NOTIS

Assalamualaikum Wbr. Dengan ini di isytiharkan bahawa bermula 12hb Disember 2010....blog ini telah menjadi Blog Rasmi Persatuan Penduduk Saujana Rawang (PPSR) dan bukan lagi blog bola jaring bagi kaum ibu. Segala aktiviti bola jaring dari kaum ibu telah diserapkan ke dalam aktiviti Persatuan Penduduk Saujana Rawang. (PPSR). Bermula saat ini....Penduduk Saujana Rawang perlu menjadikan blog ini sebagai medium untuk mengetahui segala perkembangan terkini dan sebagai ruang menyampaikan informasi secara rasmi dari Persatuan kepada penduduk Saujana Rawang. Harap Maklum

About Me

My photo
Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Saujana Rawang adalah sebuah penempatan terancang yang akan dinaiktaraf sebagai bandar oleh pemaju bersebelahan dengan Bandar Country Homes di Rawang. Mulai 29hb Disember 2010, segala informasi yang dimuat turun sebagai Entry di blog ini HANYA diperolehi dari Setiausaha Persatuan Penduduk Taman Saujana Rawang sahaja. Harap maklum.

Followers

Saf Kepimpinan Dan AJK-AJK Persatuan Penduduk 2010-2012

Assalamualaikum Wbr.

Di sebelah kiri adalah gambar Pimpinan-Pimpinan dan juga AJK-AJK PPSR mengikut Portfolio masing-masing bagi memudahkan penduduk berurusan.

Sunday, March 27, 2011

MB Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim Beri Cek Sumbangan Kepada PPSR Atas Usaha Mendirikan Surau

Assalamualaikum Wbr.

Alhamdulillah, Syukur ke hadrat Allah SWT apabila Pemimpin Pakatan Rakyat yang juga Menteri Besar Selangor turun ke Pejabat Glomac di Saujana Rawang bagi menghulurkan Cek bagi pihak Glomac (Pemaju) sebagai sumbangan dan rasa besar hati atas usaha PPSR yang bertungkus lumus bersama penduduk dalam mendirikan Surau Sementara iaitu Surau Al-Ikhlas.  

Sumbangan Cek bernilai RM3000 disampaikan Oleh Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dari Kerajaan Selangor Pakatan Rakyat kepada YDP/ Presiden Persatuan Penduduk Saujana Rawang pada hari Ahad, 20hb Mac 2011 bertempat di perkarangan Pejabat Glomac.

Berikut adalah gambar-gambar sekitar penyerahan Cek tersebut.

Orang ramai sedang khusyuk mendengar penerangan daripada Pihak Pemaju Glomac di hari Pelancaran Rumah Baru.

 Turut hadir di majlis ini, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dari Pakatan Rakyat


 MB Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim sedang memberi kata alu-aluan kepada mereka yang hadir.


 Tan Sri Khalid sedang menyampaikan ucapannya.

 Yang dimuliakan lagi dihormati, Yang Di Pertua  PPSR : Sdr Kamaruzaman pula diberi kesempatan berucap oleh Pihak Penganjur mengenai Pembinaan Surau Sementara yang dijangka dirasmikan pada 2hb April ini.

 Turut kelihatan Tonggak Perancang Utama Surau atau the "Engineer of Surau" Sdr Solehuddin AJK Bertindak Surau (berbaju putih duduk disebelah kanan sekali) Ada seorang lagi Sdr Mamu...tetapi tidak kelihatan di sini.


 Dengan Rasa Syukur, YDP menerima sumbangan Cek dari Glomac yang disampaikan oleh MB Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim.

Terima Kasih yang tak terhingga Tan Sri...dan Glomac, Mungkin begitulah yang diucapkan oleh YDP Sdr Kamaruzzaman.

Ini dia orang orang kuat PPSR dari kiri Setiausaha Sdr Zulkiflee, bakal bilal Surau Sdr, alaa..dah terlupa pulak dah dan Sdr Solehuddin serta YDP Kamaruzzaman memegang cek beramai2.

 Haaa..nak tau sape dia nie....Inilah dia Wartawan atau Jurugambar PPSR....daripada beliau lah datangnya gambar-gambar ini.   Well...you have done a good job Bro...However, where are the latest photos of our new surau.  Pls email me bro. hehehe I will update here.  Speaking English la pulak.


Brother Soleh....lu macam UMNO laa...mcm kena paksa jer.. bergambar dgn Tan Sri Khalid. Senyum laa sikit Bro, Cheq dah dapat. hahaha...Jgn marah, 

Ok...itulah dia serba sedikit rentetan penyerahan cek dari Tan Sri Khalid kepada Penduduk Saujana Rawang.  Terima Kasih Tan Sri.  Jasamu dikenang.

Jazakallah Khairan Kathira
Aminuddin.


Monday, March 14, 2011

P E R H A T IA N !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

PERHATIAN UNTUK SEMUA KAUM IBU KELAS MENGAJI YANG DI JANGKA AKAN DIADAKAN PADA 19HB MAC 2011 INI TELAH DIBATALKAN ATAS PERMINTAAN USTAZAH SENDIRI KERANA BELIAU BALIK KE KAMPUNG PADA HARI TERSEBUT. HARAP MAKLUM TOLONG SEBARKAN.