau majalah yang laris.

Betapa beria-ia orang untuk duduk di depan dalam pertandingan atau konsert namun 
lebih senang berada di saf paling belakang
 ketika berada di Masjid

Betapa Mudahnya membuat 40 tahun dosa demi memuaskan nafsu berahi semata, namun
alangkah sulitnya ketika menahan nafsu selama 30 hari ketika berpuasa.

Betapa sulitnya untuk menyediakan waktu untuk solat 5 waktu; namun
betapa mudahnya menyesuaikan waktu dalam sekejap pada
saat terakhir untuk event yang menyenangkan.

Betapa sulitnya untuk mempelajari erti yang terkandung di dalam al qur'an; namun
betapa mudahnya untuk mengulang-ulangi gosip yang sama kepada orang lain.

Betapa mudahnya kita mempercayai apa yang dikatakan oleh surat khabar namun
betapa kita meragui apa yang dikatakan oleh Kitab Suci Al-Quran.
Betapa Takutnya kita apabila dipanggil Boss dan cepat-cepat menghadapnya namun
betapa kita berani dan lamanya untuk menghadapNya saat kumandang azan bergema.

Betapa setiap orang ingin masuk syurga seandainya tidak perlu untuk percaya atau
berfikir,atau mengatakan apa-apa,atau berbuat apa-apa.
Betapa kita dapat menyebarkan seribu
kelucuan melalui e-mail, dan menyebarluaskannya dengan FORWARD seperti api; namun
kalau ada e-mail yang isinya tentang Allah betapa seringnya kita ragu-ragu, enggan membukanya dan menyebarkannya,
serta terus klik pada icon 
DELETE .
 
ANDA TERTAWA ...?
 atau ANDA BERfIKIR-fIKIR. ..? 
Sebar luaskanlah & bersyukurlah
kepada ALLAH, YANG MAHA ESA,PENGASIH
DAN PENYAYANG
.
Apakah tidak lucu apabila anda tidak memFORWARD pesan ini. Betapa banyak
orang tidak akan menerima pesan ini, kerana anda tidak yakin bahawa mereka
masih percaya akan sesuatu?




petikan dr I LUV ISLAM...... 

Friday, November 5, 2010

JOM TURUN PADANG !!!!!!!

Salam...MAK,IBU,MAMA,MUMMY ....nampak tak padang Netball kita tu..last kita main sebelum puasa dulu, lepastu sampai laaaaaaa... ni tak main-main lagi... semua dah mengembang, dah berat badan nak main balik..perasaan malas pun bermaharajalela di hati..

So, JOM TURUN  PADANG semula regangkan otot cairkan lemak yg dah lama membeku tu...setiap SABTU DAN AHAD jom kita main NETBALL ..bermula jam 5.45 petang..

Jumpa di sana ok.....

Saturday, October 30, 2010

APAKAH MAKNA KERJASAMA

Assalamualaikum,

Saya terpanggil untuk menulis  tentang soal kerjasama di dalam blog ini selepas terbaca beberapa komen dari pihak2 tertentu dari sumber tertentu.  Saya agak terkejut dan rasa sangat  terkilan dengan komen2 tersebut. Bagaimana beberapa pihak yang tidak bercampur gaul di dalam taman kita boleh menilai dan menulis seolah mereka tahu semua yang berlaku dan semua kesulitan yang dialami oleh AJK.  Saya bukanlah AJK yang terlibat secara langsung dengan pengurusan taman, namun saya tetap melibatkan diri dengan aktiviti taman selama ini. Dari situlah saya mengenali seorang demi seorang jiran di TSR. Namun, saya tak sangka, ada rupanya insan yg menganggap diri mereka lebih bagus dari orang lain. Dengan menggunakan medium yg ada, mereka tahu mengata  org saja, komen itu ini, kutuk itu ini, kononnya merekalah terbaik... kononnya team sekarang tak buat kerja... tak proaktif, org taman sombong, tak berinisiatif, TAPI CUBA TANYA DIRI SENDIRI .. time taman buat majlis baca Yasin.. mana muka kita, time ada rumah kena pecah masuk, mana muka kita.. time org bergotong royong..mana muka kita, time masak utk jamuan..mana muka kita, time orang buat rondaan malam, mana muka kita.. time org bersukan..mana muka kita., time kaum ibu main netball..mana isteri kita.???? Kalau tak tahu prosedure, jgn tahu cakap saja. anda bekerja..orang lain juga bekerja. dengan masa yg terhad, mereka telah berusaha sebaik mungkin utk warga taman. Lagi tak tahu menghargai usaha orang.


Org lain kenal satu sama lain..tp tak kenal siapa anda..apa maksudnya tu..???? org lain sudah bertahun  berfb seluruh taman.. anda  tak masuk list pun .. ting tong ting tong mcm tong kosong... duduk dalam kelambu tapi nak cakap banyak. Diri sendiri pun takde usaha nak bercampur dengan orang... lagi nak menyalahkan orang lain. kalau nak jadi pembangkang pun.. biarlah profesional. Bagilah idea. kata banyak pengalaman…. Kata bagus! barulah org respek....

Saya lebih sedih bila blog ini dikatakan tidak berilmiah. Bukan sedih kerana pengisiannya tidak berilmiah... tapi kerana anda yang membaca tu tak tahu menilai antara blog ilmiah dengan bukan ilmiah. Blog ini bukan blog pendidikan dan jelasnya bukan blog rasmi taman. Kami menulis hanya tentang aktiviti sukan kaum wanita sahaja. Itulah.. kalau tak tahu bertanya.. jangan menonong saja nanti sesat jalan. Namun, walaupun blog ini tidak rasmi pada masa yang sama kami turut memberi informasi tentang aktiviti taman.  Sebahagian besar kaum ibu di taman ini juga bekerja, jadi masa yang ada juga terhad. jadi  peluang untuk kami menulis juga tidaklah besar. Kalau anda rasa anda hebat.. jadilah organiser.. tulis sebanyak mungkin, buat temuramah dgn mangsa2 pecah rumah, lawat dan kongsi kesedihan dengan mereka, update semua aktiviti taman, turun padang dan yang penting bercampur dengan orang2 taman. Kalau kita sendiri tak tahu siapa jiran kita, dan tiada inisiatif untuk memulakan perkenalan, tak usahlah menuding jari kepada orang lain pulak.  Jiran di sebelah rumah saya juga berbangsa china. Namun kami akrab bahkan kami sentiasa menjemput mereka ke majlis2 taman. Bagaimana dengan jiran berbangsa asing di sebelah rumah anda....??? Lebih melucukan..di dalam komen2 tu dinyatakan tak perasan si polan yang mana satu, tak perasan rumah tu yg mana satu. itu dan ini... haiiiiii... kalau mcm tu.. nilaikan sendiri sajalah.

Tak salah kalau anda nak memberi pendapat... berilah sebanyak mana. Tapi cara anda memberi pendapat itu haruslah lebih profesional.  Namun saya berharap sangat mereka ni dilantik sebagai pemimpin!. segerakanlah perlantikan tu. Saya tak sabar juga nak melihat pembaharuan yang akan mereka lakukan.  Semoga pada waktu itu. lebih ramai jiran kenal mengenali antara satu sama lain, lebih banyak aktiviti, keselamatan terjamin, tiada lagi kes pecah rumah, lebih banyak rondaan malam dilakukan... Tak gitu!.

Rohie
...................................

Wednesday, October 27, 2010

PELEKAT KERETA DAN MOTOR

Kepada penduduk Taman Saujana Rawang yang dihormati,

PENGELUARAN PELEKAT KERETA DAN MOTOR 

Adalah dimaklumkan bahawa Persatuan Penduduk Taman Saujana akan mengeluarkan Pelekat Kereta dan Motorsikal bagi kegunaan semua penduduk Taman Saujana Rawang.

Tujuan diadakan pelekat kereta dan motosikal ini adalah bertujuan memastikan keselamtan semua penduduk adalah terjamin dari pencerobohan orang luar dan orang yang tidak kita kenali yang memungkinkan berlakunya kes-kes pecah rumah dan sebagainya.

Mana-mana individu yang masuk ke Saujana Rawang tanpa memiliki dan menampal pelekat ini di kenderaan masing-masing Persatuan Penduduk dan orang-orang yang diberi kuasa juga pengawal keselamatan berhak menahan dan menyoal siasat mereka bagi memastikan tujuan sebenar kedatangan mereka disini. Ini adalah salah satu daripada langkah-langkah pencegahan bagi membendung jenayah di kawasan ini.

Semua penduduk Saujana Rawang yang mempunyai kenderaan  DIWAJIBKAN memiliki pelekat kereta dan motosikal ini. Seorang pun tidak dikecualikan dari memiliki pelekat ini. Setiap satu pelekat kereta berharga RM4.50, manakala pelekat motorsikal pula RM2.50 sekeping. Dapatkam pelekat ini sekarang dengan mengisi butir-butir diri anda dalam surat yang akan diedarkan. Sila rujuk surat yang diedarkan untuk sebarang pertanyaan.

Kerjasama tuan puan sangat-sangat kami hargai.

Aminuddin Mohd Diah.
Timbalan YDP,
Persatuan Penduduk Saujana Rawang,
012-9183465

KEJOHANAN BOWLING TAMAN SAUJANA RAWANG



Salam semua.. Satu Kejohanan Bowling Taman Saujana Rawang akan diadakan tidak lama lagi, penyertaan semua penduduk Taman Saujana Rawang dialu-alukan. Berikut adalah butir-butir tentang Perlawanan Bowling  tersebut..

                         
                          Tarikh Perlawanan    : 6hb November 2010
                           Masa                         : 5 petang
                          Tempat                       : Tropicana Golf Resort Petaling Jaya
                          Tarikh Tutup  &
                          Tarikh Undi                : 2hb November 2010


kategori :
* Lelaki          - Yuran RM 30.00  ( 3 game )
*Wanita         - Yuran RM 30.00   ( 3 game)
*Kanak2        - Yuran  RM 10.00  ( 1 game )

Hubungi :
013 3118580 ( CHALOK) / 013 378 6427  ( AIDIL)










Cerita Hang Tuah yang Diulang Tayang ...hahahahaha....





Assalamualaikum Wbr...


Gua nak bagi hangpa semua pecah perut...hehehehe

ni nak guling-guling atas katil nie...lepas tu kemas balik katil kahkahkah...



Saturday, October 23, 2010

Pernikahan Terbodoh Di Dunia....

Pernikahan Terbodoh Di Dunia....

Salam...


Pernikahan merupakan penyatuan dua insan dengan satu ikatan. Kenyataannya pernikahan manusia dengan benda juga terjadi. Pernikahan ini boleh disebut pernikahan ajaib dan pernikahan aneh. Namun ia lebih sesuai dengan Rekod Pernikahan Aneh Lagi Terbodoh Dunia.


Pernikahan Dengan Menara Eiffel


Erika, 39, seorang bekas tentera yang tinggal di San Francisco . Perasaan pelik yang tertanam sejak lama dengan mempunyai pengalaman jatuh cinta terhadap benda.




Akhirnya dia menikahi Menara Eiffel dengan dengan majlis sederhana yang dihadiri saudara terdekat pada 4 Jun 2008.




Pernikahan Dengan Diri Sendiri

Liu Ye, 42, pemuda yang berasal Zhuhai, China begitu mencintai dirinya sendiri. Akhirnya menikahi dirinya sendiri dengan majlis pernikahan pernikahan tradisional di hadapan lebih 100 tetamu undangan.   Dia mengabadikan model dirinya dan didandan seperti pengantin perempuan dengan bergaun merah. 


Pernikahan Dengan Bantal


Cinta sejati yang pelik timbul dalam perbagai ragam. Ini yang dialami oleh Lee Jin-gyu. Pemuda yang berasal dari Korea ini memberanikan diri menikahi bantal 'dakimakura' kesayangannya yang tertampal gambar karakter kartun.


Bantal tercinta Lee menampilkan karakter 'Fate Testarossa', yang diambil dari siri kartun 'gadis ajaib' iaitu Mahou Shoujo Lyrical Nanoha. 

Tuesday, October 12, 2010

LAGI GAMBAR SEMASA MAJLIS RUMAH TERBUKA SR

Salam semua, ini adalah sebahagian lagi gambar-gambar yang sempat di rakamkan pada hari tersebut.


                   ko kalau tak sedap sayur ni liza siap ko...kata nora.....uishh garang bebenor dia yer...


hi long teringin ker.....




















                                    Kesian Ana kepenatan ye.... semua kepenatan petang  tu...


                         No komen lemang ni...santan masuk sekali dengan pulut.... gasak korang la......


Bila ler nak abis masak ni aku nak balik ni ......penat aku berdiri kat sini....


                                                    Gandingan suami isteri baguih depa noo...

Ni apsal rendang aku masuk kicap ni...??????



Lapor nampak cik abang






Rasa macam nak mandi air batu jerk...

            Bermulalah PEMBAKARAN LEMANG SAUJANA RAWANG ...api besor tu bang oii