NOTIS

Assalamualaikum Wbr. Dengan ini di isytiharkan bahawa bermula 12hb Disember 2010....blog ini telah menjadi Blog Rasmi Persatuan Penduduk Saujana Rawang (PPSR) dan bukan lagi blog bola jaring bagi kaum ibu. Segala aktiviti bola jaring dari kaum ibu telah diserapkan ke dalam aktiviti Persatuan Penduduk Saujana Rawang. (PPSR). Bermula saat ini....Penduduk Saujana Rawang perlu menjadikan blog ini sebagai medium untuk mengetahui segala perkembangan terkini dan sebagai ruang menyampaikan informasi secara rasmi dari Persatuan kepada penduduk Saujana Rawang. Harap Maklum

About Me

My photo
Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Saujana Rawang adalah sebuah penempatan terancang yang akan dinaiktaraf sebagai bandar oleh pemaju bersebelahan dengan Bandar Country Homes di Rawang. Mulai 29hb Disember 2010, segala informasi yang dimuat turun sebagai Entry di blog ini HANYA diperolehi dari Setiausaha Persatuan Penduduk Taman Saujana Rawang sahaja. Harap maklum.

Followers

Saf Kepimpinan Dan AJK-AJK Persatuan Penduduk 2010-2012

Assalamualaikum Wbr.

Di sebelah kiri adalah gambar Pimpinan-Pimpinan dan juga AJK-AJK PPSR mengikut Portfolio masing-masing bagi memudahkan penduduk berurusan.

Wednesday, September 29, 2010

PENGUMUMAN!!!!!

Pengerusi,


Persatuan Penduduk

Taman Saujana Rawang



PER : JEMPUTAN KE MAJLIS RUMAH TERBUKA TAMAN SAUJANA RAWANG.



Saya selaku pengerusi Persatuan Penduduk Taman Saujana Rawang sangat berbesar hati dengan penganjuran rumah terbuka Taman Saujana Rawang sempena sambutan Aidilfitri tahun ini. Dengan itu, saya ingin menjemput Tuan Puan sekeluarga untuk sama-sama menyertai dan memeriahkan majlis ini.



Berdasarkan perbincangan yang telah dilakukan oleh AJK persatuan, kami telah bersetuju untuk mengutip sebanyak RM35.00 bagi setiap keluarga. Sumbangan berbentuk kewangan dan bahan makanan adalah sangat dialu-alukan.



Butiran jamuan adalah seperti berikut :



Tarikh : 9hb Oktober 2010

Waktu : 8.00 Malam

Tempat : Hadapan rumah Kak Ita dan En Amin - No 58, Jln SR2/1A.

Menu : Hidangan Rasmi Hari Raya



Sumbangan kewangan boleh disampaikan melalui :



Sdr Kamarulzaman – HP 013-2069522

Sdr Anuar – HP 017-3559604

Sdr chalok - HP 013-6783822



Sempena dengan jamuan ini juga, satu majlis gotong royong akan diadakan pada hari Jumaat malam (8hb 10)dan Sabtu pagi (9hb 10). Kehadiran tuan puan untuk membantu adalah sangat dialu-alukan untuk memastikan kelancaran majlis tersebut.



Sekian untuk makluman. Kehadiran tuan puan ke majlis ini adalah sangat besar ertinya untuk mengeratkan lagi ikatan silaturrahim sesama penduduk Taman Saujana Rawang. Pihak AJK akan berusaha untuk menghantar surat jemputan ini untuk setiap rumah penduduk, pada masa yang sama, besar hati saya juga sekiranya Tuan Puan dapat memanjangkan undangan ini kepada jiran-jiran berhampiran.



Sekian Terima Kasih dan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin





Yang Benar





Kamaruzaman

Pengerusi

Monday, September 27, 2010

OPEN HOUSE TAMAN

Salam buat semua.. Lama sudah tak update blog ni.. sibuk sangat lah tu. Suasana Raya masih terasa lagi....teman-teman sibuk mengundang ke open house ...mak aiii bila nak kurus cam ni, tapi..rezeki tak boleh ditolakkan. Bola jaring terpaksa di tangguhkan sbb masing-masing tengah dalam mood Raya lagi..

InsyaAllah 9hb oktober nanti kita akan adakah majlis open house. taman kita perbincangan telah di buat tunggu hingga surat diedarkan pada setiap rumah..Kutipan sebanyak RM35  akan di kenalkan setiap ruamh..ok itu aje nak bagi tau nanti ada masa..

ok itu saja nak baguitau tak
nanti sambung balik