NOTIS

Assalamualaikum Wbr. Dengan ini di isytiharkan bahawa bermula 12hb Disember 2010....blog ini telah menjadi Blog Rasmi Persatuan Penduduk Saujana Rawang (PPSR) dan bukan lagi blog bola jaring bagi kaum ibu. Segala aktiviti bola jaring dari kaum ibu telah diserapkan ke dalam aktiviti Persatuan Penduduk Saujana Rawang. (PPSR). Bermula saat ini....Penduduk Saujana Rawang perlu menjadikan blog ini sebagai medium untuk mengetahui segala perkembangan terkini dan sebagai ruang menyampaikan informasi secara rasmi dari Persatuan kepada penduduk Saujana Rawang. Harap Maklum

About Me

My photo
Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Saujana Rawang adalah sebuah penempatan terancang yang akan dinaiktaraf sebagai bandar oleh pemaju bersebelahan dengan Bandar Country Homes di Rawang. Mulai 29hb Disember 2010, segala informasi yang dimuat turun sebagai Entry di blog ini HANYA diperolehi dari Setiausaha Persatuan Penduduk Taman Saujana Rawang sahaja. Harap maklum.

Followers

Saf Kepimpinan Dan AJK-AJK Persatuan Penduduk 2010-2012

Assalamualaikum Wbr.

Di sebelah kiri adalah gambar Pimpinan-Pimpinan dan juga AJK-AJK PPSR mengikut Portfolio masing-masing bagi memudahkan penduduk berurusan.

Monday, April 26, 2010

KEJADIAN PECAH RUMAH DI SAUJANA

.....

Salam semua,


Semalam baru je update blog dengan cerita2 menarik, kelakar dan gembira pasal game netball... tiba2 malam tadi kita dikejutkan pulak dengan berita tak baik kes pecah rumah di taman kita. Perkara yang kita takutkan selama ini akhirnya dah terjadi juga.... Nauzubillah.


Khabarnya rumah terbabit di lorong SR2/1B.. rumah kedua last sama row dgn rumah k sham sana. Antara barang yang hilang 3 biji laptop, 1 TV 'palma' ..ehhh TV plasma.. dan kamera digital. Takutnya bila dengar.

Bila dah jadi macam ni, ramai yang kita boleh suspek...Indon kontraktor salah satu, penagih dadah pun, tapi kalau takde bukti tak boleh nak cakap jugak kan. Tunggulah polis buat siasatan. Mintak sangat orang jahat tu ditangkap dan mendapat balasan yang setimpal...

Kepada semua warga Saujana Rawang, harap kita semua berhati2, pastikan rumah dah berkunci kemas (walaupun mereka boleh pecahkan juga... tapi sekurang2 nya melambatkan kerja jahat mereka tu)... kalau balik kampung ker.. pesankan pada jiran2... dan pada yang ada facebook.. bolehla selalu update pasal apa2 yang pelik dan mencurigakan. Memang membantu sangat..

Blog ni cuma utk update sahaja. selebihnya kita serahkan la pada warga taman dan pihak polis untuk tindakan seterusnya. Insyaallah..harap yang baik2 saja utk kita semua... Insyaallah.

Rohie

.........................................................

Sunday, April 25, 2010

NETBALL AMANA VS ZANTI...

..........

Sebagaimana yg telah dirancangkan.... perlawanan bola jaring yang gilang gemilang dan penuh adat istiadat antara Amana dan Zanti telah berlangsung dengan penuh kesempurnaan... Padang yang basah dan berlecak... pemain2 yang sangat bersemangat dan sporting, penyokong a.k.a pom pom boy yang begitu seksi sekali... ditambah lagi dengan makanan dan minuman yang tak terhingga lazatnyerr... mak aiihhhhh.. (nak game ke nak piknik nih..???)

Pada awalnya, sekita jam 4.30pm, hujan turun dengan lebatnya... itulah salah satu rahmat kerana si Rohie turun ke dapur memasak rendang... (rela dalam paksa tuh.. ).. kakakaka... tetapi hujan berhenti semula sekitar 5.10pm. Jadi ini memberikan peluang untuk perlawanan berlaku..

Bila dah berkumpul.. amana macam dah nak umumkan kemenangan percuma jer.. (wahh berlagak nih.. ) .. tapi tak apalah.. biarlah menang secara pro... hehe. soril yerk zanti. Bila nengok balik, team zanti memang tak cukup orang.. ada yang balik kampung, ada yang ada urusan, ada yang .. macam2lah lah hal2 kehidupan... jadi simpati gaks lah...

Tapi walau macam manapun, lawan tetap lawan...


Team Amana : K ita, K nora, Ila, Ina, Idah, Kak B, Rohie, Ana Faizal...


Team Zanti : Jijah, Anis, Along, Liza, Ana Nuar, Mekna dan sorang pemain Import Sue (adik k yan)


Pengadil yang adil : Ecah Indie..

Penulis Markah : Sakiela

Penyokong Tegar : Kak Zah, anak2 pemain dan suami2 pemain...
Trompet biru by abang mamu tu yg takleh tahan tu.. kakaka

Dan kat bawah ni antara gambar2 yang telah diphotoshootkan oleh sakinah..



Sebelum perlawanan bermula.. k nora sedang 'mewarning' Rohie supaya jangan berpaling tadah... dan jangan makan rasuah oleh pasukan Zanti... Tapi si rohie tu bukan nak dengar cakap pun... dia wat dekkk jerk... hehe




Inilah team Amana... yang levelnya sudah antarabangsa..




Inilah team Zanti.... yang memang ala2 comel gitu...




Sessi briefing by pengadil... (ada saper2 rasuah pengadil ni tak... asyik blow time aku bawak bola jerk... !!!!)





Salam dulu... wat muka baeeekkk dulu....





Start je Amana terus gol... ermmmm









Hah.. si mekna dah start dah.. mcm lipas kudung dia nih..






Goal lagik.. cun2 bola dok dalam net tu ha..




Ana sedang bermati-matian menentang si ila dr menjaringkan goal..







Kak B.. sempat lagi menyeru mambang tanah..





si jijah ni mmg terer... salute lah tgn ko ..










Ni apa dok gelak2 nih.. fokus fokus..




Ehh ehhhhh.. apsal Rohie pakai bib kuning lak.. hah tukarlah ... main utk Zanti. barulah Thrill.. sebab dah tahu mmg Amana akan memang ..





GD ni nama dia Sue.. diimport khas





K ita pun agak2 lah nak menyigung si along tu haa... lain kali biar dia tergolek terus...kekeke























Bola yang tinggi diudara





Si Rohie dalam usaha mengasak Kak B..sehingga Kak B tidak boleh bernafas.. hampir2 bergusti mereka berdua nampaknya....







Ina .. ko menari zapin ke haper tu... patutlah gol dah bolos.. hahaha



Balerrr.... 4 orang geng merah nak pi belasah GD ni sorang2...... lawan ajer Sue..












Kak B kabarnya mengamalkan ilmu balingan angin mautan api dan air... ferrrr













Si jijah dah start berkubang...



















Go liza .. go liza... (abang Chalok begitu setia di tepi padang memberikan sokongan moral.. wahhh )













Ana memberikan gaya pukulan bola paling seksi dalam abad ini.. cayalah



Rohie nak memberikan balingan hikmat para para sakura..






aku masih belum faham apakah motif gambar ini... hhahaha


kalau si ila tu.. sure masuk lah.. pejam mater jer..


cantik lak tudung si along nih


kerja2 pembangkangan pengadil sedang berlaku...


masukkk








game is over... dengan kemenangan berpihak kepada ..mestilah amana..


Pose akhir yang giler2..



pose patah ni yg aku tak tahan nih.. kakaka
....................................................
Dan tamatlah perlawan antara Amana dan Zanti dengan kemenangan berpihak kepada .. mestilah team Amana.... Harap team Zanti dapat mengkaji faktor2 yang menyumbang kepada kekalahan mereka yerk.. silalah berkursus dulu lepas nih... berlatih dan bertapa kemudia baru datang balik mencabar team Amana... akakkaka
Apa2 pun.. ini semua adalah untuk have fun sahaja. game semalam memang best. lepas ni hopefully tak serik buat friendly lagik... thanks kepada yang menyokong specially para husband yg sudi menjaga anak2 while wives berlawan... tenkiu so much.
K ita .. lepas ni kita suruh saper lak masak yerk..... ???
...............................................