Assalamualaikum..
Alhamdullillah semalam bersamaan 20hb January 2011, telah berlangsungnya mesyuarat untuk kaum wanita bagi membincangkan mengenai KELAS MENGAJI. Terima kasih tak terhingga diucapkan kepada kaum IBU yang hadir semalam. Sambutan amat mengalakkan..Kira-kira hampir 30 org yg hadir. walaupun ada yg tidak dapat hadir pada hari tersebut, jangan merasai diri anda ketinggalan, minta kerjasama kawan-kawan yang hadir menyampaikan apa yang telah kita bincangkan semalam.
Dalam mesyuarat ada membincangkan tentang aktiviti-aktiviti yang bakal dijalankan antaranya
Kelas mengaji akan bermula pada 12hb Febuari 2010, kelas bermula jam 2 petang hingga 4 petang. kelas akan berlangsung setiap sabtu. Dan dengan persetujuan ramai bayaran telah ditetapkan sebanyak RM 15 setiap orang dibayar sebulan sekali bagi kutipan tabung dan sumbangan kepada tenaga pengajar. sesiapa yang berminat dan masih belum memberi nama sila lah datang pada hari tersebut. sebarang pertanyaan boleh ditujukan kepada ROSITA JALIL ( kak Ita) 019-3797440.
Selain itu, kita akan menubuhkan Kumpulan Marhaban untuk Wanita, masih dalam proses dan perbincangan InsyaAllah kita akan tubuhkan juga Kumpulan Marhaban ini. Seramai 21 orang telah memberi nama untuk menyertai, masih dibuka untuk yang berminat.
Aktiviti seterusnya, Khursus Urusan Jenazah. Belajar Memasak seperti membuat kek, pastri dan sebagainya, akhir sekali Rombongan untuk Ibu-ibu ke destinasi terpilih.
Itu sahaja perbincangan dalam mesyuarat semalam. Sebarang pertanyaan hubungi nama dan no telefon yg tertera diatas.. saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada yg hadir semalam dengan hidangan dan juadah yg dibawa banyak sekali, sambil itu boleh kita bertukar juadah. Kita akan teruskan tradisi potluck ini pada setiap kelas kita. TERIMA KASIH DIATAS SOKONGAN ANDA.
ROSE.